SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun MENGAPA MENGIHINA NENEK MOYANG KAMI ?
Tanah dan air merupakan nadi kehidupan semua manusia. Bagi orang Melayu di Kepulauan Melayu perkataan negeri atau negara telah lama digunakan sebagai "Tanahair". [Catatan 1 : Perbahasan tentang hak Allah : tanah, air, api dan angin berdasarkan ketentuan agama sekali gus dengan pemikiran rasional ilmiah, wajar dibuat oleh mereka yang sedang berebutan kuasa, agar rakyat umum dapat memberi pertimbangan.] Orang Melayu telah lama sedar perkara ini iaitu sejak mereka bertapak di Alam Melayu sebagai rumpun Melayu. Sejarah membuktikan. perjuangan orang Melayu mempertahankan tanah air. Perjuangan yang tidak terpisah daripada panduan agama. Mereka telah berdakwah mengislamkan begitu ramai orang Melayu yang beragama Hindu, Buddha, 'agama kuno'. Kaum Jawa, Banjar, Batak, Bugis terutama orang di pesisiran ratusan pulau, berjaya diIslamkan oleh alim ulama yang menempuh laut, sungai, bukit bukau dan hutan rimba. Pendakwah itu adalah golongan alim ulama yang tidak bergaji khas dan tidak meminta upah ; mereka menurut etika pedoman : Surah Yasin 21 : Ittabi-'u man layas-alukum ajra wahummuhtadun. Mereka tidak meminta upah. Mereka berjuang dengan pena dan dengan lisan, memberi ceramah dan mengajar. Mereka juga membuka pondok, bersawah, berkebun di segenap rantau, pelusuk Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Pendekatan mereka adalah dengan peribadi "pemimpin melalui teladan". Sifat nabi sidik, amanah, tabligh dan fatanah itu dituruti. [Catatan 2 : ramai orang sudah lupa dan sudah mula mereka lupa sejarah dengan tidak menonjolkan faktor sejarah dalam penulisan dan pengajaran sejarah itu sendiri, Singapura tentu "tidak doyan" mensejarahkannya, bukan ?] Itulah pemimpin Islam dan masyarakat. Banyak segi tugas masyarakat yang dipikul oleh mereka. Keamanan rumah tangga dan masyarakat sebagai "perunding" dan pendamai. Sebahagian daripada mereka itu adalah "nenek moyang kita orang"!. "Kita orang" bangga dan bersyukur kepada Allah mempunyai nenek moyang yang kurang kepada diri dan banyak berbakti kepada masyarakat. Rumah mereka tidak mengatasi "kubah" masjid. Kekayaan mereka tidak mempamerkan kenderaan berkuda atau kehebatan harta benda. Mereka memilih menantu yang alim dan berwibawa untuk meluaskan pengajaran. Anak-anak Tok Guru dikahwinkan dengan murid yang pandai dan pulang ke kampung membukakan pondok dan madrasah. Mengapa kita sama bersetuju memutus rangkaian sejarah Islam yang ada di Asia Tenggara ? Apakah sejarah pendidikan Islam hanya setakat yang ada sekarang ini ? Dan ia hanya jasa orang sekarang ? Apakah rangkaian pengajaran dan perjuangan Islam selama ratus tahun menyeleweng ? atau ia berasal dari pengajaran kitab lama itu yang salah ? Apakah segala pekerjaan alim ulama silam berjalan jauh di luar dari kawasan politik yang diertikan sekarang ? Apakah nenek moyang "kita orang" dan nenek moyang "kau orang" tidak berjuang dengan pena, dengan bijaksana dan juga darah ? [ Catatan 4 : Sedih juga mendengar ada suara yang "dirasuk" mengkritik alim ulama silam yang juga mungkin nenek moyang mereka sendiri yang tidak benar. Mengapa sejarah hanya diberikan sekerat sahaja dan pilih-pilih pengulas dan bidang sejarah tertentu sahaja.]
Islam berkembang melalui saluran raja dan pembesar tanah air yang telah diIslamkan. Kerja tersebut adalah hasil ulama sebagai pendakwah yang bijak yang mempunyai dasar tauhid mendalam. Meskipun sebahagian daripada mereka tidak fasih berbahasa Arab, tetapi mengerti makna dan tafsir ayat tertentu termasuk yang berkaitan dengan bidang ibadah, dasar muamalat, munakahat, jenayah dan tasawuf. Kebenaran Islam dan pendekatan untuk kedamaian rohani disampaikan begitu menarik. Pendakwah menjadi contoh dan teladan yang berkesan. Buku yang diterjemah atau dikarang oleh ulama terkenal sampai sekarang masih digunakan sebahagian besar dipakai oleh sekolah agama di Asia Tenggara terutama di Selatan Thailand, Indonnesia dan sedikit di Malaysia. Buku terkenal tersebut boleh dirujuk dalam senarai dan ulasan yang pernah ditulis lebih kurang 20 tahun dahulu, oleh Mohamd Nor bin Ngah, professor media di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya. [Catatan 4 : Semua penulis kitab lama tidak punya Ph.D. atau M.A. atau BA dan berbagai gelaran jasa seperti ulama kita sekarang. Maaf cakap. Bagi kita zaman sekarang entah berapa orang yang berjaya mengislamkan orang bukan-Islam ? Sebaliknya seorang kenalan saya yang tidak terkenal, tidak mempunyai ijazah universiti, berdakwah secara diam-diam. "Ustaz" ini, selama 6 tahun lebih, sudah berjaya mengislamkan hampir 700 (tujuh ratus) orang dengan belanja yang terbatas !.] Perkembangan Islam di Kepulauan Melayu sebagai kebun sedang berbunga. Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang menyatakan bahawa para, imam perang, panglima perang, hulubalang dan pembesar negeri Melaka membaca buku Hikayat Amir Hamzah untuk meningkatkan semangat juang menentang kedatangan penjajah Portugis dalam tahun 19511. Undang-undang laut dan beberapa segi telah dikanunkan di Melaka. Di daerah lain terutama di Jawa (Demak umpamanya), di Acheh, Di Bugis, Brunei, Pahlawan Filipina, Selatan Thailand yang dahulunya di bawah Kedah dan Kalimantan banyak 'mengguna-pakai' peraturan Islam selain daripada ibadah dan persatuan keluarga yang berkaitan dengan nikah, cerai dan pembahagian harta pusaka. Kitab Mutlaalbadrin adalah satu daripada ribuan bukti yang menyatakan bahawa apa yang dipersoalkan sekarang telah dibincangkan. Persoalan politik, sosial, ekonomi-niaga pula boleh dilihat daripada hasil beberapa muktamar Nahdlatul Ulama dalam tahun 1920an. Islam terbantut kerana perjuangan ulama tersekat dan disekat oleh kedatangan penjajahan Portugis, Belanda, British, Jepun dan British. Secara fizikal mereka hadir bersama dengan raja dan pembesar. Penjajahan menekan begitu rupa kepada raja-raja dan menggunakan secara langsung tidak langsung. Penjajahan Barat memang kuat dan berkongsi atau membahagi wilayah jajahan mereka. Seluruh dunia dijajah begitu rupa. Meskipun ada negara yang tidak "dapat" ditawan atau memang dibiarkan begitu, tetapi dalam ruang lingkup penjajahan berbentuk kuasa ekonomi dan kuasa pertahanan serantau, sebenarnya mereka gagah dengan segala macam alat perang. Jadi dalam keadaan yang demikian, tentu sahaja alim ulama yang hidup sederhana dan tidak punya kuasa politik, seperti nenek moyang kami, tidak dapat berbuat apa-apa pun. Jadi sangat tidak adil dan malah bodoh bagi mereka yang menuduh "itu dan ini", ikut sedap mulut menghina alim ulama silam. Penyakit menyalahkan orang lain seperti menjadi satu trend "politik". Mereka tidak tahu sejarah dan tidak mengerti akar sebab musabab kelemahan berbagai sistem yang berlaku dahulu dan sekarang..
Sekian lama Islam dipertahankan dari cabaran dan serangan "budaya kuning" penyakit yang lahir dari pemakaian sistem ekonomi dan perdagangan .kapitalis. Penjajahan di atas Kepulauan Melayu termasuk sebahagian besar penduduk Filipina dan beberapa bahagian Indonesia berjaya "dikristiankan". Menghadapi keadaan itu, alim ulama secara terbatas, menurut caranya tersendiri telah memberikan tentangan Sistem kehidupan terutama bidang pendidikan yang tidak mendasarkan syahadah adalah ibarat makanan berkuman malahan boleh menjadi racun bagi tubuh badan seseorang. Masyarakat yang meringankan syahadah akan menghadapi lebih banyak cabaran dan halangan. Sebab jangan lupa ilmu sahaja tanpa diisi dengan unsur kerohanian akan tempang. Lihat sahaja sekarang bahawa mereka yang menipu, merosak, melanggar peraturan, malahan membunuh, adalah kebanyakan terdiri daripada mereka yang mempunyai "pendidikan" tinggi. Sebagai rujukan dalam pembangunan ekonomi, syarikat besar dan kecil yang sering ditimpa kerugian dan muflis. Angkaranya adalah "hasil" pakatan pengarah dengan akauntan tertentu ! Menginsafi keadaan sekarang yang banyak jari keluar menuding kepada Islam dan alim ulama maka kami ingin mendapat jawapan daripada para pendidik, guru terutama para ilmuwan terkenal : (a) Apakah dia falsafah pendidikan ? (b) Apakah guru dan murid tahu tentang tujuan hidup dan konsep hidup "bahagia" yang sesungguhnya ?
Diterbitkan oleh : |