SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun BA PERLU BERSIAP SEGERA MENGHADAPI PILIHANRAYAPRM telah mengesa Majlis Pimpinan Barisan Alternatif (BA) mengadakan mesyuarat seberapa segera untuk membincangkan strategi pilihanraya akan datang. Mesuarat ini tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Kami percaya DAP memang tidak berhasrat untuk menyertai BA oleh kerana merasakan peluangnya lebih baik dengan bertanding bersendirian, dan hakikat ini mesti diterima oleh semua komponen BA. Tetapi, BN akan mencapai kemenangan yang besar sekiranya parti-parti pembangkang gagal memperlihatkan kesatuan iltizam (unity of purpose) untuk menentang BN yang akan menggunakan wang dan media dengan lebih hebat dari masa-masa lalu. Usaha untuk mencapai persetujuan satu lawan satu perlu dilaksanakan sepenuh-penuhnya di tiap-tiap kawasan pilihanraya. BA perlu menyegerakan proses menetapkan pembahagian kerusi, sebelum berunding dengan parti-parti lain. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Keadilan dan PAS, BA sebagai satu gabungan mesti berunding dengan parti-parti lain. Tidak mungkin mana-mana komponen BA berbincang dan membuat keputusan secara bersendirian dengan sebarang parti diluar BA untuk memutuskan pembahagian kerusi. Kami mengalu-alukan hasrat DAP hendak berbincang dengan BA dalam hal ini
Dr Syed Husin Ali
Diterbitkan oleh : |