Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Respons Artikel "Benarkah Insurans itu Haram"

Assalamualaikum,

Harap siarkan ke halaman TranungKite. Saya ada menghantar kepada penulis, tetapi belum menerima respons, walau sudah berbulan lamanya. Jika saudara penulis terbaca, haraplah respond.

Sekian

Original artikel disertakan.

Wassalam.

---------------------------------

Assalamualaikum,

Ingin bertanya sedikit, saudara ada memaparkan isu tentang Insurans baru-baru ini.

Pertama ialah, jika insurans itu haram, kerana beberapa sifat, ingin saya mengetahui apa pendapat ulama' tentang Joint Ventures. Seseorang melaburkan wang ke dalam sebuah syarikat yang bertujuan untuk mencari keuntungan. Adakah halal atau haram? Joint venture mempunyai ciri-ciri insurans iaitu pulangannya tidak diketahui, bila boleh untung tidak diketahui, berapa pulangannya juga tidak diketahui. Apa pulangannya pun kadang-kadang tidak diketahui (nasib,gharar, musibah dan ada unsur bahaya). Jika sama sahaja dengan insurans, maka tiadalah joint venture dalam Islam.

Bila dua pihak mencapai persetujuan untuk sesuatu yang baik seperti joint venture, kenapa tidak dalam segi insurans? Kedua-dua pihak ingin membuat kebaikan, dan mendapat pahala. Joint venture pun sama, melalui keuntungan dan pekerjaan kepada orang lain. Bagaimanapun semuanya bergantung kepada niat. Jika niat buat JV untuk sesuatu yang tidak baik, maka haramlah. Samalah juga dengan insurans, jika niatnya untuk menipu orang lain (buat claim yang tak betul contohnya) maka haramlah ia.

Petikan artikel
"Judi jelas diharamkan oleh Allah SWT di dlm al-Quran tanpa syak lagi. Insuran mengandungi unsur ini krn ia berkait dgn nasib samada berlaku musibah atau tidak berlaku. Adakala apabila musibah berlaku, pencarum mendapat pulangan lumayan & dikira untung, mungkin juga sebaliknya. Inilah unsur judi yang dimaksudkan. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut’ie dlm risalahnya hlm 14, juga ulama’ lain. Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dgn carumannya yg sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yg lumayan kiranya berlaku musibah. Ini juga suatu perjudian".

Di dalam insurans, pencarum yang ditimpa musibah tidaklah di dalam kedudukan yang untung. Insurans itu diguna untuk meringankan beban atau kerugian ditanggung. Mana mungkin org yang ditimpa sakit jantung menerima wang dan menjadi untung pula? Kecualilah terkena luka sedikit, dapat insurans tidak terhingga sampai berjuta, jadi tidak logik. Itu baru untung namanya.

Petikan Artikel
"Bgmnpun Prof. Mustafa Zarqa’ menolak insur ini terdpt di dalam Insuran dgn katanya : “Sesungguhnya judi adalah suatu permainan yg bergantung kpd nasib dan ia bertentangan dgn akhlak kemanusiaan..Di mana letaknya anggapan insuran bersifat judi sedangkan ia adlh suatu system yg tegak di atas dasar bantu mengurangkan bebanan manusia lain ketika ditimpa musibah..” [15]"

"Syeikh Muhd Abu Zuhrah menolak hujjah ini krn terdpt pada insuran unsur ‘mukhatarah’ (nasib dan musibah dan bahaya). Dr Muhd Baltaji menambah, bhw inilah sebab utama ia dianggap judi yg diharamkan, aspek samada ia boleh membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama[16]. Malah jelas bhw insuran adalah suatu kontrak yg dibuat terhdp satu perkara yg tidak pasti dari kedua2 pihak. (kedua pihak tidak tahu jumlah yg diperolehi dan apa pula yg akan dibayar)"

Tidakkah ini sama sahaja dengan joint ventures? Adakah joint venture jugak haram? Minta kepastian di sini.

Apa komen saudara dan apakah pendapat para ulama'? Saudara boleh siarkan ke halaman TranungKite untuk pengetahuan ramai.

Terima Kasih.

Engineer Terengganu






______________________
Terbitan : 13 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com