SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Mati dalam keadaan berdosa tanpa bertaubat (9)Tazkirah 108 Bersambung… 2. Mati dalam keadaan berdosa tanpa bertaubat o) Dosa-dosa Besar 51.Membuka aurat bukan kerana uzur. 52.Menjimak isteri ketika haid. 53.Sengaja tidak sembahyang atau sengaja meninggalkan solat. 54.Sengaja takhirkan solat sehingga habis waktunya. 55.Takdim atau takhir (jamak) solat bukan kerana musafir. 56. Menjadi imam (pemimpin) pada suatu kaum sedang ia tahu kaum itu membencinya. 57.Memutuskan saf dalam sembahyang. 58.Tidak meluruskan saf dalam sembahyang. 59.Mendahului imam dalam solat berjemaah. 60.Menjadikan kubur tempat solat. 61.Membina binaan di atas kubur dan mengucup-ngucup binaan itu. 62. Perempuan bermusafir seorang diri tanpa ditemani oleh muhrimnya. 63. Tidak musafir atau berhenti musafir kerana merasai atau mempercayai akan terjadi bahaya kerana berpegang kepada burung atau kepada peramal nasib. 64. Lelaki memakai sutera asli yang tidak bercampur tanpa uzur syarie. 65. Melangkang belakang orang (untuk ke saf hadapan) pada hari Jumaat. 66.Tidak bersembahyang Jumaat tanpa uzur. 67. Lelaki menyerupai perempuan akan tingkahlaku, percakapan, pakaian, gerak-geri atau seumpamanya yang khusus bagi kaum perempuan. 68. Perempaun menyerupai lelaki akan tingkahlaku, percakapan, pakaian, gerak-geri atau seumpamanya yang khusus bagi kaum lelaki. 69.Berjalan dengan rasa megah dan sombong. 70. Menampar-nampar pipi atau mengoyak-ngoyak pakaian serta menangis meraung-raung apabila mendengar kematian orang yang dikasihi. 71. Meminta bencana dan kehancuran ketika berlaku dan melihat maksiat. 72.Tidak mengeluarkan zakat. 73.Memakan harta zakat tanpa hak. 74. Mentakhir mengeluarkan zakat setelah sampai masa dan kadar wajibnya tanpa uzur. 75.Menahan lebihan air kepada orang yang berhajat. 76.Menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit sedekah yang diberi. 77. Bakhil memberi hutang kepada orang susah sedangkan ia tahu akan kesusahan orang itu. 78. Meninggalkan puasa pada mana-mana hari di bulan Ramadhan tanpa uzur syarie. 79. Puasa pada hari-hari yang diharamkan. 80. Tidak menunaikan haji sehingga mati sedangkan ia berkuasa melaksanakannya. 81. Meminum arak. 82. Mengguna dadah. 83. Makan daging babi. 84. Makan bangkai. 85. Makan daging yang disembelih dengan tidak menyebut nama Allah. 86. Makan riba atau memberi orang lain riba atau menulis dan menjadi saksi riba atau berusaha membantu urusan riba atau lain-lain yang berkaitan dengan riba. 87. Makan harta hasil jual beli yang tidak sah. 88. Makan harta hasil pekerjaan haram. 89. Makan harta anak yatim. 90. Makan harta pusaka yang bukan haknya. 91. Monopoli dan menipu dalam perniagaan. 92. Menjual barang dengan sumpah yang dusta (menipu). 93. Mengurangkan sukatan dan timbangan dalam jual beli. 94. Menangguh hutang tanpa ada uzur syarie bagi orang kaya atau yang mampu membayarnya. 95. Mmebelanjakan harta pada jalan yang haram. 96. Membina kediaman melebihi hajat kerana bermegah-megah. 97. Mengkhianati ahli kongsi atau orang yang menerima wakil. 98. Merampas harta orang secara zalim. 99. Mentakhir upah kepada pekerja atau tidak membayar upah langsung setelah kerja selesai. 100. Mengabai tanggungjawab terhadap keluarga. 101. Mempersenda-sendakan hukum Allah. 102. Berzina. 103. Homoseksual atau lesbian. 104. Liwat isteri. 105. Setubuhi binatang. 106. Tidak berjuang dan membantu agama Allah sedangkan ada kemampuan. 107. Memutuskan silaturrahim. 108. Derhaka kepada ibubapa. 109. Mengadu domba. 110. Mencuri. 111. Derhaka kepada pemimpin adil. 112. Derhaka kepada guru mursyid. 113. Mencaci maki keluarga dan sahabat Rasulullah saw. 114. Mengingkari takdir. 115. Mengekali dosa kecil. Bersambung…. Kitab rujukan : Lambaian Wajah-Wajah Kematian oleh Ustaz Jaafar Salleh (terbitan Al-Hidayah Publisher)
Diterbitkan oleh : |