SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Munafik AgungMahathir mengatakan Perang Dunia ke III akan berlaku sekiranya Amerika dan Iraq berperang lagi. Katanya, apabila ada pihak menyerang, maka pihak yang diserang akan membalas dendam. Tetapi, apa yang Mahathir lakukan di Malaysia ke atas pemimpin pembangkang seolah-olah menunjukkan Mahathir tak tahu nak memfitnah orang dan membuat kerja durjana dan menjadikan ramai mangsa anaiya, kerana semua kerja jahat berkenaan akan membenihkan rasa dendam. Sewaktu di Mesir singgah di Universiti Al Azhar misalnya, Mahathir memfitnah lagi; kononnya ada pelajar Malaysia yang berlajar di sana lebih ekstrim dari orang mesir.....lalu dikaitkan dengan SAR dan pembangkang. Semua ini adalah punca kemarahan orang dan ia boleh menimbulkan dendam. Adakah Mahathir tidak fikir begitu sepertimana yang diucapkannya di Switzland?. Inilah yang dikata munafik agung. Menyeru orang supaya jangan berperang, tetapi dia sendiri jaguh melakukan menyerang. Seluruh dunia tidak akan lupa apa yang Mahathir lakukan ke atas DSAI. Mahathir tidak perlu mengajak dunia luar berbaik-baik kerana dia sendiri di Malaysia bapak durjana. Siapakah yang mengacau sistem kehakiman dalam negara?. Siapakah yang mengacau sistem kepolisan dalam negara, sistem kewangan dan sebagainya?.....semua pengacau berkenaan adalah berkait langsung dengan konspirator dan munafik agung!. Penyokong UMNO(baru) boleh mempercayai konspirator apabila mereka lihat tilam yang diusung oleh polis ke Mahkamah dalam kes DSAI, padahal dalam pengadilan perkara demikian tidak pernah dilakukan, kecuali konspirator. Tetapi, mereka-penyokong UMNO marah kerana Mahkamah tolak kes selak kain Abe Jak, padahal pendakwa gagal membawa kain sebagai bahan bukti. Semua ini mengambarkan sistem kehakiman yang semakin rosak yang mulanya dirosakkan oleh konspirator jahat. Satu perkara yang ketara tentang kemunafikan agung ialah lakuna debat UMNO-PAS yang dilakukan oleh ulamak UMNO sendiri. Kenapa hal demikian boleh berlaku?. Tentunya debat olok-olok yang dilakukan itu adalah semata ingin mereka-reka keburukan dalam Islam. Sedangkan dalam Islam tidak ada yang buruk. Mereka berdebat bukannya ingin mencari kebenaran!, tetapi hendak menutup kebenaran. Menutup kebenaran adalah sifat munafik, dan jika yang melakukan perkara tersebut pemimpin besar negara, maka munafiknya juga bertaraf negara. Orang-orang yang sanggup melakukan kejahatan sepertimana yang cuba dibuat dalam debat olok-olok itulah sebenarnya pihak yang memecahkan belahkan umat Islam dan menjadikan mereka tidak bersatu. Oleh itu, Mahathir tidak perlulah mengajar orang-orang Arab mengenainya, kerana Mahathir sendiri pun melakukan hal yang serupa. Yang perlu adalah memohon ampun kepada semua kedurjanaan yang pernah dilakukan ke atas orang-orang Islam di Malaysia umumnya, dan memohom ampun maaf kepada keluarga DSAI, tahanan ISA, Ummi Hafilda, Azizan Abu Bakar, Allahyarhamah Dr. Rostina Majid, Mokhtar Abdullah, SB-SB yang melakukan kerja jahat demi kuasa Mahathir dan ramai lagi yang terlibat yangmana Mahathir sendiri tentunya lebih arif. Akhirnya, Al-Maunah tidak wujud sekiranya Mahathir sendiri faham dan tidak melakukan apa yang dikatanya di Switzland.......fikirlah. GenetikXYY
Diterbitkan oleh : |