SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Penentang Firaun dibesarkan di istana FiraunBegitu juga penentang kerajaan hari ini sebenarnya adalah produk daripada sistem dan institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan itu sendiri. Sebenarnya kerajaan sedar hakikat ini, bukannya tidak sedar. Tetapi mengapa diganggu-gugat SAR, jikalau mereka sedar bukannya SAR yang sepatutnya disasarkan? Pada hemat ambo, penindasan terhadap SAR tidak ada kena-mengena dengan apa yang didakwa madey itu seperti SAR melahirkan militan dan pengganas, pelajar SAR hina gambar madey, dan sebagainya. Kerajaan sebenarnya tidaklah mahu mengambil tindakan bodoh ini sekiranya PBB tidak menyenaraikan Malaysia sebagai sebuah negara pengganas dan BN sebagai talibarut al-Qaeda. Tetapi demi untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan liar PBB ini, kerajaan memikirkan ianya terpaksa melakukan sesuatu. Kita juga tahu bahawa tidak mungkin BN menjadi talibarut al-Qaeda kerana keduanya terlalu jauh seperti langit dan bumi. Tindakan menindas SAR ini difikirkan boleh membuat PBB menarik balik tuduhan 'pengganas' itu. Sememangnya itulah yang dikehendaki USA, iaitu untuk menghapuskan institusi Islam di seluruh dunia, dan UMNO telah menari menurut rentak USA, lalu sedikit demi sedikit melakukan apa yang dikehendaki USA. Apakah kalau USA, melalui PBB, tidak mengugut sedemikian, maka kerajaan juga tidak akan menghapuskan sekolah agama seperti SAR? Melihatkan kepada kecenderungan madey ke arah freemasonary sejak dulu, memang madey menunggu sahaja peluang seperti ini. Tanpa peluang seperti ini, madey susah sedikit mahu melaksanakan program hapus-SAR ini. HC
Diterbitkan oleh : |