Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Zakat ke SAR

saya tertarik dengan cadangan reformis muda agar zakat disalurkan terus ke SAR.

saya minta pandangan ulamak dalam perkara ini kerana seperti kita tahu, terdapat 8 asnaf atau golongan yang layak menerima zakat dimana salah satunya ialah golongan yang menuntut ilmu agama atau di kategorikan dalam asnaf Fi Sabilillah.

Jika sekiranya ulamak mengatakan boleh menyalurkan zakat ke SAR ini, saya minta jasa baik laman ini mengumpulkan SAR-SAR yang terpilih dan hebahkan nombor akaun SAR ini dalam laman ini untuk memudahkan para pembayar zakat menunaikan tanggungjawab mereka.

Kalau lebih mudah lagi, minta SAR buka akaun Bumiputra Commerce dan Maybank sebabnya kebanyakan kakitangan kerajaan menerima gaji melalui bank ini. Perlu diingat kakitangan kerajaan merupakan golong terbesar yang layak berzakat. Misalkan seorang berzakat RM10.00 sebulan dijumlahkan dengan 200 ribu yang beragama Islam dan layak berzakat. Jumlahnya ialah RM2 juta. Kalau dikutip hanya 10 bulan, sudah menjadi RM20 juta.

Saya minta cadangan daripada webmaster untuk merangka strategi bagi menjayakan usaha ini. Semoga usaha tuan akan diberi ganjaran pahala disisi Allah hendaknya.

Insya Allah saya akan menjadi orang pertama menunaikan tanggungjawab berzakat kepada SAR ini.

wassalam






______________________
Terbitan : 25 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com