SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Umno Pengamal SihirSesuai dengan dasarnya yang sekular, Umno tidak pernah terikat dengan tuntutan akidah yang menyeluruh.Beriman kepada sebahagian dari kandungan al Kitab dan ingkar sebahagian yang lainnya merupakan amalan parti yang ditaja oleh penjajah Inggeris itu sejak dari mula ia lahir kedunia. Tiada siapapun yang dapat menafikan hakikat diatas , sekiranya disuluh dari sudut keilmuan Islam sebenar. Kebangsaan (nasionalis) Melayu totok,yang didokong oleh Umno hanya menyaksikan Islam kian dimusuhi ,sebagai memenuhi kehendak tuan -tuan guru mereka George Bush dan Tony Blair serta pemuka sekularis yang lain . Penolakan Umno terhadap ajaran Islam yang syumul,mendorong sebahagian besar pendokongnya terutama diperingkat kepimpinan,menghalalkan apa sahaja kaedah bagi menyempurnakan hasrat mereka sama ada yang berbentuk kepartian maupun kekerajaan . Ilmu hitam adalah sebahagian dari amalan yang telah begitu sinonim dengan Umno. Bermula dari mempercayai ramalan bomoh,memakai azimat,menyimpan besi kuning dan bermacam-macam lagi "benda hikmat" yang mereka yakini boleh mendatangkan manfaat dan menghindari mudharat sehinggalah ketahap merelakan diri untuk dikerat lapan belas. Lihat sahajalah bagaimana seorang pemimpin Umno yang begitu ghairah memburu kerusi MB Pahang satu ketika dulu,sehingga sanggup menyerahkan diri untuk menjadi mangsa Mona Fendi (Arwah) Begitu juga seorang pimpinan Umno di Negeri Sembilan, yang pada mulanya dikatakan kebal tubuh badan tidak ditembusi peluru kerana azimatnya ,akhirnya rebah setelah salah seorang dari rakan pembunuhnya mengarahkan agar tembakan dibuat dibahagian kepala. Sesiapa yang mengikuti perbicaraan kes ini dulu,pasti akan mengingati akuan yang dibuat oleh hamba Allah(yang bersubahat ) tersebut. Pembunuh yang telah disabitkan kesalahannya itu kini telah di bebaskan dari hukuman penjara seumur hidup ,setelah memperolehi Pengampunan Di Raja. Pembunuh tatkala itu ,adalah Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Buat ahli Umno dan reformis pasca lapan puluhan,mungkin tidak pernah terdengar betapa sKT Mahathir,ketika membuat lawatan ke Tanjong Karang mengambil keputusan tidak mahu berkunjung kekediaman ketua bahagian yang digelar King pada waktu itu,kerana khuatir termakan ubat guna-guna yang dicampur bersama hidangan jamuan tengah hari. Puan Aisyah Otman bonda tercinta Ezam Mohd.Noor Ketua Pemuda keADILan yang kini beristirehat di Kajang,juga pernah dituju dengan sihir ketika didalam Umno kerana menjadi penyokong kuat kepada salah satu kem yang berbalah .Pendedahan ini dibuat oleh Ezam sendiri melalui siri ceramah ketika pemuda berhati waja itu masih bebas bereformasi dulu. Perang sKT - Ku Li,pula menyaksikan penggunaan para bomoh besar-besaran dikedua-dua belah pihak,walaupun tidak kesemua penyokong Team A dan Team B yang terlibat didalam kerja karut itu,tetapi tanyakanlah kepada salah seorang pemimpin Semangat 46 yang kini telah menjilat Umno semula dan berjawatan Timbalan Menteri,bagaimana mana dia dilantik oleh Ku Li sebagai Chef de Mission jelajah Indonesia untuk mencari bomoh yang mampu menghapuskan sKT Mahathir. Misi jelajah Indonesia itu,seperti yang diceritakan kepada penulis oleh salah seorang pesertanya,hampir-hampir sahaja mengorbankan Chef de Missionnya dimalam pemujaan yang menyaksikan sebuah berhala kecil bermuka empat , didakwa sang bomoh sebagai pelindung Mahathir ,sahaja yang dapat ditarik keluar dari tempatnya.Menurut bomoh itu berhala berkenaan kononnya merupakan tangkal penggerun sKT. sKT ( siKepala Taik)Mahathir Penghina Sunnah Rasul itu sendiri pun tidak kurang hebatnya,sampai sekarang cerita-cerita bagaimana di Seri Perdana dulu ada bilik khas pemujaan jin-jin peliharaannya masih tersebar luas dikalangan rakyat termasuk ahli-ahli Umno sendiri.Amalan khurafat itu kata mereka masih berterusan di Mahligai Putrajaya. Walaupun kesahihannya belum dapat dibuktikan tetapi syak rakyat jelata terhadap sKT sebagai pengamal ilmu hitam terus menebal. Sihir hanyalah secabang dari ribuan cabang ilmu hitam yang menjuruskan kearah syirik. Mengarak Replika Burung Petalawati yang diilhamkan oleh Sheikh Ibrahim al Kataki di Kelantan tempuh hari untuk dibawa mengadap Sultan juga amalan syirik.Namun ibu segala syirik adalah fahaman sekular anutan Umno. Jika Firaun dikelilingi tukang-tukang sihir dan Haman yang bertindak sebagai Setiausaha Politiknya serta Karun sebagai penasihat ekonominya ,untuk mengekalkan kuasa dan "ketuhanan"palsunya, para penganut ajarannya pasti akan mengikuti jejak langkah silaknat itu .Begitu juga sKT Umno Haprak BN disamping tukang-tukang sihir morden (Ketua Penerangan,Timbalan Menteri Penerangan,Timbalan Menteri Pendidikan Menteri-menteri Di Jabatan Perdana Menteri SU-SU Politiknya dll),dia juga menyimpan tok-tok bomoh (pemelihara jin-jembalang) dibelakang tabir bagi mempastikan kesinambungan kuasa,menurut keyakinan yang telah berkematu dihatinya. Malaysia Boleh ! Umno Boleh ! Sihir Boleh ! Bunuh Boleh ! Rasuah Boleh ! Skandal Seks Boleh! Semua Boleh ! Yang Tak Boleh Islam:Keadilan,Kebebasan dan Kebenaran! Inderaloka.
Diterbitkan oleh : |