Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Batu Putih , Pre-emptive - Forward Defence dan Amanat Hj Hadi.

Slot apa yang dinamakan oleh Zam Propagandis No 1 sKT (siKepala Taik) Mahathir Pencerca Islam ,sebagai Amanat Hj.Hadi yang pernah disiarkan RTM tempuh hari,disiarkan semula selepas tahun baru 2003. Tujuannya kini bukanlah untuk mewar-warkan amanat tersebut agar khalayak menolak Pas,tetapi lebih kepada kemarahan parti haprak itu kepada Tuan Guru Menteri Besar Terengganu itu.

Ianya berpunca apabila Tuan Guru memproaktifkan firasat politiknya sempena perutusan Tahun Baru 2003 kepada penyokong BA dan rakyat jelata bahawa perebutan kuasa yang mempercepatkan lagi kehancuran Umno apabila sKT meletakkan jawatan Oktober nanti.

Hampir kesemua panglima-panglima kertas (paper tigers) Umno yang selama ini cuba meremeh-remehkan Tuan Guru terpempan kaku bahana firasat itu . sKT selaku bos kepada panglima-panglima kertas tadi terpaksa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pemangku Presiden Pas itu.

Kemudian barulah Najib yang sedang dilagakan dengan panglima lembek Dolah Badawi untuk mewarisi takhta sKT menyusuli penafian bossnya,dengan menasihati ahli Umno supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang.

Najib ditonjolkan sebagai panglima didalam menghadapi pre-emptive (pencegahan) dan forward defence (pertahanan hadapan) negara jiran yang hanya wujud dalam kotak khayalan sKT itu,beria-ia benar menyatakan bahawa ATM (Angkatan Tentera Malaysia) cukup kuat untuk menangkis sebarang serangan dan memperkecil-kecilkan kekuatan musuh.Seolah-olah peperangan sudah diambang muka.

Walhal semua itu setakat ini hanyalah tektik basi memperkudakan isu (andaian) untuk mententeramkan seketika percakaran dalam BN Haprak disamping menakut-nakutkan rakyat agar menyokong parti reput itu semula. Didalam artikal Khutbah Khalifah @Pelepah Haprak Menjelang Raya penulis telah pun menyentuh isu tersebut.

Nampaknya isu Pulau Batu Putih dan pre-emptive - forward defence jelas sekali meletakkan Najib (Panglima Kertas Jamban) sebagai hero filem bisu,begitu juga turut tumpang sekaki sebagai 2nd hero, jurubicara tak reti bahasa Syed Hamid Albar putera Allahyarham Syed Jaafar Albar yang terkenal dengan Sumpah Pemuda memberi amaran kepada Lee Kuan Yew supaya melangkah mayatnya dan pemuda-pemuda Umno dulu jika Singapura berhajat keluar dari Malaysia.Akhirnya Singapura keluar tanpa menggugurkan sehelai pun bola roma Allahyarham dan pemuda-pemuda Umnonya.

Mana perginya TPM Dollah Badawi begitu juga dengan tokoh-tokoh pembodek yang lain,nampaknya semua senyap sunyi atau sengaja disunyikan. Kepala konspirasi (Aziz Samsuddin) terhadap DS Anwar Ibrahim pula seolah-olah telah menjadi Menteri Pendidikan.Zam berotak komunis itu kelihatan lebih hebat dari Khalil Yaakub Menteri Penerangan. Mahyuddin Yassin pula semakin kurang mendapat liputan manakala Mike Tyson Mat Taib kalau muncul pun ibarat melukut ditepi gantang.Senario ini bukanlah semata-mata satu kebetulan sebaliknya satu perancangan tersusun,yang amat mudah dibaca hujung jatuhnya oleh pemerhati politik.

Berbalik kepada pemutaran semula slot "Amanat Hj Hadi" tadi, kita semua maklum slot itu dipetik dari ucapan politik Tuan Guru hampir dua dekad lepas,kemudian didokumentasikan dalam bentuk risalah oleh bekas ahli Pas ,kini bolehlah dikategorikan sebagai pencacai Umno yang sudah lupus jangka hayatnya.

Tiada siapa pun yang berani menafikan kebenaran maksud "amanat" itu kerana ianya terbit dari lisan seorang Ulama yang tidak pernah memisahkan politik dengan Islam.Malahan Almarhum Tunku Abd Rahman yang sedang diperalatkan RTM sekarang, tidak pernah didengar menyanggah "amanat" tersebut.Jika ada pun hanyalah komen-komen merapu dari ulama upahan Umno,yang tidak disertai dengan hujjah Islamik.

Apakah Umno,memang ketagih untuk digelar jahiliyyah atau memang dihati kecil mereka mengakui gelaran buruk itu paling sesuai dengan parti mereka ?

Sebenarnya sokongan terhadap Pas dan komponen BA yang lain tidak akan terhakis dengan slot "amanat" tersebut begitu jua dengan karisma Tuan Guru sendiri tidak akan terjejas. Sekiranya Zam Joseph Geobell cuba merealisasikan kaedah "pembohongan yang diulang-ulang lambat laun akan dianggap kebenaran",dia sendiri dan Umno Haprak yang akan terperangkap.

Slot "amanat" yang disiarkan itu bukan pembohongan sebaliknya kebenaran yang tidak dapat ditolak lagi. Putarkanlah terus slot "amanat" itu,bukan setakat disiaran Berita RTM malahan ulanglah berpuluh-puluh kali sehari semalam Insya Allah ! tidak akan memberi sebarang kesan negatif pada BA dan Tuan Guru,sebaliknya ahli Umno dan rakyat jelata akan menerima kebenaran itu sebagai kebenaran kerana kebenaran itu tetap kebenaran walaupun hanya sekali ditutur,inikan pula diulang berkali-kali……….Sila putarkan terus slot "amanat" itu tanpa henti,nanti sama-sama kita akan saksikan siapa yang bakal menggigit jari……….

Inderaloka.






______________________
Terbitan : 7 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com