SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Senario Puspakom & JPJ Padang Jawa, Selangor Darul EhsanAssalamualaikum, Disini saya ingin berkongsi pengalaman dengan semua pengunjung laman ini berhubung dengan perkhidmatan kaunter JPJ & Puspakom, Padang Jawa, Selangor Darul Ehsan. Hal ini terjadi pada saya dalam masa dua minggu pertama tahun ini. Mungkin saudara2 yang lain pernah mengalaminya tapi tidak mahu ambil pusing mungkin merasakan remeh. Disini saya hendak ceritakan tentang dua urusan yang serupa, Kes I urusan dilakukan tanpa orang tengah dan Kes II melalui orang tengah. Ceritanya begini, Kes I iaitu syarikat kami mempunyai kenderaan perdagangan yang dah dibeli dan digunakan sejak beberapa tahun. Tetapi tak tahu dimana silapnya selepas pemeriksaan Puspakom tahun lepas, JPJ hanya benarkan perbaharui cukai jalan selama satu bulan saja, kata kerani kaunter, kenderaan ini perlu dilesenkan semula. Tak tercengang dibuatnya. Bayangkan kenderaan yang baru lepas ujian Puspakom, dipaksa buat ujian lagi. Kena timbanglah, ukurlah dan ujian berkala pun kena juga. Hai pening-pening. Ujian berkala tempoh hari dan yang terdahulunya pun sikit punya susah untuk di paskan maklumlah tanpa orang tengah. Macam mana baiki pun kenderaan tersebut sebelum ke Puspakom, bila masuk Puspakom mesti gagal punya. Kegagalan yang paling mudah ialah asap atau brake. Keluar cari bengkel yang dekat2, dicaj pula tinggi. Tauke bengkel dengan senyum lebar menyambut kedatangan kita dan katanya biasalah itu Puspakom. Lepas buat apa yang patut kena beratur dan bayar lagi. Pendek kata tak habis satu hari tak sah. Puspakom apa peduli betul tak. Puspakom sudah bertahun-tahun beroperasi, nak kata kerajaan tapi swasta, nak kata swasta tapi kerja macam kerajaan. Kenapa tidak boleh adakan satu lorong khas untuk kenderaan yang gagal dan masuk balik untuk pemeriksaan untuk cepatkan proses. Percaya atau tidak kami terpaksa habis masa tiga hari untuk buat proses pendaftaran semula kenderaan tersebut. Apa tidaknya prosedurnya tak serupa dengan pemeriksaan berkala, kena booking dululah, kena tunggu untuk timbang dan hendak ukur pun nak kena tunggu. Itu baru cerita di Puspakom. Yang peliknya agen-agen yang berkeliaran di situ, lebih pakar dari orang yang kerja dengan Puspakom. Kata mereka lain kali bayar sama saya RM120.00 + test kad RM40.00 dan kenderaan mesti bersih yang lain pasti beres. Masih lagi Kes I, lepas semua urusan beres di Puspakom, tibalah giliran untuk ke kaunter 31 JPJ. Nasib baik semua yang tercatit di checklist saya pastikan semua ada. Apabila tiba di kaunter kita yang buat sendiri ni, terkebil-kebillah beratur, tapi yang peliknya sesetengah agen tu (maaf cakap, bukan bangsa kita) bukan main lagi tak payah beratur, main potong aje. Yang peliknya kerani kat kaunter tu layan elok pulak dengan yang si pemotong queue tuh, senyum manis aje. Tapi itu yang kita harap pun. Tapi bila sampai giliran kita, satu-satu di periksanya di tanya mana M & A original, mana surat kuasa, salinan IC boss dan macam-macam lagilah. Dalam hati berkata, ini mungkin ikut prosedur ISO 9002 kut, tapi macam mana pula dengan agen-agen tadi. Hai pening-pening. Sudah selsesai dan dapat nombor, kata kerani tadi "Encik datang besok, ini hari tak sempat ni, pasal dah petang". Saya ucapkan terima kasih padanya dan bersyukur kerana satu masalah sudah selesai. Kes II, masalah yang serupa juga lepas pemeriksaan Puspakom, JPJ hanya bagi perbaharui cukai jalan selama sebulan saja. Kerani catitkan pada geran "kenderaan perlu dilesenkan semula". Tercengang dan bingung lagi. Tapi kali ini, dah pandai sikit, pergi ke Puspakom beli test kad untuk booking dan datang pada hari yang ditetapkan. Sebelum dapat buat booking itu pun, beratur lama juga disebabkan agen-agen yang professional tadi asyik potong queue aje. Tapi sabar ajelah. Bukan kita dengki dengan mereka nak cari rezeki yang halal, tapi sifat pentingkan duit dah menghakiskan rasa hormat pada orang sekeliling dan kesedaran sivik langsung tak tahu ke mana dah di campakkan. Baik bangsa kita, mahupun bangsa lain sama aje. Yang tak nampak di mata seramai-ramai agen tu bangsa Singh aje. Ok selesailah kerja booking untuk pemeriksaan pada hari itu. Pada keesokkan harinya, saya dah ingatkan pemandu kenderaan tersebut supaya menunggu saya di Puspakom seawal 7 pagi untuk menggelakkan beratur panjang. Maka dapatlah tempat lebihkurang kedudukan nombor 30 dalam deretan kenderaan2 lain. Lega sikit rasanya, dalam hati berkata, ada can balik pejabat sebelum tengah hari. Dalam pada itu datanglah ke arah kami 2 orang agen dengan begitu ramah bertanyakan pada rakan saya, tanya itu dan ini sambil membelek-belek dokumen kenderaan tersebut. Inilah yang boleh saya katakan mereka ini lebih pakar dari pemeriksa Puspakom. Mereka kata "Encik lori ini mesti dicuci dulu, kalau macam ni, belum sampai giliran pun sudah pasti kena pusing balik. Pada mulanya saya amat keberatan, tapi fikir2, ya tak ya juga, tapi alasan saya pemeriksaan berkala baru saja tak sampai sebulan dibuat, ini untuk timbang, ukur dan pemeriksaan biasa lagi sekali. Mereka kata kalau tak percaya, nanti tengoklah. Lepas tu, mereka tanya lagi dan agak kehairanan, mengapa pemeriksaan berkala baru dibuat, nak kena buat lagi. Lepas itu saya pun terangkan pada mereka apa sebenarnya yang di kehendaki oleh JPJ. Mereka kata, kalau macam ni, tak payahlah nak susah-susah masuk Puspakom, mereka kata biar dia uruskan, lori tak payah tunggu dan boleh balik buat kerja. Saya pun cuba tawar-menawar, kerana sebelum ini dah ada agen yang tawarkan caj RM900.00, saya rasa agak keterlaluan. Akhir sekali, agen tadi, tawarkan RM450.00, duit test kad dah lebur RM60.00, saya agak keberatan tapi pasal ada urusan lain terpaksa juga akur. Maka saya pun suruh rakan saya balik terus ke pejabat dan saya dengan agen tadi terus ke kedai kopi untuk buat pembayaran deposit dan serahkan geran padanya. Dia cakap mungkin ambil masa satu minggu kerana urusan tersebut rumit sikit, saya terkejut lagi sambil bertanya boleh percaya ke ni ? tapi dia terus pujuk untuk hilangkan rasa bimbang saya. Selepas itu saya pun berikan nombor talipon saya padanya. Tidak sampai dua hari, dia talipon saya untuk datang semula ke JPJ, Padang Jawa, katanya geran tersebut sudah siap disahkan oleh pegawai JPJ. Saya rasa amat berbaloi kerana mengupah beliau, walaupun dalam kepala dihantui oleh seribu persoalan, bagaimana dia boleh selesaikan dalam masa tak sampai dua hari, sedangkan Kes I saya seminggu pun belum selesai. Hai pening-pening. Bila kedua-dua kes tersebut selesai barulah cukai jalan boleh disambung untuk lima bulan lagi, tetapi oleh kerana hari Jumaat dan saya berada di JPJ agak lewat, jadi tak sempatlah untuk bayar cukai jalan. Kebetulan keesokakn harinya, hari Sabtu minggu ketiga cuti, kerana menyambut seruan Kadir Sheikh Fadhil beri cuti bagi kakitangan kerajaan untuk memantapkan produktivi, jadi tak dapatlah bayar cukai jalan. Hai untungnya kakitangan kerajaan dan bilalah Fong Chan Onn (bagaikan pahat dengan tukul dia ni, tak ada inisiatif langsung) nak gazetkan ke dalam undang2 buruh, tak kan nak tunggu BA memerintah dulu kut, barulah adil untuk semua kakitangan swasta. Nantilah bila ada masa saya akan sambung lagi cerita di JPJ, Padang Jawa bagaimana pengalaman saya semasa beratur untuk bayar cukai jalan. Pening lagi la jawabnya. Hai pening-pening.
Diterbitkan oleh : |