Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PECAHAN KEPALA

PECAHAN KEPALA
(sekadar untuk difikirkan semula betapa gelinya hati saya)

Ismaily Bungsu

Pagi ini saya tiba-tiba teringat perkataan KEPALA setelah/sehabis memikirkan pengait kepala yang sekarang sudah sunyi dan sepi. Kata kepala yang saya maksudkan ialah kata yang selalu digunakan dalam peristilahan belanjawana atau budjet iaitu “kepala” dan “Pecahan kepala” Bagaimana kiranya kepala itu dipecah-pecahkan ya? Tentunya melucukan.

Bahasa Inggeris yang disebut sub-subhead yang maknanya lewat bahasa Malaysia ialah menjadi “pecahan kepala kecil”. Bukankah lebih sesuai digunakan perkataan “Tajuk” dan “Tajuk kecil” kerana yang dimaksudkan bahasa Inggeris itu sebenarnya ialah ialah “Item” atau “Perkara”

Lalu cuba saja kita fikirkan kalau-kalau “Kepala kecil” yang maksudnya “sub title” itu tadinya dilawankan dengan sebutan “Kepala Besar”. Ah, benar-benar melucukan dan yang menyebabkan saya bertambah hairan dan terkejut, ada pula para sobat saya menggunakan perkataan “Mengdisappointasi” yang maksudnya “Mengecewakan”.

Bila menyebut hal-hal semacam ini, maka saya teringat/terbaca/terdengar ucapan Bung Karno/pemimpin pertama Negara Indonesia lewat kaset yang saya beli di Indonesia kira 25 tahun lalu dan Bung Karno yang saya minati itu kerana pidatonya yang hebat pernah menggunakan perkataan “Saya menggo-to hellkan bantuan Amerika”. Wadoh, cuba saja kita fikirkan bersama yang kekadang memang seronok terasakan!

Saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan sempena tahun baru Cina ini pula saya teringat pertandingan Tarian Singa yang menang/penarinya ialah para pemuda Bajau, sementara pertandingan Gong sempena Pesta Menuai pula yang pemenangnya pemuda Bisaya Kuala Penyu dan yang mempopularkan tarian Mengunatip di peringkat antara bangsa pula bukan orang Murut, tetapi orang Bajau, China dan Brunei. Nasiblah Lembu punya susu bukan kerbau yang dapat nama. Astaga!

Iya, ini saja catatan saya untuk pagi ini yang tengah malam tadi terniat untuk saya sampaikan kepada sobat. Sekian dan jumpa lagi kalau memang Allah memberikan saya ilham di hari-hari selanjutnya dan tiba-tiba baru sebentar teman baik saya mengsms “tuan haji tidak tidurkah kerana sms saya jam 2:49 subuh”. Sebenarnya saya menulis cerita yang berjodol alias “bertitle” DERITA untuk kolum minggu depan. Sebenarnya saya suuka menganggu kawan-kawan kala jam 3 subuh dan kerana itu Prof. Zainon selalu bilang “Kok Kamuk Ngak tidur ya” (8:30 am/28 jan, 2003)






______________________
Terbitan : 31 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com