Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

AHLI UMNO BERKELAHI KERANA INGIN JADI KETUA KAMPONG GULANG-GULANG,KUALA SELANGOR.

Bukan ahli Umno namanya jika tidak berkelahi dan berebut jawatan.Perebutan jawatan bukan sahaja berlaku diperingkat jawatan ketua cawangan ,AJK bahagian,Ketua Bahagian hinggalah jawatan Timbalan Presiden kecuali Presiden Umno di sandang oleh sKT mahatir Kutty hingga mati.

Di Kampong Gulang-Gulang,Kuala Selangor terjadi perkelahian perebutan untuk menjadi ketua kampong.Sejak kematian ketua kampong Hj.Maskor kira-kira 2 tahun lepas,Kampong Gulang-Gulang tidak pernah aman memperkatakan perebutan untuk menjadi ketua kampong @ tok sidang antara cik gu Mohyi dengan kerani sekolah, En. Tohid.

Cik gu Mohyi dan En Tohid masing-masing pasang strategi mendapatkan undi penduduk kampong agar terpilih sebagai ketua kampong. Untuk meraih undi,calon-calon itu telah berbelanja besar dengan cara belanja makan kepada penduduk-penduduk kampong.

Antara tempat tumpuan cik gu Mohyi dan En Tohid selalu belanja makan orang kampong adalah di warung SGG 4, ia itu tempat orang-orang reformasi berkumpul.Cik gu Mohyi dan En Tohid masing-masing meletakkan RM 100.00 kepada pemilik warung untuk membayarkan makanan dan minuman pengunjung warong. Bila peruntukan RM 100.00 habis, pemilik akan memberi tahu kepada calon-calon agar menambahnya lagi.

Penduduk Gulang-Gulang sangat berterima kasih kepada calon-calon tok sidang kerana telah menolong belanja makan. Harap-harap ada tambahan calon yang ingin bertanding . Cik gu Hamzah Pandir tak itu ke?.

Jaggong






______________________
Terbitan : 18 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com