Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tunjukkan kekuatan BA !

KALAU NAK MENANG !

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan !

Sah ! pilihan raya umum akan diadakan pada tahun ini, tak kiralah bulan berapa... bukti terbaru Mahataik dah pegi Kelantan nak tengok 'anak bulan', masih kelihatan ataupun tidak. Pastikankanlah dari dulu lagi bila menjelang pilihan raya Si Mahataik ini akan mulakan roadshownya terlebih dahulu dan dimulai dengan negeri Kelantan ini...

So, apa tunggu lagi... tunjukkanlah kekuatan kita, biar diorang gerun sikit. Zaman nabi dan para sahabat dulupun gunakan strategi ini, antaranya guna sugi (kaum musyrikin ingat kaum muslimin kuat sebab makan kayu) dan hitamkan rambut yang dah beruban (diorang ingat kaum muslimin muda-muda belaka)

Apa yang boleh kita buat sekarang ? mudah jer... antaranya kibarkan bendera parti-parti BA sepanjang jalan, di pokok-pokok dan sebagainya. KOs tanggung sendirilah beb... kan jihad tuh!

Pimpinan BA pula serious lah sikit kalau nak menang tuh...! PAstikan DAP jadi rakan kongsi penentang bersama BN satu lawan satu walaupun tidak menyertai BA kembali. Fikirkan semula pembentukan Shadow government (Kerajaan Bayangan) ini akan membuka mata masyarakat bahawa kita sudah benar-benar bersedia mengambil alih kerajaan.

Realisasikan satu lambang (LOGO) untuk pilihan raya kita kali ini. Walaupun ideologi berlainan tetapi matlamat kita kan satu, MENKOJOLKAN BN !

Kalau nak menang !

Ikhlas tapi jauh,
KHASKAHASI






______________________
Terbitan : 18 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com