Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Orang Umno Tg.Karang Sudah Mula Sedar

Oleh : KANG SEMAR

Ahli dan penyokong Umno peringkat akar umbi di kawasan Tanjong Karang sudah mula berbisik-bisik siapa yang lebih mendapat faedah ke atas pembinaan balairaya yang banyak didirikan dalam kawasan tanah kepunyaan individu , terutama tanah-tanah kepunyaan ketua cawangan Umno bahagian Tanjong Karang . Mereka mempertikai sama ada ia benar-benar memberi faedah kepada penduduk setempat atau hanya untuk ketua cawangan Umno itu sendiri bagi jangka waktu panjang.

Yang pasti kata mereka, balairaya itu nanti boleh digunakan oleh ketua cawangan Umno itu sebagai tempat tetamu terhormat ketika mereka mengadakan majlis kenduri kahwin. Tak payah lagi pakai bangsal / khemah berlogo Umno yang amat menyilaukan mata memandang bila kena cahaya matahari, berikutan warnanya merah berjalur putih. Silap-silap gaya bila ada kemudahan peralatan komputer nanti di balairaya tersebut, maka ia akan jadi ' kepunyaan ' ketua cawangan Umno itulah nanti . Mereka boleh gunakan bila-bila masa seisi keluarga dan semau-maunya . Kalau rosak, Umnolah yang tanggung baikkan !.

Ada juga yang membuat andaian lebih jauh , kalau ditakdirkan tanah kepunyaan ketua Umno itu dijual kepada orang lain oleh waris-waris setelah ketua Umno itu meninggal dunia kelak, tidakkah tanah dan bangunan balairaya itu nanti boleh dijual sama ?. Perkara itu tidak mustahil boleh berlaku dalam zaman manusia bijak akal dengan putar belit dan sudah tidak kira wang halal haram seperti sekarang !.

Contohnya, sudah banyak kes berlaku di mana tanah kebun atau tanah sawah yang telah dijelas bayaran harga dan nyata sah dijual oleh ibu bapa mereka, kemudian waris-warisnya menjual semula kepada orang lain , atau meminta tambahan wang ' harga semasa ' kepada pembeli tersebut, disebabkan tanah yang dijual oleh ibu bapa mereka dahulu belum ditukar nama hak milik kepada nama pembeli pertama !.

Kalau begitu kesnya boleh berlaku, siapakah yang akan mempertahankan kawasan tanah dan bangunan balairaya dari turut dijual oleh waris ketua cawangan Umno pada masa akan datang setelah ketiadaannya ?. Kerana berlaku sekarang ada di antara kawasan balairaya yang didirikan itu tidak mencukupi keluasan tanah yang boleh diwartakan sebagai tanah kerajaan . Dan yang paling ' tak patut ' ada di antara balairaya tersebut disumbat dalam kawasan surau kampung berkenaan yang mempunya keluasan hanya kira-kira sekangkang kera ! .

Oleh kerana sekarang sudah ada orang-orang Umno sendiri mula mempertikaikan kewujudan pembangunan kilat yang banyak didirikan dalam kawasan Tanjong Karang sekarang , maka eloklah mereka terus berbincang sesama sendiri dengan fikiran terbuka dan tidak terikat dengan slogan ' dulu , kini dan selamanya '. Supaya mereka dapat nampak lebih jelas siapakah sebenarnya yang lebih untung ke atas pembangunan kilat tersebut……..

Malah ada kedengaran cakap-cakap ketua cawangan Umno yang berkata bangunan balairaya yang dibina di atas tanah kepunyaannya , adalah sebagai ' hadiah ' kerajaan pimpinan Umno ke atas dirnya !. Baguslah tu, sokong lagi Umno……..






______________________
Terbitan : 16 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com