SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun 2003 - BANGSA MELAYU DAN KEMELAYUANNYA KE MANA HALA TUJU DAN DI MANA AKHIRNYAOleh Kelana Bakti Tirai senja 2002 dilabuhkan menjelang 12.00 malam 31 Disember 2002 dan 12.01 pagi tersingkap tirai fajar 2003. Persoalannya, apakah tirai baru 2003 akan membawa makna baru kepada bangsa Melayu dan Islam seluruhnya? Apakah tirai baru 2003 akan terus membina Melayu baru sebagaimana yang dihasratkan oleh sesetengah politikus Melayu dalam UMNO? Tentunya akan pula menimbulkan pertanyaan apakah Melayu baru itu? Apakah Melayu baru itu Melayu yang "sedikit kurang" sebagaimana yang digambarkan melalui tingkah laku para pemimpin UMNO? Atau Melayu baru itu adalah Melayu yang sanggup mengorbankan segala hak dan kepentingannya demi untuk kelangsungan hidup politik para pemimpin UMNO? Apakah Melayu baru itu adalah Melayu yang "kerjanya" memperkayakan "harta" para pemimpin UMNO? Senarionya, bangsa Melayu umumnya telah diperkotakkatikan oleh para pemimpin tertinggi UMNO - Melayu di mata para pemimpin UMNO adalah haprak, tidak kenang budi, lemah daya saing bahkan seribu satu macam keburukan diidentifikasikan dengan Melayu. Itulah hakikatnya perjuangan UMNO dan misi para pemimpin UMNO mengarah kepada satu matlamat menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yang terpinggir dari arus pembangunan. Lihat sahaja apa untungnya menara berkembar Petronas, litar formula I, kolam udang Harimau Kerpan dan mahligai Puterajaya, disisi rakyat jermbel Melayu. Apakah bahagiakah rakyat Melayu dengan lebuh raya yang sentiasa melonjak tolnya, harga petrol yang tidak pernah turun dan harga barangan keperluan harian yang saban hari terus meningkat. Melayu dituduh anti perpaduan - menyokong parti alternatif di anggap sebagai pemecah belah. PAS dikatakan oleh UMNO sebagai parti sesat yang menyesatkan orang Melayu. PAS di anggap sebagai pentingkan diri dan gila kuasa, itulah retorik UMNO yang sentiasa menjaja kepalsuan, semata-mata untuk berkuasa. Para penyokong UMNO bagaikan si Luncai yang terjun dengan labu-labunya, biarkan! Biarkan! biarkan! Dan para pemimpin UMNO terus hanyut dengan hasrat impian menggunung untuk mengaut keuntungan pribadi, mencipta habuan melalui kronisme, nepotisme, favoritisme dan korporatisme. UMNO terus menjadikan media sebagai tunggangan mengelabui rakyat. Bermaruahkan UMNO dan para pemimpin UMNO dalam meniti puncak kuasa? Ah, persetankan maruah, UMNO sememangnya tidak pernah tertakluk pada maruah, kerana UMNO hakikatnya tidak berwajah, rupa UMNO adalah rupa sumpah-sumpah. Apakah yang diharapkan oleh orang Melayu terhadap UMNO pada 2003? Realitinya, tidak ada apa yang boleh diharapkan! Selagi rupa UMNO adalah rupa yang tidak berwajah, rupa yang disaluti topeng, maka selagi itulah Melayu akan kehilangan kemelayuannya, tergadai akan keislamannya. Para pemimpin UMNO akan terus menjadikan Melayu sebagai kambing hitam demi untuk kepuasan nafsu lahiriahnya dan sekali gus memperkosa batiniahnya! 2003 akan membuka episodnya dengan tragedi duka terhadap Bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan lagi bahasa Sains dan tidak lagi pengatar ujaran Matematik. Berdasarkan apa ditampil oleh RTM, Bahasa Melayu hanya bahasa untuk dendangan puisi, bersyair dan berseloka. 2003 akan menampilkan keududukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan negara, bahasa rasmi secara tidak rasmi, tidak rasmi dalam rasmi yang bukan rasmi. Bahasa Melayu akan kekal sebagai bahasa rasmi yang rasmi tetapi tidak dirasmikan! Demikianlah regim Mahathir berusaha membunuh perwatakan Melayu dan Mahathir sememang cekap bertindak sebagai pembunuh, pembunuh karekter Melayu. Sebagaimana pembunuhan karekter dilakukan ke atas Anwar Ibrahim, atau sebelumnya terhadap Musa Hitam kemudiannya terhadap Tengku Razaleigh Hamzah. Dan dari tindak tanduknya, regim Mahathir terus melebarkan cengkaman untuk membunuh karekter bangsa Melayu dengan berselindung di sebalik usaha untuk mengangkat martabat Melayu, menjaja akan usaha mengantarabangsakan Melayu, pada masa yang sama kareakter Melayu melalui Sekolah Agama Rakyat (SAR) dibunuh. Dan Melayu akan terus terkapai-kapai! Soalnya, jika ditakdirkan pilihanraya akan berlangsung 2003 nanti, apakah bangsa Melayu akan terus memberikan kemenangan kepada UMNO? Jika itu keadaannya, maka bangsa Melayu tak usah menangisi akan nasibnya, sebagaimana keturunan Sultan Hussin di pulau Singa menangisi akan kehilangan warisan istana kampung Gelam. Apakah tahun 2003 ini bangsa Melayu akan terus melakukan kesilapan sebagaimana kesilapan rakyat Melaka yang telah membawa kepada kehancuran dan bentarakan tradisi Kesultanan Melayu Melaka? Bercempera dan bersepai! Akhirnya ke mana denyut nadi bangsa Melayu?
Diterbitkan oleh : |