Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Dakwaan yang berasas?

Oleh: Utuh Kiwa

Seorang penulis, Tim Huxley dalam bukunya "Defending The Lion Ciity: The Armed Force Singapore" dikatakan telah mendakwa bahawa " Singapura mempunyai kelebihan untuk menawan Malaysia dari segi ketenteraan." (Berita Harian, 6 Januari 2003).

Dakwaan itu tentu sahaja tidak disenangi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan Malaysia, seperti Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau dilaporkan berkata bahawa penulis buku itu mempunyai "agenda tersembunyi" dan buku itu sengaja diterbitkan untuk mengeruhkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Singapura.

Di sini saya tidak ingin mempersoalkan niat dan tujuan penulis buku itu. Beliau mungkin"berniat jahat" sebagaimana yang didakwa oleh Menteri Pertahanan dan mungkin juga tidak. Kita tidak tahu niat seseorang itu. Jadi soal niat itu biarlah kita tidak permasalahkan.

Akan tetapi, yang ingin saya persoalkan ialah, adakah dakwaan penulis buku itu berasas ataupun tidak?

Penulis buku itu dilaporkan membuat dakwaan itu berasaskan "fakta" bahawa "kelebihan Angkatan Tentera Singapura (SAF) berbanding Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau saingan lain ialah anggota tenteranya yang berpendidikan tinggi, dilengkapkan peralatan berteknologi tinggi dan wujud kerjasama rapat dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam SAF."

Sebaliknya, mengenai Malaysia, dikatakan bahawa kemelesetan ekonomi pada tahun 1986 dan 1987 serta 1997 dan 1998 adalah halangan utama yang dihadapi oleh ATM untuk melakukan pemodenan, termasuk membeli kelengkapan persenjataan.

Berita Harian cuba menyangkal dakwaan Huxley, penulis buku itu dengan menyatakan bahawa "Malaysia pada TAHUN LALU (2002?) membuat keputusan untuk meneruskan semula program pemodenan ATM membabitkan perolehan senjata secara besar-besaran yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu."

Masalahnya ialah, adakah keputusan TAHUN LALU itu telah dilaksanakan sepenuhnya, baru sebahagian sahaja atau pun belum dilaksanakan lagi?

Jika belum dilaksanakan sepenuhnya atau belum dilaksanakan lagi, tidakkah bermakna bahawa dakwaan Tim Huxley itu memang berasas?

Dengan perkataan lain, tidakkah sebenarnya dari segi ketenteraan. Malaysia "mempunyai kekurangan" dan "ketinggalan di belakang" berbanding dengan ketenteraan Singapura?






______________________
Terbitan : 7 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com