SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Klon bukan fotostat manusiaAlkisah tiba-tiba majlis fatwa kata klon manusia tu haram,majlis fatwa yang dipengerusikan oleh budak ismail tu tahu ker macam mana proses klon tu?Klon yang ana tahu adalah satu proses yang rumit,tapi ana yakin dapat dilaksanakan,ringkasnya satu proses meletakkan bahan genetik kedalam satu cell induk yang kosong lepas itu diletakan kedalam rahim atau mana-mana tempat yang sesuai untuk membentuk satu hidupan yang baru.Tolong sapa-sapa betulkan kira fahaman ana ni tak betul. Proses yang seakan klon memang berlaku dalam keadaan semulajadi, Allah SWT telah menifastasikannya dalam proses pembentukan Identical Twin atau kembar serupa. Hukum yang ana rasa patut dibincangkan disini bukan proses pengklonan tu tapi caranya.sila lihat senario yang ana terakan untuk perbincangan. Senario 1 Seorang suami yang lemah tak dapat menghamilkan isterinya,maka doktor akan mengambil bahan genetiknya (sperma ) dan disenyawakan dengan cara artificial dan telur yang disenyawakan itu diletakan didalam rahim siisteri, haramkah perbuatan ini? Senerio 2 Masalah yang sama seperti di atas,tapi bahan genetik orang lain punya..tapi ini sah hukumnya haram. Senario 3 Si isteri pula yang ada masalah,pensenyawaan dilakukan diluar,tapi telur diletakan pada ibu lain surrogate mother.haramkah perbuatan ini? Mukmin percaya manusia mempunyai roh.adakah bila kita klon manusia secara jasad fizikal maka roh pun terklon juga?ingat roh itu urusan Allah SWT saja.contoh roti pau,apakah yang membedza roti pau tu...jawab nya,satu titik warna,hijau ker,merah ker dan lain-lain, warna ini membedzakan pau tu kacang ke..sadin ke dan sebagainya..samalah dengan manusia rupa bentuk mungkin sama tapi isinya roh,yakinlah tak sama. Kita boleh klonkan mahathir atau ismail beribu jumlahnya tapi yakinlah kesemuanya mempunyai sifat-sifat tersendiri.persoalannya pula sanggupkah orang melayu mempunyai beribu mahathir atau ismail ...yang mana satu pun dah cukup tak terbawa.. KULAN
Diterbitkan oleh : |