SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Raja Deris Di DUN Sabak Goyang !Kedudukan Raja Deris wakil rakyat di DUN Sabak nampaknya akan goyang jika benar kemungkinan Dr.Munit anak tempatan Sungai Besar yang menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor masuk bertanding dalam pilihanraya akan datang. Cakap-cakap mengatakan Dr Munit akan jadi pilihan Khir Toyo jadi calon pilihanraya, nampaknya sudah jadi bualan di kedai-kedai kopi dan perkumpulan puak-puak Umno. Mereka melihat majlis jamuan hari raya yang diadakan oleh Dr Munit di rumah keluarganya di Parit Cabang , Sungai Besar sebagai ' langkah pertama' beliau mempopularkan diri kepada kakitangan kerajaan dan juga penyokong-penyokong Umno dalam parlimen Sabak Bernam. Pastinya beliau mahu dikenali lebih dekat oleh rakyat di peringkat akar umbi kerana selama ini beliau ' jauh ' dari mereka kerana bertugas di luar daerah Sabak Bernam. Suku sakat dan kerabat Dr Munit sudah pasti akan menjadi ' apit lempang ' beliau apabila benar-benar dijadikan calon pilihanraya nanti. Namun sebenarnya suasana politik di Sabak Bernam sekarang sudah berubah !. Rakyat tidak hanya menilai jawatan yang disandang sebelum jadi calon dan kerja-kerja yang telah dilakukannya bagi membawa angin pembangunan di Sabak Bernam. Mereka lihat juga parti yang diwakili calon. Lihat saja Dato' Ramli Norani, bekas ADUN Sungai Besar dahulu. Bungkus dalam pilihanraya 1999 kepada Ustaz Solehen Mohyi, seorang guru bertugas di sekolah menengah !. Padahal apa kurang jasa Dato' Ramli kepada pembangunan Sungai Besar dan sudah berapa ramai dia ' menaja ' orang pergi menunaikan umrah. Namun rakyat menilai dan memilih ' parti ' apa yang diwakilinya. Kerana itu, kalau Dr Munit bercadang hendak jadi calon pilihanraya kelak, fikir-fikirlah dahulu. Jangan sampai macam Dato' Aini yang juga pernah pegang jawatan seumpamanya , kalah dengan Dr. Hassan Ali di DUN Sungai Burung !. Padahal DUN Sungai Burung adalah ' rumah ' Dato' Aini pada penggal pertama sebelum bertanding bagi penggal kedua. Yang jelas , penyokong-penyokong Umno sudah berbelah bagi nak sokong siapa sekarang. Ada yang sudah mula ' berkemas tikar bantal ' untuk berhijrah menyokong Dr.Munit yang dirasakan ' ada peluang ' jadi wakil rakyat akan datang . Dan masih ada yang ' tunggu dan lihat ' perkembangan terbaru , sama ada terus sokong Raja Deris atau angkat kaki mulai sekarang….. Nampaknya Raja Deris sudah mula gigit jari. Dulu heboh konon nama sudah naik untuk jadi MB Selangor, tiba-tiba Khir Toyo yang angkat sumpah !. Kali ini guru-guru agama yang dulunya jadi penyokong kuat Raja Deris dan Umno Sabak Bernam sudah ramai yang pencen dan akan pencen dalam waktu terdekat. Mereka semua sudah ' beminat ' menyokong BA sekarang dan mereka sudah tidak terikat dengan ' aku janji ; yang ditandatangi dulu !. Raja Pantai Landu
Diterbitkan oleh : |