SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Noh Omar Memang Busuk Hati dan PendendamTANJONG KARANG : Timbalan Ketua UMNO Tg. Karang, merangkap Ahli Parlimen Tg. Karang merangkap Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Belia 4B adalah orang yang sama iaitu Noh Omar, memang terkenal di kawasan ini bukan kerana banyaknya jawatan yang disandangnya tetapi kerana perangai dan sikap buruk lagi hodohnya. Masyarakat sekitar Tg. Karang telah sedia maklum sejarah hidup Noh Omar sejak dia di bangku sekolah lagi sehinggalah beliau mula bekerja sebagai guru lepasan maktab, berkahwin, kemudian ke London mengikuti isterinya yang ketika itu menyambung pelajaran PhD. Bila balik semula ke Malaysia, Noh mendabik dada kata dia ada ijazah BA in Law, tapi tak tahu undang-undang. Bila ditanya orang-orang atau sarjana yang belajar di UK London semasa dengan Noh Omar bercuti ikut isterinya di sana, tak pernah dengar pun hal dia masuk universiti di sana. Menurut salah seorang peguam terkenal dan seorang doktor yang rapat dengan Noh Omar memberitahu, Noh Omar tak ada Sijil Bar-at-Law, MBBS ataupun Lesen Guaman sebagai Peguam Bela. Mungkin dia buat ‘ijazah’ Law secara PJJ agaknya? Hai….Hai……Ehem….Ehem…….Orang kampung semua dah tahu………! Berbalik kita kepada topik yang nak dibincangkan di atas, tulisan oleh Pukat Rimau Bankenal, Tapai Pulut, Kang Semar dan Ex-Student SEMENSA, telah mencuit hati dan minda saya untuk berkongsi maklumat tentang sikap, peel, perangai, tabiat dan kebiasaan buruk lagi hodoh Noh Omar ini. Tak cukup dengan hasad dengki terhadap Dr. Yusuf Abd. Wahab, Cikgu Hj. Hashim dan Ustaz Hj. Suhaimi, Noh Omar yang pendendam lagi busuk hati ini sebenarnya telah menzalimi dan menganiaya ramai orang terutamanya kakitangan kerajaan, guru-guru, ustaz-ustaz JAIS dan siapa sahaja yang tak disukai atau dibencinya. Semuanya akan menjadi mangsa kemarahan dan keBUSUKkan hati Noh Omar dibantu oleh beberapa orang balaci @ barua @ apik lempang @ #$&*^#~+# yang sememangnya amat dikenali di kawasan ini. Maklumat terbaru yang diterima daripada sumber SUK Selangor dan JAIS telah mengesahkan bahawa Noh Omar sebenarnya telah berperanan 101% menzalimi, menganiayai dan memindah-mindahkan seorang insan yang sangat dihormati kerana keilmuannya, kewarakannya, sifat tawadhu’ dan berjasa besar di sekitar Simpang Lima, Sg. Besar, Sekinchan, Sabak Bernam, Jeram, Kuala Selangor, Tg. Karang hatta seluruh Selangor sekalipun iaitu Al Fadhil Al Ustaz Hj. Abdullah Salleh Sulaiman. Al Ustaz Hj. Abdullah Salleh Sulaiman seorang guru agama yang berkhidmat di bawah JAIS, lulusan AL Azhar Mesir. Bejasa besar dalam mendidik pelajar dan masyarakat dalam hal ehwal dan selok belok agama Islam tanpa berselindung, gusar dan berani berterus terang. Yang Hak akan tetap dikatakan HAK, yang Mungkar dan Batil tetap dikatakan MUNGKAR dan BATIL. Perwatakannya yang lemah-lembut, bertutur dengan nada yang lembut, teratur dan jelas. Al Ustaz sangat ditakuti, digeruni dan sekaligus dibenci serta dimusuhi oleh Noh Omar. Bayangkan, dalam masa kurang dua (2) tahun Al Ustaz Hj. Abdullah Salleh Sulaiman telah dipindahkan tempat berkhidmat/mengajar tak kurang dari empat kali. Bermula dari SAM Sg.Panjang - SAM Seri Desa – Pejabat Agama Kuala Selangor – SAM Hulu Selangor – SAM Kajang. Kasihan anak-anak Al Ustaz yang sedang belajar di sekolah menengah dan rendah, terpaksa berpindah sekolah berkali-kali angkara Busuk Hati, Hasad Dengki dan Dendam Kesumat Noh Omar yang tak kenal puas dan jemu menganiaya orang yang dianggap boleh mengancam survival politiknya. Noh Omar ini telah menulis surat mengarah dan mendesak pihak JAIS dan Pengarah JAIS supaya memindahkan AL Ustaz Hj. Abdullah Salleh Sulaiman dengan sekehendak dan sesuka hatinya sahaja seolah-olah JAIS itu mak bapak dia yang punya. Bermacam-macam tuduhan dilempar dan ditulis oleh Noh Omar di dalam surat kepada Pengarah JAIS (yang sewaktu juga dengan Noh). Inilah satu lagi bukti jelas kebusukan hati dan nafsu serakah Noh Omar terhadap pegawai-pegawai kerajaan di kawasan Parlimen Tg. Karang ini tanpa mengira siapa sahaja. Pengarah dan Pegawai-pegawai di JAIS yang tak ada prinsip dan profesionalisme perjawatan itu telah sewenang-wenangnya membenarkan diri mereka diperalatkan oleh Noh Omar yang berniat jahat itu. Apa nak jadi dengan pegawai dan penjawat jawatan tertinggi di jabatan-jabatan atau kementerian di Malaysia ini ? Langsung tak ada keberanian untuk menyanggah arahan berbau politik terhadap kakitangan mereka ? Adakah ‘General Order’ mengizinkan campur tangan pihak luar khususnya orang politik mencampuri dan menentukan perjalanan perkhidmatan pegawai-pegawai kerajaan ? Di mana keadilan dan pembelaan dan kebajikan kakitangan kerajaan yang bekerja dengan sepenuh hati untuk kesejahteraan negeri dan negara ini ? Saya cadangkan kepada Sdr. Peguam Mohd. Hanipa Maidin, peguam Cikgu Hj. Hashim Hj. Harun, supaya mendapatkan perintah mahkamah nanti, bagi membawa masuk ke mahkamah surat Noh Omar kepada Pengarah JAIS yang mendesak pemindahan Al Ustaz Hj. Abdullah Salleh Sulaiman di atas. Saya ini tak tahu tentang peraturan perbicaraan dan mahkamah. Tapi kalau bolehlah dilakukan seperti yang saya cadangkan, kita boleh TELANJANGKAN Noh Omar di mahkamah itu nanti. Biar dia tahu dan rasa. BERANI BUAT MESTI BERANI TANGGUNG. Kepada NOH OMAR dan barua @ balaci UMNO Tg. Karang, jangan ingat kamu boleh hidup atau pegang jawatan SEHINGGA MENONGKAT LANGIT. Akan sampai masanya nanti kamu akan turun dan jatuh ke bawah juga. Insaflah. Bertaubatlah Sebelum Terlambat…….
Konduktor LRT
Diterbitkan oleh : |