SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun FIRAUN MALAYSIA DI MESIRSelepas ' membelasah ' pelajar-pelajar dan sekolah-sekolah agama rakyat, si Firaun ini semasa melawat Mesir telah memulakan pula operasi ' membelasah ' pelajar-pelajar di Universiti Al-Azhar. Lihatlah saja apa katanya seperti yang dilapurkan oleh New Straits Times bertarikh 24 January 2003. Antaranya : Frustrated in failing to secure jobs, they become angry at the Government, he said, but they should not blame anyone as it was up to them whether they wanted to study or not while in Egypt. " They cannot blame anyone. We've already said that our students must acquire knowledge in various fields … if all of them were to pursue studies in one subject, then it's difficult for us to provide employment opportunities for them, " he said Dr Mahathir also said that those pursuing religious studies would find limited employment opportunities. " When we pursue a certain field, we must be aware of the ( employment ) opportunities we can avail ourselves to in that field. Currently, most of those pursuing studies in IT ( information technology ), science, engineering … they have vast employment opportunities," he said. Dalam isu Sekolah Agama Rakyat ( SAR ), akibat terlalu marah kerana " di beritahu " SAR menjadi tempat " mendidik rakyat membenci kerajaan ", bantuan kewangan dihentikan, sekolah akan ditutup dan ibubapa yang tidak menukarkan anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan kerajaan diugut dengan berbagai-bagai tindakan. Kini, pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar pun diugut. Susah kerajaan nak menyediakan pekerjaanlah, kurang peluang pekerjaanlah dan bermacam-macam lagi. Rasa-rasanya kalau Dr. Mahathir ni ada juga kuasa di Mesir, Firaunlah katakan, mahu Universiti Al-Azhar pun ditutupnya. Sebagai pemimpin sebuah negara yang didakwanya Negara Islam ( pemasyhuran Malaysia sebagai sebuah Negara Islam di buat di hadapan perhimpunan sebuah parti politik bukan Islam ) rakyat mengharapkan agar Islam akan terbela tetapi sebalik berlaku. Islam semakin ditekan kuat daripada berkembang dan difahami oleh orang Islam sendiri. Apa yang Dr. Mahathir mahu ialah perlaksanaan Islam menerusi kacamatanya yang hanya membaca terjemahan Al-Quran samada dalam bahasa Melayu atau English. Jadi tidak hairanlah ada wanita Islam di Malaysia yang berpegang kepada kata-kata " Tak tutup rambut bukannya kurang iman atau Islam kita " Kepada pelajar-pelajar kita yang sedang dan bercadang untuk belajar dan mendalami ilmu mengenai ugama ALLAH, jika niat kita suci dan ikhlas kerana ALLAH dan demi untuk menegakkan ugama Islam di bumi ALLAH ini, percayalah, ALLAH sebaik-baik pemberi rezeki. Janganlah menjadi Ulama Cari Makan seperti ulama-ulama yang berada dalam UMNO. Memang menjadi budaya dalam UMNO, dari pemimpin hinggalah ke gurkha/barua di peringkat JKKK, ugut mengugut telah menjadi darah daging mereka.Kalau tak undi UMNO, tak akan dapat pembangunan, kalau tak dapat ' perkenan ' JKKK tak akan dapat wang ehsan, kalau sokong aku jadi ketua bahagian, dapat melawat Medan, kalau itu, kalau ini dan beberapa lagi kalau. Teringat penulis tentang apa yang akan berlaku sebelum berlakunya kiamat, akan keluarlah Dajal. Mengikut hadis "…. Sebenarnya ia akan keluar di satu jalan di antara Syam dengan Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia masuk kepadanya ( dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset;…….." maksud sebahagian daripada hadis ke 83, Mustika Hadis Rasulullah SAW terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Nak kata UMNO ni Dajal tak boleh sebab Dajal ni " seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul ( buta sebelah ) " tetapi perangainya memang ada!
Diterbitkan oleh : |