Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Fatwa Haram Rokok 1995 Semakin Dilupakan ?

Assallamualaikum w.b. ,

Kepada semua umat Islam di Malaysia terutamanya mereka yang mahir dan berilmu tinggi dalam agama Islam.

Kita semua telah sedia maklum bahwa Kerajaan Malaysia melalui Majlis Fatwa Kebangsaan sudah lama memutuskan fatwa haram rokok pada tahun 1995.

Akhbar Berita Harian 19 Mac 2002 adalah dirujuk.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan , Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata, keputusan hukum HARAM rokok adalah JELAS.

Beliau adalah juga Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia ( IKIM ).

Fatwa ini sudah semestinya dibuat dengan penuh teliti, cermat dan bijak.

Bagaimanapun, setakat ini hanya DUA ( 2 ) pertubuhan yang MENYOKONG sepenuhnya fatwa haram rokok ini iaitu :

1) Persatuan Perubatan Malaysia ( MMA ) dan

2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) sahaja.

Kita belum terbaca ( sejak Mac 2002 ) apa-apa komentar oleh pihak-pihak tertentu seperti Lembaga Tembakau Negara, UIA, ABIM, Persatuan Ulama Malaysia mahupun Parti Pas.

Selain dari surat-surat oleh M Yap dan N Gangadharan ( kedua-duanya bukan Islam ) yang disiarkan oleh New Straits Times pada 20 Mac 2002, TIDAK ADA langsung lapuran MEDIA akan pandangan umat Islam Malaysia SENDIRI.

Isu rokok bukan perkara peribadi, sensitif ataupun remeh temeh.

Reputasi Kerajaan Malaysia sebagai Negara Islam kini diuji.

Adakah patut fatwa rasmi yang diputuskan oleh Kerajaan Malaysia sendiri ( melalui Majlis Fatwa Kebangsaan ) dipandang sepi oleh umat Islam Malaysia ?

Telah lama disahkan bahwa Malaysia adalah Negara Islam ( Mingguan Malaysia 30 September 2001 dan Utusan Malaysia 15 Jun 2002 ).

Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu-satunya institusi yang diamanahkan untuk memutuskan sebarang fatwa di Malaysia.

Sama-samalah kita berdoa agar semua umat Islam Malaysia menerima fatwa haram rokok ini ( diputuskan lebih TUJUH tahun lalu ) dengan penuh ketaqwaan dan insaf.

Jangan biarkan hanya Persatuan Perubatan Malaysia ( MMA ) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) sahaja yang bergiat mengingatkan kita fatwa haram rokok 1995 ini.

Kita juga harus berterima kasih kepada PPIM yang sering menyiarkan senarai makanan/ubat yang didapati haram.

Lebih-lebih lagi apabila Kementerian Kesihatan pula mengakui TIDAK ADA kuasa untuk melabelkan ubat yang haram diguna oleh pengguna Islam ( Berita Harian 16 Disember 2002 ) .

Wassallam.






______________________
Terbitan : 4 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com