Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Melayureform: Komen saya tentang Malaysiakini

Peristiwa yang terjadi kepada Malaysiakini.com tidak langsung menghairankan saya. Tiada simpati saya kepada malaysiakini. Tiada perasaan sedih timbul.

Kepada semua pihak malaysiakini, anda semua mestilah berperasaan seperti saya. Teruskan dan tunjukkan nilai-nilai dan semangat 'Kebebasan bersuara" terutamanya dalam massmedia. Berani buat berani tanggung, undur jangan sekali!

Apa yang polis lakukan hanyalah propaganda kerajaan dan BN. Tak ada lebih dari itu. Mereka dalam kerajaan BN dan UMNO sedang sedaya upaya menutup segala kesilapan, kelemahan dan kebodohan mereka. Orang BN tak tidur lena kerana setiap malam mimpi buruk kerana banyak buat silap dan dosa. Perasaan dengki dan busuk hati menambahkan keresahan diri masing-masing. Nama sahaja orang politik tetapi tak tahu berpolitik. Cuma yang pandai ialah berdengki, tamak, rasuah, cepat kaya, tipu sana-sini dan semua orang tak pandai hanya puak dia aje yang pandai. Para parti pembangkang memang tahu perangai orang BN dan UMNo sebab itu orang BN dan UMNO tak sanggup berdepan dengan parti pembangkang kerana takut di hina malu!

Semakin hari pekong dalam UMNO semakin parah. Tetapi mereka cuba juga nak tutup. Tutup sana tak kena, tutup sini tak jadi kerana di buka dan sentiasa di hebohkan oleh parti pembangkang......."Tuan-tuan dan puan-puan, mari-mari, mari-mari sini, lihatlah pekong UMNO, pekong terbaik tetapi dah tak boleh di ubati lagi". Kerana dah tak ada cara lain lagi, maka UMNO terpaksalah suruh polis hentikan pertunjukkan itu.......raid sana, raid sini. Saya tak salahkan anggota polis juga kerana semua polis sedar dan insaf pakaian dan rumah mereka di biayai oleh kerajaan cuma seluar dalam aje! Sebab itu polis begitu akur dengan tugas mereka. Tetapi ramai juga anggota polis yang suka menjadi polis bukan kerana uniform dan rumah free tetapi kerana 'KEMUDAHAN DAN KEMEWAHAAAAAAAAAAAAAN'.

Berbalik kepada kisah Malaysiakini.com, saya rasa tak perlulah ada suara yang simpati sana-sini, buat candle light satu negara. Yang penting teruskan matlamatnya. Selama ini malaysiakini.com telah berjaya mencapai matlamat dan sememangnya akhbar web yang bebas! Syabas! Rakyat yang cintakan kebebasan bersuara sepatutnya mestilah memberi segala bantuan setakat yang terdaya kepada malaysiakini.com supaya mempastikan laman web terulung ini terus hidup sebagai laman akhbar web yang paling bebas dan di percayai umum. Sememangnya negara kita mahukan sebuah laman berita seperti MALAYSIAKINI.COM.

Apa yang berlaku kepada Malaysiakini.com adalah sebahagian daripada agenda bersiri BN dan UMNO untuk menutup segala kerosakan atau keburukan diri mereka. Saya percaya peristiwa seperti itu akan terus berlaku dan semakin berani kerana Mahathir, Dolah badawi dan Norain Mai tahu yang kita semua hanya pandai menjerit seperti anjing menyalak bukit!

Sekian.

melayureform@yahoo.co.uk






______________________
Terbitan : 25 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com