SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Penyiasatan pun sudah tidak adil?Oleh: Che Murba Pihak polis nampaknya boleh bertindak begitu cepat dan pantas untuk menyiasat aduan Pemuda UMNO terhadap laman web Malaysiakini. Sebelum tuduhan Pemuda UMNO itu dibuktikan berasas ataupun tidak, komputer di pejabat Malaysiakini sudah pun dirampas. Tindakan pihak polis nampaknya berbeza benar apabila mereka menerima aduan daripada pihak pembangkang. Apabila pihak pembangkang yang membuat aduan, bukan sahaja penyiasatan lambat dilakukaan, malah ada kalanya kita pun tidak tahu sama ada penyiasatan dilakukan atau tidak. Dalam hal ini, kes-kes aduan polis yang dilakukan oleh Ezam Mohd.Nor beberapa waktu yang lalu boleh dijadikan contoh. Rasanya banyak aduan polis yang dilakukan oleh Ezam, yang tidak disiasat pun hingga hari ini. Akan tetapi, dalam kes aduan polis oleh Pemuda UMNO ini pihak polis telah bertindak begitu cepat dan pantas. Adakah aduan itu terlaampau penting, sehingga pihak polis telah menyiasatnya hampir secara serta merta? Nampaknya yang menentukan sama ada sesuatu aduan itu cepat atau lambat disiasat, bukanlah sama ada butir-butir aduan itu penting atau tidak, tetapi siapa yaang membuat aduan itu. Sekiranya yang membuat aduan itu orang-orang di pihak kerajaan seperti Pemuda UMNO, cepatlah penyiasatan dijalankan, tanpa mengira burir-butir aduan itu penting atau tidak Dalam hal ini nampaknya jelas sekali pihak polis telah tidak menjalankana keadilan sejak pada peringkat penyiasatan lagi. Penyiasatan cepat dijalankan semata-mata kerana aduan itu datangnya dari komponen parti pemerintah; bukan kerana butir-butir aduan itu begitu penting. Tindakan pihak polis yang seperti ini sebenarnya tidak akan menaikkan citra polis di mata rakyat. Pihak polis akan dilihat bersikap berat sebelah dan tidak adil. Malah dalam kes ini, pihak polis seolah-olah sudah menjadi 'budak suruhan' pemuda UMNO pula! Di samping itu, tindakan pihak polis dalam kes aduan pemuda UMNO ini ada juga keanihannya. Pihak polis merampas komputer, sebelum menentukan aduan itu berasas atau tidak.Apakah tujuannya? Oleh itu, janganlah salahkan rakyat, sekiranya akibat perbuatan polis yang berat sebelah dan tidak adil itu, pihak polis akan kurang dihormati, ataupun lebih malang lagi, tidak akan dihormati!
Diterbitkan oleh : |