Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bahang Pilihanraya 2004 Semakin Terasa

Oleh: Myient

Merujuk kepada berita TV3 pada 21 Jan 2003 jam 8.20 malam berkenaan rampasan peralatan komputer Malaysiakini.com oleh PDRM, saya melihatnya sebagai salah satu langkah pihak kerajaan untuk melumpuhkan pembangkang dalam menghadapi pilihanraya yang sudah tidak lama lagi. Banyak pihak berkata bahawa pilihanraya akan dijalankan tahun 2003 ini berdasarkan gimik politik yang semakin terarah supaya kekuatan parti pemerintah terserlah dari hari ke hari.

Baru-baru ini juga, penulis membaca akhbar ‘RISIK’ yang 100% isi kandungannya menghentam pembangkang terutamanya PAS. Inilah kali pertama penulis membacanya, itupun kerana kebetulan pada suatu hari penulis menunggu bas dan terpandang akhbar itu lalu membelinya dengan harga RM2 senaskah. Penerbit majalah itu entah siapa. Apa yang pasti ialah isikandungannya yang menfitnah PAS dan ulamak.

Begitu juga kalau kita menonton rancangan Pantai Timur yang disiarkan di TV1. Dialog yang diutarakan dalam rancangan itu menggunakan loghat Kelantan dan kebanyakannya menyindir PAS juga. Boleh dikatakan apa sahaja rancangan sama ada berbentuk cetak ataupun siaran TV kalau boleh biarlah menghentam pembangkang terutamanya PAS.

Masalah di Terengganu juga tidak kurang hebatnya. Hanya wakil rakyat PAS dan khasnya Dato’ Sri Mentari Besar Terengganu yang secara langsung merasa tekanan pemerintah / kerajaan pusat. Rakyat Terengganu yang tidak terlibat secara langsung, ketawa sahaja di kedai-kedai kopi dan sedang tunggu dan lihat sejauh mana Hj Hadi dapat menangani masalah politik negeri.

Dan yang paling terasa sekali ialah tekanan terhadap pendidikan agama Islam di Malaysia. Tidak kira lah Sekolah Agama Rakyat atau apa pun. Pokoknya semua yang berasaskan agama sedang ditekan hebat dan kalau boleh agama Islam tidak lagi wujud di Malaysia tahun 2004 akan datang. Kalau ada pun yang masih beragama Islam, terpaksa melalui jalan yang amat sukar.

Penulis mengharapkan walau apapun keadaan, rakyat hendaklah memastikan kekalahan UMNO dan gantikan dengan kerajaan yang meninggikan syiar Islam.






______________________
Terbitan : 23 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com