SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kisah Balai Raya Terbiar Akan Berulang !Beberapa dekad dahulu rakyat heboh memperkatakan tentang bangunan-bangunan balairaya di Selangor ( dan di negeri lain ) didirikan kerajaan di kampung-kampung terbiar dan tidak digunakan oleh penduduk setempat. Laporan bagaimana balairaya menjadi tempat tidur binatang ternakan kambing dan menjadi ' sarang ' penagih dadah juga pernah kita baca dalam komen pembaca di akhbar-akhbar. Akhirnya bagi mengatasi keadaan,pihak KEMAS telah ' mengambilalih ' balairaya-balairaya di kampung untuk dijadikan kelas tadika KEMAS. Maka balairaya yang didirikan kerajaan itupun berperanan semula dan tidak menjadi bangunan ' tugu ' dalam kampung berkenaan. Sepanjang tahun 2002 kelas-kelas Tadika KEMAS telah mendapat bangunan sendiri maka mereka pun ' angkat kaki ' dari balairaya yang digunakan sekian lama.. Maka tinggallah balairaya berkenaan tanpa penggunaan dan pengurusan. Tegasnya balairaya tersebut akan kembali kepada sejarah silam !. Apa yang aneh sejak kebelakangan ini, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Khir Toyo membina lebih banyak lagi bangunan balairaya di kampung-kampung dengan kos puluhan ribu ringgit sebuah, terdiri dari bahan binaan kekal ( batu ) . Hinggakan terdapat bangunan yang didirikan di atas tanah persendirian . Di hadapan rumah orang-orang kuat dan pengampu Umno ! ( Apa akan jadi ke atas bangunan hak kerajaan itu, bila tanah berkenaan dijual oleh tuan punya kepada orang lain pada masa depan ? ). Selain itu, tidakkah mendirikan banyak bangunan balairaya mengikut jumlah cawangan dalam sebuah kampung itu semata-mata ' mengenyangkan ' kroni Khir Toyo yang menjadi kontrak binaan sahaja ?. Kalau hendak dikira ' mustahak ' didirikan balairaya , apalah mustahaknya dalam keadaan Umno boleh menggunakan semua bangunan kerajaan yang ada di sebuah kampung, terdiri dari bangunan sekolah, masjid dan surau di samping balai-balai JKKK !. Kita ambil contoh sebuah kampung di DUN Sungai Panjang , kawasan Khir Toyo menjadi wakil rakyat, di mana dalam kampung tersebut ada sebanyak lapan cawangan Umno , sekarang telah didirikan tiga balairaya baru di situ !. Padahal kampung tersebut sudah ada dua buah balairaya ( bahan kayu ) yang telah 'ditinggalkan' oleh KEMAS, sebuah balai JKKK, dua bua sekolah rendah kebangsaan/ agama dan akan siap sebuah sekolah menengah tidak lama lagi, di samping sebuah masjid dan ada sembilan buah surau ?!. Rakyat tertanya-tanya, siapakah yang akan menggunakan bangunan balairaya baru itu kelak, sedangkan sudah tersedia dengan banyak bangunan-bangunan yang boleh digunakan untuk mesyuarat, ceramah atau perayaan-perayaan lain ( tentunya kegunaan Umno sahaja ). Apakah peristiwa bangunan-bangunan kerajaan terbiar seperti dahulu tidak mungkin berulang lagi ?. Dan bukankah itu suatu pembaziran dan demi kepentingan bagi ' orang tertentu ' sahaja ?. Apabila suara-suara sebegini disuarakan dalam mesyuarat JKKK atau cawangan Umno oleh rakyat yang prihatin, pasti tak lama dia akan kena singkir !. Padahal apa yang disuarakan itu adalah perkara kebenaran dan perlu sama-sama dikaji selidik semula, tanpa mengira ia adalah arahan ' orang atasan yang berkuasa '. Marilah sama-sama kita saksikan apa akan jadi kepada bangunan yang didirikan sekarang dalam tempuh beberapa tahun ke hadapan……. NAKDESADIKOTA
Diterbitkan oleh : |