SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Benci UMNO Sayang PASMarahkan nyamuk, pasang Fumakilla. Itu adalah pepatah yang sepatutnya tidak menjadi amalan apa lagi bagi mereka yang bergelar pemimpin dalam kamus UMNO. Mereka kata ada banyak cara untuk menyelesaikan penyakit kronik atas perbuatan sesetengah ahli UMNO. Sememangnya kasih sayang sangat penting dan mesti ada dalam diri kita sebagai manusia. Segala amal dan kebajikan yang kita lakukan kalau beserta dengan rasa kasih sayang ia akan lebih berkesan dan meresap lebih jauh ke dalam sanubari mereka yang menerimanya. Sebab itulah kita kena tanamkan sifat kasih sayang, barulah ada masyarakat penyayang untuk mengambil berat dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Masih terlalu ramai rakyat kita yang miskin, menderita penyakit kronik dan hidup dalam keadaan yang menyedihkan. Adakah KERAjaan UMNo/BN peka dan membuat yang terbaik untuk rakyat? Para pemimpin UMNO/BN terutama PM perlu semai sifat kasih sayang bukan sahaja untuk membantu golongan yang memerlukan, tetapi ia juga untuk mengekalkan keharmonian rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama. Keamanan dan keharmonian yang berkekalan inilah yang sepatutnya menjadi teras dalam mempertingkatkan lagi pembangunan negara ikut cara Islam. Sebuah masyarakat yang baik menunjukkan rasa kasih dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Dengan tertanamnya sifat-sifat mulia ini, perpaduan yang lebih erat dapat dicapai dengan sepenuhnya. Tak payah nak fitnah memfitnah, saman menyaman, penjara memenjara. Tak payah tubuh pasukan penggempur. Tak payah rompak duit rakyat dengan pelbagai cara yang licik untuk mempertahankan UMNO/BN. Kerana rakyat pelik. Sepatutnya kerajaan yang beri rakyat duit bukan rakyat yang mesti beri kerajaan duit untuk tambah dan kekalkan kuasa. Yang kelakarnya dalam AlHaq(penipu)kononnya Maidam telah menyalahgunakan wang zakat kerana duit zakat telah dibuat bayar elaun kepada petugas dalam Kawasan DUN. Mungkin budak (budak marang kerja Maidam)itu merasakan pemberian elaun tersebut tidak termasuk dalam hasnad penerima zakat. Mereka yang bertugas itu untuk mengembalikan semula akidah rakyat yang terlalu lama terpesong dek perbuatan Umno yang durjana itu. Mereka ini telah dilantik oleh Maidam sebagai Mubaligh,yang bertugas menyampaikan seruan Allah .Janganlah Alhaq(batil)membogelkan diri sendiri .....menampakkan kejahilan diri. Kalau nak bercakap tentang penyelewengan duit zakat, Kita masih tidak lupa semasa zaman Umno dulu wang zakat telah digunakan untuk pinjaman membeli motorsikal kepada kerani nya,sedangkan pada ketika itu kerani tersebut telah mempunyai sebuah kereta Proton Saga.Jadi ,kita nampak dalam bab ni, akhbar tersebut jangan terlalu ghairah menulis, buruk padahnya. Jangan kira nak tulis je...rujuk sikit pada orang-orang yang tahu halnya, yang baca dalam internet ni bukannya komang komang macam orang orang tua yang puakjuak umno boleh tipu, apakah kerana terlalu tiada isu dan berita yang hendak ditulis, maka dikutip benda benda kotor di dalam tong sampah....inilah yang dikatakan seperti tupai dan kera....memang pun wartawan alhaq adalah seperti tupai dan kera. Kalau nak tahu berita penyelewengan wang zakat ni kena rujuk dulu pada Dr Yusor Noor tentang kehilangan wang BaitulMal ketika beliau menerajui Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dulu. Cerita Wang Ihsan(Khabarnya dah tukar nama kepada Dana Khas Persekutuan) Cerita pemberian wang ehsan di Dun Telemong .. di Sekolah Tengkawang... Tiba-tiba kampung ni popular sekarang sejak ada dua masjid ni..dan sejak masjid lama dengan imam kaki judinya bertambah tersohor cerita kg Tengkawang ni. Maka kampung ini dijadikan pusat pembahagian wang ehsan yang diuruskan oleh Bank Pertanian..kesian tengok pegawai bank ni jadi mangsa kebudakan puak juak UMNO masa pemberian wang dijalankan...Dengar cerita hari pertama siap nak bertumbuk dengan Pegawai bank..punyalah taksub dapat duit... Jenis Karat UMNO.. 300 rial macam 3 Juta. Maka Pegawai bank pun naik benci dengan puak kemaruk UMNO ni...jenis kemaruk..dan ada jugak yang bawak borang orang dah meninggal..kerana wang punya pasal..almaklumlah dalam borang permohonan kena masuk no daftar ahli UMNO dulu..nampak sangat tak ikhlas...Imam masjid Kaki Judi dapat Juga..He..he..he.. Maka kedengaran dua tiga orang yang dapat duit tu bersembang di kedai makan selepas ...ni dalam DUN KUALA BERANG..kata si A " weh untunglah kita..nok raya ni ada orang beri pitis..nampak gaya kena undi PAS lagilah kalau nak pitis lagu ni... disambut dengan gelak ketawa..Kata pulak si B " aku..jangan haraplah nak undi BN dah.. aku serik Doh Weh 20 Tahun dulu..dok boleh ape paedah ..dok sok ke Pitis... kain pelikat sehelai pun dok buleh...dok Tunggu..tuggu sapa Botak kepala ayah wang moktar pun dokleh lagi..pastu menyampuk pulak kawan hok sorang lagi..." Pitis ni aku nak derma ke TABUNG DARULIMAN jerlah.. buat pahala sikit bulan puasa ni ".mudah-mudahan tahun depan Tok Guru perintah Terengganu lagi.Tersenyumlah 2-3 org mendengar kata-kata ketiga-tiga pemuda itu. Maka begitulah ceritanya Rakyat UMNO dengan pitis Ehsannya... dengar khabar RM 48 Juta dibelanjakan untuk seluruh negeri Terengganu. Ada yang mengatakan sumber duit tersebut diambil sebahagian daripada geran peruntukan untuk negeri-negeri lain...sebab duit royalti tak ada..biarlah..apapun ..janji bila Orang beri Pitis ambik..Undi Biar tetap PAS. Jangan dok Undi Tg Putera yang sibuk kahwin 2 jer. Cerita pasal Pengarah JPP yang tiba-tiba hilang seminggu dek kerna pitis ehsan. Sebabnya ialah kerana Pemuda UMNO dalam DUN Ajil telah menyerang beliau setelah mendapati nama dalam senarai penerima pitis Ehsan dipotong. Memang jenis UMNO doh..serang menyerang memang sukalah... kerana pitis 300 rial kawan sama kawan pun dia baham..dasar jahat dok abis..Maka Berdegar-degarlah para Parianya bersuara memberi ceramah sebelum dah selepas pemberian pitis.. sampaikan Isu Cat masjid pun buat keluar jugak..dasar abis modal memang lagu tu...Maka kalau melihat kpd sambutan memanglah ramai.. pitis..org gila pun nak !..tapi rasanya dengan guna cara tu jangan mimpilah UMNO @ BN nak amik semula Terengganu .Dengan Izin Allah..hok tua-tua bolehlah...kesudahannya...pitis abis UMNO kalah lagi...jadilah macam kelantan..diam dah le ni. DUA EXCO KERAJAAN PAS TERENGGANU KELUAR DUIT SENDIRI BIAYAI PENGAJIAN ANAK MEREKA DI LUAR NEGARA Anda mungkin tidak percaya! kerana inilah yang berlaku sekarang di Terengganu. Anda yang tinggal di Lembah Klang mungkin merasa janggal dengan perkara ini, kerana masa UMNO memerintah dulu anak menteri Besar dan Exco pun boleh dapat biasiswa!(termasuk anak menteri2) Kalau anda kurang yakin, tanyalah Datuk Rosed Ngoh, masa anak dia belajar di USA dulu, berapa sen duit poket dia habis untuk bayar yuran anak belajar, atau anak dia dapat biasiswa MARA? Anak Ayah Wan lagu mana, boleh juga ker? Gi tanya JPA! TANAH ADUN LADANG Kita dikejutkan dengan laporan Utusan Meloya pada 16 Jan 2003 mengenai Adun PAS Kawasan Ladang mendapat tanah seluas hampir 60 hektar. Adakah betul puak-puak PAS ini, selepas mendapat kuasa sudah lupa segala-galanya. Kitarasa sangat kecewa dengan berita tersebut lalu menghubungi pejabat ADUN berkenaan untuk mendapat penjelasan. Kita dimaklumkan bahawa pegawai bertugas ke majlis YAB. Dato Seri MB di kampong Cina menghadiri majlis bersama masyarakat Tiong Hua sempena Tahun Baru Cina. Kita bergegas ke tempat berkenaan.Tiba di tapak program kita sangat terkejut melihat ramai kaum Cina berada di majlis bersama MB itu. Kalau macam nii... sambutan gamoknya lambat lagilah Si KUZA nok jadi EXCO.(geli aku tulis KUZA yg 3x SRP akan jadi exco). Selesai majlis kita melihat sekumpulan wartawan mengerumuni YB Dr Sulaiman ADUN Ladang yang menjadi buruan mereka untuk mendapat penjelasan. Maka tak sia-sia lah kita pergi ke majlis tersebut kerana akan mendapat penjelasan langsung dari YB berkenaan. Seorang wartawan bertanya tentang tanah yang menjadi isu tersebut. Mengikut YB. ADUN Ladang beliau telah memohon tanah berkenaan dari tahun 1997 bersama dengan 7 syarikat lain. Tanah berkenaan memang dikhaskan untuk projek Limau Madu dan bukan tanah untuk diberi pada rakyat membina rumah. Projek berkenaan memerlukan belanja yang besar dan syarikat beliau mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya. Untuk makluman semua syarikat yang memohon itu mendapat pembahagian yang sama luasnya. Isu tersebut mengikut YB Dr. telah timbul dalam sidang DUN Terengganu oleh YB Ajil.Penjelasan telahpun diberikan oleh YB. Exco Pertanian pada sidang tersebut. Semua 7 syarikat yang memohon tanah tersebut telah diluluskan permohonan mereka dalam mesyuarat tanah Daerah Dungun kecuali syarikat Imbasan Padu milik YB ADUN Ladang. Apabila kerajaan PAS mengambil alih pemerintahan YB. Dr telah memohon semula tanah berkenaan. Ada wartawan bertanya kenapa permohonan YB. dulu ditolak? Jawab YB ianya kerana faktor diskriminasi atau ringkasnya menjadi mangsa kezaliman dan dendam kesumat UMNO. 7 syarikat yang diluluskan terdahulu telah hampir mendapat pulangannya manakala YB. Dr. baru diperingkat penanaman sedangkan telah banyak wang dibelanjakan pada tahun 1998 dulu. Wartawan bertanya adakah ianya tidak salah dari segi moral? Jawab YB. tidak kerana ia berhak untuk mendapatkan haknya. Kata wartawan lagi adakah ia hanya isu lama yang didendangkan kembali? YB. tidak mahu komen lebih dari itu cuma beliau mengharapkan agar berita yang akan keluar nanti biarlah tepat dan berasas. Alhamdulillah.... lega kita bila mendengar direct dari YB. ADUN Ladang tentang isu yang dimainkan oleh Dato Roslan Awang Chik serta kuncu-kuncunya. Kita telah diberitahu oleh kawan kita patutlah pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu tengahari 15 Jan lalu penuh dengan kereta puak-puak nii.. TK 9 pun ada. Rupa-rupanya buat press statement. Kuat kerja geng Mamak Terengganu nii.. baru ni.. kayuh teksi, demo depan Wisma Darul Iman... bulan Februari mung nok buat pende pulok KUZA , Mat Kerok, Wan Parid aku dog tahu lah mung semua ning nok jadi apa? Aku cadang bulan 2 ni... mung ajok berarok basikal pulok... Roslan Awang Chik ini adalah warisan peninggalan Dato'Bakar Daud dalam Umno Kuala Terengganu, Selepas beliau tenggelam begitu lama, semacam dilupakan terus beliau membuat kenyataan ini untuk memberitahu bahawa beliau masih hidup, yang jelas kenyataan ini dikeluarkan kerana banyak projek RME(milik beliau)telah melewati tempoh dan kena denda. Kesempatan ini diambil untuk menbodek puak atasan. AWAS PANCING UMNO / BN AKAN TURUN DGN UMPAN DUIT Tauladan 1 Umpan Pitis Ehsang makan habis,mata kail Tak menyangkut juga,Pemancing kecewa lagi, Meraung raung dengan muka hodoh....... Umpan tu kena makan dengan berhati hati,makan umpan saja,matakail bagi kat umno buat cucuk hidung!!!!! Tauladan 2 Umpan pitis Ehsang masuk mulut dengan mata kail sekali,kalu dok kena buat,matakail masuk perut,Masa mengundi kena sembelih lah.Mata umno terbeliak geram nak sembelih tu!!!!!!AWAS... Jangan telan Mata Kail tu,"catuk" umpan sikit sikit,habis umpan larilah, umpan pun bukannya ada sokmo..... Jenis umno ni memang sejak dulu dah umpan dengan duit,nak main isu tak ada,sebab tu Rasul(Mangkuk)Dan Dato'Roslan(Cina) sebut semula isu yang dah dijelaskan dalam Sidang DUN. Awasi diri anda dan keluarga dari najis dadah,awasi juga diri dan kelurga dari umpan jahat Umno.
Diterbitkan oleh : |