Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PTPTN CEKIK DUIT RAKYAT

Mula-mula kata akan laksana pinjaman cara Islam. Tapi untuk pelajar baru yang akan masuk pada bulan Mei akan datang dan ia tidak melibatkan pelajar yang terdahulu yang telah meminjam sejak dahulu lagi iaitu sejak kerajaan yang zalim memperkenalkan pinjaman ala ceti di IPTA dan IPTS.

Lepas tu menafikan pula bunga riba 4% yang dikenakan bagi setiap pinjaman akan dihapuskan. Dah gila ke PTPTN ni? Pinjaman cara Islam, tapi ada bunga sampai 4% pula tu.

Adalah menjadi kewajipan kerajaan menyediakan kemudahan asas untuk pelajar dan pelajar sepatutnya tida dibebankan dengan pinjaman dan pembayaran balik yang begitu banyak. Tanyalah semua ulama-ulama dan mufti-mufti seluruh dunia. Tak ada yang kata peranan PTPTN ni dan tindakan kerajaan yang kununnya kerajaan negara Islam, adalah betul mengikut hukum Islam. Malah lebih menyedihkan ada pula cadangan dari kerajaan untuk meswastakan pinjaman pelajaran kepada pihak bank-bank tempatan. Inikah kerajaan yang patut kita pilih? Idea yang tidak pernah kita fikir tiba-tiba mereka boleh cadangkan. Sepatutnya mereka fikir macam mana nak kurangkan beban rakyat, tapi dia tambah lagi. Sistem pendidikan negara dijadikan tempat untuk mencari rezeki dan mencari keuntungan berlipat kali ganda. Mereka perah duit rakyat.

Kalau kita lihat, 4% faedah yang dikenakan lebih tinggi dari faedah pinjaman beli rumah dan kereta. Kalau saya buat pinjaman 2 tahun, dimana setahun saya akan terima RM 7,000. jadi jumlah pinjaman ialah RM 14,000. Saya akan dipaksa baya balik sebanyak RM 101.70 setiap bulan selama 15 tahun. Jadi jumlah yang saya perlu banyar selama 15 tahun itu ialah RM18,306. Bayangkanlah berapa untung PTPTN. Bayangkan pula betapa seksanya saya nak hidup bila gred nanti, nak kena bayar sewa rumah, duit kereta, api, air, telefon dan macam-macam lagi. Itu kalau dapat kerja. Kalau tak dapat nak cakar kat mana duit? Kalau mula kerja pun, gaji setakat RM 2000 saje. Cukup ke nak bayar semua tu. Kalau pinjaman diambil selama 3 tahun pula iaitu sebanyak RM 21,000 saya perlu bayar lebih kurang RM 206.00 sebulan selama 10 tahun. Maka saya terpaksa bayar lebih kurang RM 24,720 kesemuanya. Nak makan apa kalau gaji mula kerja setakat paling tinggi RM2000 kalau bayar kat PTPTN saja dah 10% dari gaji bulanan kita.

Kenyataan yang mengatakan bahawa PTPTN tidak dapat untung jika tiada faedah dikenakan yang kononnya merupakan wang kos pengurusan PTPTN adalah tipu dan bohong semata-mata. Dana bernilai berjuta-juta ringgit yang diperuntukkan setiap tahun biasanya akan dilaburkan dan tidak disimpan begitu sahaja. Tak taulah cara pelaburan PTPTN ni ikut cara Islam atau tidak. Bayangkan berapa untung PTPTN bila dilaburkan dana pelajaran yang bernilai berjuta-juta ringgit itu. Tentu untungnya juga berlipat kali ganda dari yang asal. Itulah tujuan sebenar kerajaan menubuhkan dana, iaitu untuk dilaburkan duit yang dikumpulkan yang kununnya dana tersebut untuk diberi pada rakyat, tetapi kerajaan mendapat untung berlipat kali ganda dengan melaburkan wang tersebut sebelum diagih-agihkan kepada yang berkenaan tanpa diketahui oleh rakyat yang nyata ditipu bulat-bulat. Itulah kerja kerajaan kita sekarang, dahlah perah duit rakyat, gunakan pula duit rakyat untuk cari untung.

Oleh itu saya menyarankan pihak-pihak bertanggungjawab mendesak agar Ceti Pendidikan Malaysia (PTPTN) ini, segera menghapuskan bunga 4% yang dikenakan terhadap semua peminjam PTPTN.

PEJUANG KEBEBASAN






______________________
Terbitan : 18 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com