SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bantahan menjadikan masjid tempat kempen antipengganasDEWAN Pemuda PAS Pusat mengecam tindakan polis Britain yang menjadikan sebuah masjid di kota London sebagai sasaran kempen antipengganas. Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk majmuk, pihak berkuasa polis di Britain perlu menghormati sensitiviti umat Islam dan tidak secara berwewenang menceroboh kesucian tempat ibadah masyarakat Islam. Insiden di Masjid Finsbury Park ini bukanlah satu kes terpencil yang perlu dipandang remeh oleh umat Islam. Pada awal November lalu, pihak berkuasa Australia telah bertindak menyerbu kediaman keluarga Islam Indonesia di negara itu atas alasan mencari bukti yang boleh membantu siasatan berhubung letupan serangan bom di Bali. Lebih dikesalkan apabila Menteri Luar Australia, Alexander Downer menjadikan tindakan Malaysia menangkap dan menahan mereka yang didakwa anggota kumpulan Jamaah Islamiah (JI) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai hujah mempertahankan tindakan tidak bertamaddun itu. Jika insiden yang berlaku di Britain dan Australia ini diperhalusi, jelas bahawa Akta Anti-Pengganas yang dikuatkuasakan di negara-negara terbabit telah memangsakan masyarakat Islam. Lebih memalukan apabila akta draconian seumpama ISA itu dilaksanakan dengan menjadikan Malaysia sebagai contoh. Para pemimpin BN yang begitu berbangga dengan ‘keberkesanan ISA’ dalam membendung aktiviti ‘yang memudharatkan keselamatan negara’ perlu insaf bahawa akta seumpama itu telah memangsakan masyarakat Islam di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat. Tindakan mewar-warkan ISA sebagai instrumen berkesan membendung ‘keganasan’ di Malaysia telah memangsakan umat Islam di negara-negara maju. Ia memberi hujah untuk penguasa di negara-negara terbabit menghalalkan penindasan ke atas umat Islam.
SALAHUDDIN HAJI AYUB
Diterbitkan oleh : |