Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

MB SELANGOR TERKEDU DENGAN KERENAH TEPAK BERSULAM.

Ramai mengatakan bahawa Tepak Bersulam (TP),adalah penulis upahan yang suka buat fitnah untuk mencari makan dan bagi makan anak bini dengan duit haram.

Terbaru TP terus menulis dan membuat fitnah lagi.

Pada 23 Januari 2003 di Selangor Daily menulis antara lain bahawa Dato’ Hasan Ali enggan menjadi imam di surau waktu solat maghrib.

Jika pun benar Dato’Hasan Ali enggan menjadi imam di surau tersebut tidak bererti ia takut. Ia lebih bersifat menghormati imam tempatan . Dato Hasan Ali bukan jenis-jenis species Umno yang suka merengek-rengek untu mendapatkan sesuatu.

Semua orang mengetahui bahawa Dato’ Hasan Ali bukan sahaja terkenal sebagai profesional dan pakar motivasi yang disegani,tetapi ia juga adalah tergolong orang yang mempunyai pengetahuan Islam yang tinggi. Satu ketika dahulu ,kita tertunggu-tunggu rancangan Forum Perdana di RTM yang dipengerusikan oleh Dato’ Hasan Ali.Dengan gaya tersendiri ia mampu menarik jutaan penonton mengikuti rancangan tersebut. Tetapi kini rancangan Forum Perdana telah terkubur kerana gagal menarik perhatian penonton.

Dato’Hasan Ali bukan sahaja mampu memberikan motivasi,beliau juga mampu berkhutbah (bukan membaca khutbah) seperti imam-imam Umno termasuk Imam penyokong Umno di Masjid Negara.Ingin bukti, berikan Dato’Hasan Ali peluang berkhutbah di Masjid Negara.

Kerana kehebatan Dato’ Hasan Ali berceramah ,berkhutbah dan memberikan motivasi menjadikan Umno dan pemimpin-pemimpinnya khususnya Dr.Khir Toyo menjadi ketakutan dan selalu mengigau siang hari. Maka Dr.Khir Toyo telah melarang Dato’ Hasan Ali dan pemimpin PAS yang lain darpada memberikan ceramah, memberikan khutbah dan menjadi imam di masjid-masjid di Selangor.

Pemimpin PAS bukan sejenis species pemimpin Umno yang riak dan sombong. Satu ketika dahulu,baru-baru Dr.Khir Toyo terlantik sebagai MB Selangor, melawatlah ia ke salah sebuah surau di sebuah sekolah agama berasrama di dalam kawasannya.Nak tunjuk hebat kononnya ia ulamak Umno,maka tanpa dipelawa ia terus kedepan untuk mengimamkan solat mahgrib bersama jemaah sekolah agama berkenaan.Budak sekolah agama tersebut pun pandai memberikan komen bacaan fatihah MB Selangor pun banyak salah tajwid dan sebutan hurufnya.

Pernah juga di masjid Pekan Sg.Panjang,MB yang kononnya ulamak Umno nak tunjuk hebat,baca doa selepas solat isyak hanya mampu membaca tiga atau 4 ayat sahaja.

TP bersulam juga menulis” Jika ada saudara ditakdirkan yang mati dan yang hadir pada hari itu adalah Hasan Ali dan Khir Toyo.Siapakah yang anda mahu untuk mengimamkan jenazah yang mungkin saudara anda?”

Kita sangat gemarsolaan ini. Kita juga tahu bahawa umur Pak Toyo dan ibunya sudah dipenghujungnya.Tidak bertujuan mendokannya . Tetapi menurut kebiasaan,yang tua akan pergi dulu.

Oleh kerana itu kita nak lihat dan cabar Dr.Khir Toyo untuk menjadi imam kepada jenazah bapa atau ibunya sendiri jika bapa atau ibu nya meningggal akan datang?.

Atau mungkin TP nak jadi imam solat jenazah. Entah-entah TP sendiri pun tak pernah solat jenazah.

PEKOK






______________________
Terbitan : 28 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com