SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Islam Jalan TengahSaya tertarik dgn. tajok berita "Walk the middle path,Muslims told"didalam akhbar New Strait Times,saturday january,25,2003 yang menyiar pendapat Dr. Mohamad Maliki Osman(Sembawang GRC).Pada Hemat saya saudara Dr. maliki ini adalah saorang yang buta tentang Islam. Membuat perbandingan diantara saorang yg. sembahyang lima waqtu tetapi memukul bini dan malas bekerja dan keadaan kewangannya lemah; dengan saorang ibu tunggal yang tidak bertudung tetapi rajin bekerja hendak mengadakan sarapan diatas meja untuk anak anak didalam menetukan watak saorang Mulim yang sebenar adalah sangat tidak tepat dan janggal sekali.Bahkan perbandingan seperti ini menggambarkan Islam itu sempit dan bolih menghina Islam. Kalaulah ada sasaorang Muslim di Singapura yang zalim dan tidak bertanggong jawab terhadap keluarganya seperti yang di nyatakan olih Dr maliki itu(ianya tidak mustahil)mungkin di sebabkan solatnya tidak sempurna lantaran imannya pun tidak sempurna juga.Perlu di ingat Allah berfirman solat itu mencegah dari mengerjakan perbuatan perbuatan mungkar. Solat lima wagtu itu ialah tonggak ugama Islam.Sekiranya solat sasaorang itu tidak rukun,tidak sempurna dan tidak khusuk maka tidak menjadi baik dan tidak berubahlah sasaorang itu seperti yang di kehendaki.Kalau perangai nya buruk ,maka buruklah selamanya tanpa gerak perubahan dari Allah sebab solatnya tidak di terima.Tanyalah mana mana Mulim di Singapura yang lengkap dan sepurna solat mereka pasti jawaban mereka bersetuju dengan pendapat saya ini. Mungkin sinario saorang Muslim yang sembahyang lima waktu itu zalim dan tidak bertanggong jawab ini sengaja diada- adakan semata mata untuk membuat bandingan dengan wanita yang tidak bertudung itu yang nampak lebih bertanggong jawab terhadap keluarganya.Lagi pun di Singapura yang tak bertudung itu lebih ramai dari yang bertudung.Tidak ada bukti dan nas bahawasanya memakai tudung itu membuat orang menjadi malas atau tak bertanggong jawab. Bagi saya si wanita yang tak bertudung dan ibu tunggal itu tidak bolih di buat perbandingan dengan case di atas didalam mengukur yang mana lebih Islam sebenar sebab memang dah jadi perasaan semulajadi si ibu ini sayang kepada anak anak nya dan akan berkerja se kuat kuatnya untuk menyara anaknya dengan mengada makanan setiap hari diatas meja rumahnya Hatta si berok dan kera di hutan yang tak pandai pakai tudung pun akan bertungkuslumus selagi ada cahaya siang mencari makanan untuk anak anak nya.Inikan pula maknusia. Sama ada wanita ini bertudung ke atau tak bertudung dia tetap akan berkerja untuk anak nya.Yang berkerja ialah tulang empat kerat bukan penutup kepalanya.Tudung itu adalah hukum menutup aurat bagi orang Islam.Kalau dia bertudung maka mendapat rahmat dan pahla untuk kesejahteraan nya di dunia dan akhirat.Hanya orang Islam yang tahu dan patuh kepada hukum ini sahaja yang dapat merasai nikmat nya.Inilah Islam. Janganlah pula kita orang Islam menjadi bodoh dan pak turut membuta tuli mengikut orang kafir seperti kerajaan Perancis yang melebelkan orang yang bertudung itu melambangkan keganasan lantas diharamkan bertudung .Tidak pula di lebelkan orang orang peranchis yang maju dan modern itu yang gemar bertelanjang bulat bogel dipantai pantai (nude beach) itu sebagai tidak bertamaddun atau "back to the dark ages". Pada dasarnya tidak bolihlah MP Sembawang Dr. Mohamad Maliki Othman mengambil dua case ini membuat perbandingan untuk memilih Islam yang baik kerana kedua duanya contoh yang tidak baik.Kefahaman YB ini tentang Islam sangatlah lemah.Adakah Muslimah tidak bertudung,Mulimin dan Muslimah yang tidak mementinkan solat lima waktu atau kurang bersolat dan tidak mementingkan tuntutan syariah itu lebih sesuai bagi kaum Islam di Singapura.Kalaulah amalan solat lima waktu itu tidak memberi kesan positive didalam membina watak dan akhlak yang baik di kalangan orang orang Islam Singapura rombak saja semua masjid yang ada.Bina saja apa apa tempat ibadah yang YB rasa lebih positive untuk masyarakat Singapura. Nasihat saya untuk menjaga mertabat Islam harus masyarakat Islam Singapura menolak pendapat yang lemah ini kerana didalam Islam tidak ada jalan tengah,tepi ,bawah atau atas.Hanya yang ada pilihan ialah jalan Islam sepertimana yang terkandung didalam Alquraan dan yang di bawa olih Rasullullah sahaja.Kurang daripada ini bolih di katakan kufur, kafir atau fasik Pilih saja mana yang rasa sesuai. Penghijrah
Diterbitkan oleh : |