SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Noh Omar Kempen Dengan Jemaah HajiKELANA JAYA : Sekarang ini musim haji. Para jemaah haji dengan niat dan usaha berterusan akhirnya diizinkan Allah untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah. Dari rumah niat, iltizam, tawajjuh dan khusyu’ kepada Allah dan ibadah yang bakal disempurnakan. Fikiran dan hati ditumpukan bulat-bulat kepada rukun haji yang nak dilakukan. Ke Mekah dengan tenang dan sepenuh tumpuan untuk beramal ibadah kepad Allah tanpa gangguan dengan urusan-urusan harian dan sebagainya. Tapi apa yang berlaku kepada para jemaah haji yang datang dari kawasan Tg. Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam ialah menerima ‘gangguan’ dan ‘sogokan kempen politik’ di saat akhir nak melangkah meninggalkan Kompleks Haji Kelana Jaya oleh Noh Omar muka tak malu dan balaci @ barua peliharaannya. Bayangkan, di Kompleks Haji Kelana jaya ada barua-barua @ apit lempang Noh Omar seperti Mat Jeli Misran, dan yang sewaktu dengannya, ‘TERSORONG-SORONG MUKA dan TANGAN’ untuk berjabat salam dengan para jemaah. Di KLIA pula Noh Omar Kambing Hitam sendiri dengan diiringi oleh beberapa apit lempangnya menunggu di pintu masuk ke pesawat dan balai berlepas. Kempen politik BN dan UMNO ! Perbuatan meraikan dan memuliakan para jemaah yang nak bertolak ke Tanah Suci Mekah itu memang tidak menjadi kesalahan. Tapi yang ‘JANGGALnya’ ialah para ‘Barua dan Apit Lempang’ Noh itu dengan tanpa segan silunya menyebut bahawa mereka berjaya pergi ke Mekah itu setelah mendapat ‘kuota’ Noh Omar Kambing Hitam sebagai SUParlimen di JPM yang bertanggungjawab terhadap Thaji. Kononnya, Noh Omar yang ‘LULUSkan Pemergian’ mereka itu ? Takkan jemaah yang mendaftar untuk pergi ke Mekah 3, 4 tahun dulu dapat pergi tahun ini dengan ‘ehsan’ Noh Omar. Kalu betulpun buat apa nak diheboh-hebohkan. Itu RIA’ @ menunjuk-nunjuk namanya! Tak dapat pahala apa pun ! Tak caya tanyalah ‘Ulama’ Al Ustaz Dr Khir Toyo Al Rasuahiah ! Noh Omar Kambing ini semua apa pun boleh jadi. Di mana ada kesempatan dia akan ‘MENAYANG MUKA’ untuk dapatkan ‘POPULARITI MURAHAN’ dengan orang ramai. Ini sudah satu PENYALAHGUNAAN KUASA dan mengambil kesempatan dengan jawatannya sebagai SUP JPM itu. Kepada Barua @ Balaci Noh Omar seperti, Cikgu Mat Jeli Misran, daripada menyibuk tak tentu pasal di KLIA dan Kompleks Haji Kelana Jaya, baik pergi mengajar-masuk kelas di SMK Seri Desa Tg. Karang lagi baik. Itu tanggungjawab kamu. Bukannya ‘MENGEKOR dan MENGIKUT BUNTUT Noh Omar kesana kemari sampaikan ‘PONTENG MENGAJAR dan LARI dari KELAS/SEKOLAH’ sewengang-wenangnya. Tapi herannya, tak pula kena apa-apa tindakan disiplin.? Pengetua tahu, PPD Kuala Selangor tahu, tapi tak ada yang berani nak tegur. Hebat sangatkah Mat Jeli @ Mat Lengkong ini ? Khabarnya baru-baru ini dia bergaduh dan bertengkar dengan Pengetua SMK Seri Desa sebab TAK LULUSKAN Cuti Sambilan dia sebab nak pergi MAIN GOLF dengan tokoh politik UMNO. Si Mat Jeli tu siap bagi warning dan memarahi Pengetua sekali ! Besar betul ‘power’ Si Mat ni bila dah jadi ‘BARUA @ BALACi’ Berlesen Noh Omar Kambing Hitam. Teruskanlah Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya…..Ayo…yo…yo…. Sayonara.
Pukat Rimau BanKenal
Diterbitkan oleh : |