Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Putu Mbah Rombiong: Khirasuah Mulo Ngeromet (Mula Merapu)

Assalamua`laikum wm

Al Fadhil Ustadz Mohd Nasir Bin Hj Joyo !

Semoga sampeyan (saudara ) seisi famili senantiasa dilindungi Allah swt dari segala musibah dan pancaroba dunia. Amiin!

Sampeyan usahlah memarahi kulo(saya),jika kulo khabarkan bahawa kakang (abang) sampeyan ,Dr Khirasuah ,seakan-akan telah terganggu sistem saraf mentalnya. Hal ini jelas dapat diperhatikan sewaktu dia berucap didalam suatu majlis di Dewan Melati Kampong Sungai Tengi Kanan Darat ,Tanjong Karang baru-baru ini. Mungkin virus makan suap sudah mulai meratah sel-sel otaknya ! Amit-amit jabang bayik (Minta dilindungi dari yang sedemikian !)

Jika sampeyan sendiri turut hadir dimajlis tersebut,sampeyan pasti esin (malu) dengan ucapan Dr Khirasuah yang menyamai tarafnya dengan ucapan pengerusi JKK sahaja.Apa tidaknya dihadapan orang kampong Khirasuah menyelar sikap pemimpin pembangkang berkempen menaiki motosikal memasuki kampong meskipun katanya,mereka memiliki mobil semata-mata ingin menunjukkan mereka adalah pemimpin Islam sebenar.

Kata Khirasuah lagi tindakan pemimpin pembangkang menaiki motosikal itu seolah-olah menunjukkan Islam itu miskin dan cuba menipu orang kampong untuk meraih simpati.

Al Fadhil Ustadz Nasir! Apakah Dr Khirasuah sudah menyut (sewel) ? Ngak adakah isu lain untuk membidas pemimpin pembangkang yang lebih enak didengari oleh orang kampong,selain dari ucapan yang hanya layak terpacul dari lisan wong goblok (orang bongok).Ketahuilah ! orang kampong yang menghadiri majlis itu sendiri rata-rata turut malu dengan sikap MB mereka dan merasai diperbodoh-bodohkan.

Khirasuah sepatutnya mengambil kesempatan untuk menafikan segala tuduhan makan suap yang dilemparkan kepadanya dihadapan orang kampong ataupun setidak-tidaknya menjelaskan apakah langkah yang sedang diambil oleh kerajaan negeri untuk membendung wabak demam denggi dan membenteras pusat-pusat pelacuran yang kian bercambah sejak dia mengepalai Negeri Selangor.Jika isu tersebut yang dijajanya, pasti orang kampong akan sedikit ngelopong cangkemmey (melopong mulut mereka) menyaksikan kehebatan Khirasuah.

Yang Bersopan Ustadz Nasir!

Sebelum kulo menyambung perutusan rakyat jembel ini,kulo ingin nyuwun (memohon) maaf dari sampeyan kerana semenjak mengutus,hanya memanggil sampeyan sebagai Cikgu sahaja,meskipun title sampeyan sebenarnya adalah Ustadz.Kulo kira masanya sudah sampai buat kulo,Wak Parman dan sekelian rakan taulan mewajarkan title tersebut sebagai tanda hormat terhadap keilmuan sampeyan.

Apa pun ilmu didada sampeyan anugerah Allah swt itu mestilah diamalkan.Ilmu tanpa amal adalah umpama pohon rendang yang tidak berbuah.Ayuh ! dengan ilmu sampeyan itu ,marilah bersama rakyat untuk memerangi segala kemungkaran termasuklah maksiat makan suap kakang sampeyan. Andai sampeyan ragu-ragu kulo ,Wak Parman dan sekelian rakan taulan amat bimbang sampeyan kelak akan termasuk didalam golongan yang menyembunyikan kebenaran atau menyampuradukkan kebenaran dan kebatilan sedang sampeyan tahu kebenaran itu tetap kebenaran.Sampeyan tentu maklum maksud kulo itu.

Sekarang kita berbalik kepada ucapan ngeromet (merapu) Dr Khirasuah tadi,jika benar seperti bicaranya ada pemimpin pembangkang menaiki motorsikal memasuki kampong untuk berkempen,meskipun punyai mobil,apa salahnya ? Apakah haram hukumnya,kalau haram diambil dari kitab mana, adakah dari kitab Umno?

Kakang sampeyan itu adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia! Apakah dia ngak tahu bahawa diantara punca kegagalan program Pemuda Turun Padang (Masuk Kampong) anjuran pergerakan itu ialah apabila pemimpin-pemimpinnya berlagak seperti tuan-tuan besar sambil menayang-nayang mobil-mobil besar ,sehingga warga kampong meluat dengan gelagat mereka lantas menolak bulat-bulat kehadiran pemuda-pemuda Umno yang kayaraya hasil rampokan harta rakyat. Hal ini berlaku di kawasan Pantai Timur dan Utara Semenanjung.

Najib Tun Razak Presiden Umno yang kian reput itu,ketika memberi komen terhadap kegagalan program Pemuda Gaboek (Bapok) untuk memenangi semula hati rakyat itu,menasehati agar wong-wong (orang-orang ) Umno jangan terlalu menayang-nayangkan kekayaan mereka. Apakah Khirasuah sudah buntet (buntu) pemikirannya untuk memahami nasihat Najib ataupun dia memang bongok sebongok Abd.Ghaffar Baba yang sekadar bekelulusan Standard Enam Sekolah Melayu itu?

Al Fadhil Ustadz Nasir yang kulo sanjungi!

Pemimipin Pas dan BA memasuki kampong bermotorsikal ketika berkempen bukan kerana mereka ingin menipu warga kampong untuk meraih sokongan,bukan jua untuk pura-pura miskin,kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sememangnya miskin dan bukan pula untuk menyatakan mereka lebih Islamik tetapi ,hanyalah buat memudahkan pergerakan dari lorong kelorong(jalan kampong lah bongok!) dan lebih strategik serta ekonomik.Takkan lah kakang sampeyan orak ndhuey utek (tidak ada otak ) untuk memikirkannya.

Seperkara lagi,kerapkali pemimpin-pemimpin Pas dan BA terpaksa diseludup memasuki lokasi program-program ceramah melalui lorong kebun getah,sawah bendang,dan kelapa sawit kerana jalan utama dihadang oleh Polisi atas arahan Khirasuah,meskipun program tadi dilangsungkan dipremis parti yang didaftarkan.

Harus diingat ! sekiranya disingkap sirah Kanjeng Rasul (Baginda Rasul saw),jelas sekali Insan Paling Mulia itu kedapatan jua menunggang Baghal (keladai)untuk destinasi perjalanan dekat,walhal bila-bila masa baginda bisa menunggang Unta atau Kuda yang hebat-hebat jika Baginda mahu.

Hanya untuk destinasi jauh atau kemedan perang sahaja Baginda menunggang unta atau kuda.Apakah Uswah Hasanah itu tidak cukup untuk Khirasuah yang jua selaku Ketua Biro Agama Pemuda Umno Malaysia mengambil iktibar? Kalau biro itu itu benar-benar Biro Agama Islam yang kaff`fah pasti Khirasuah faham,tapi kalu biro itu Biro Agama Mahadhir anak Aren (Ke****) sampai kiamat pun Khirasuah tak akan faham!

Ringkasnya ,sama ada pemimpin Pas dan BA menaiki motosikal atau mobil untuk melaksanakan gerak kerja menyedarkan rakyat agar kembali kepada Islam,kebenaran dan keadilan ,disamping menceritakan kegiatan makan suap Khirasuah,sedikit pun mereka ngak menggunakan wang rakyat.Semuanya keluar dari kantong sendiri.

Berbeza dengan Dr Khirasuah dan maleng-maleng serampokannya( kawan-kawan perompaknya) yang berlagak memasuki kampong konon prihatin dengan nasib rakyat, bermobil besar,disambut dengan perarakan bunga manggar dan konvoy motorsikal dan lain-lain lagi,semuanya menggunakan wang rakyat atas nama urusan rasmi kerajaan.Walaupun tujuan sebenar untuk kempen parti haprak Umno BN.

Mungkin Khirasuah dimajlis tersebut,ingin melepaskan rasa geramnya kepada penduduk Kampong Sungai Tengi Kanan Darat yang tidak disangka sama sekali memenangkan calon Pas Dato Hassan Ali di Peti Undi kawasan itu pada pilihanraya 1999 yang lepas.Sedangkan kampong tersebut sejak pilihanraya umum yang pertama merupakan kubu Umno paling kuat.

Kalaulah Khirasuah dan antek-anteknya (barua-baruanya) beranggapan mereka telah berjaya mengelirukan warga kampong dengan ucapan tersebut,nescaya tanggapannya meleset sama sekali.Walaupun dimajlis itu Khirasuah sendiri menyerahkan kunci rumah warga prihatin dan dihadiri oleh ramai orang (sebahagian besarnya diimport dari luar kawasan) ,tetapi kesan ucapanya itu memakan diri sendiri. Orang kampong sudah tidak boleh diperbodoh-bodohkan lagi,warga kampong kian bijak sebaliknya Khirasuah yang bertambah goblok (bongok).

Ustadz Nasir ! melas rosoney ( kesian rasanya) kulo melihat gelagat kakang sampeyan sejak akhir akhir ini.Jika dulu ! Makan Rasuah! Tidur Rasuah ! Jaga Rasuah! Pagi Rasuah! Petang Rasuah ! Solat pun Rasuah! Tapi kini Makan Pas! Tidur Pas ! Jaga Pas! Pagi Pas ! Petang Pas! Solat pun Pas! Sehingga semua yang bermotorsikal,berjanggut,berkopiah,pepohon dan bendang nan hijau, semua nya Pas ! Mungkin sewaktu kelonan koro bojoney (tidur dengan isterinya) pun teringat Pas dan BA! Mungkin inilah maksud bicara anak-anak muda Benci Tapi Rindu !

Didalam ucapannya jua Khirasuah menyatakan Islam menggalakkan penganutnya mengkayakan diri dengan jalan halal agar bisa bersaing dengan orang lain.Waduh ! persis pak kiayai dia bicara ! Dasar bajengan tengik ( haprak) omong tak serupa bikin.Apakah dia, kroni-kroninya termasuk sampeyan yang dulu miskin kini kaya raya dengan wang makan suap bisa ditafsir sebagai kaya dengan jalan yang halal. Apakah ada Mazhab didalam Islam yang menghalalkan makan suap.Bicara sendirian bisa saja Khirasuah ngobrol (kelentong),jika dibuka kepada dialog nescaya warga kampong akan menanyakan kes makan suapnya! Pasti Khirasuah terbungkem (terkedu) untuk mejawabnya.

Ustadz Nasir yang penyabar !

Kulo amat bersetuju dengan latar (laman) web Tranungkite yang mengklasifikasikan Khirasuah adalah isu Nombor Loro (Dua) dibelakang Mahadhir anak Aren (Ke****).Maknaya jika Mahdhir paling dibenci rakyat,Khirasuah adalah yang kedua dibenci,jika Mahadhir Pembohong Nombor Satu,Khirasuah adalah yang keduanya,jika Mahadhir Perasuah Nombor Satu,Khirasuah adalah yang kedua dan jika Mahathir adalah Mahazlaim serta Mahafiraun Nombor Satu,Khirasuah adalah Mahazalim lagi Maharasuah! dan jika azam rakyat begitu membara mengusir Mahadhir,maka Khirasuah dipastikan turut tersungkur setara dengan situa pikun (nyanyok) itu.Apakah sampeyan ngak rasa ngeri memikiri nasib kakang sampeyan itu ?

Akhirnya sebelum kulo,Wak Parman dan sekelian rakan taulan mengundur diri,seperti biasa dipaparkan satu lagi kes yang disyaki melibatkan kes makan suap Khirasuah,sengaja kulo ulang-ulangi untuk tatapan rakyat:

Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk Jabatan Bekalan Air Selangor (sekarang Perbadanan Urus Air Selangor PUAS) kepada Syarikat milik Sdr Jemingan,Naib Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang, (Khirasuah Ketuanya),JAKS Sdn.Bhd.Harga paip JAKS hampir 50 persen lebih tinggi dari harga kilang. Untuk 1 meter paip harga yang ditawarkan RM 900 berbanding dengan harga kilang RM 600 sahaja.

Selangor perlu menukar 5000 km paip lama,jadi jumlahkanlah berapa keuntungan yang bakal disapu oleh JAKS. Kira dan congak sendiri,kulo ngak pandai menjumlahkannya kerna kalkulator sendiri pun ngak bisa menjawabinya.

Bila ditanya kepada Khirasuah,mengapa konsesi itu diluluskan kepada JAKS Sdn.Bhd.Jawaban Khirasuah wang keuntungan makan suap itu akan digunakan untuk memerangi Pas dan BA di Tanjong Karang.Cuba bayangkan jika wang haram begitu banyak hanya untuk memerangi Pas dan BA Tanjong Karang,berapakah pula jumlahnya untuk memerangi Pas dan BA seluruh Malaysia. Mungkin Ratusan Billion RM…semuanya wang haram! Insya Allah Khirasuah dan Umno seluruhnya akan terkbur bersama wang makan suap itu ! Islam dan kebenaran serta keadilan ngak bisa sama sekali ditukar ganti dengan wang ringgit!

Begitulah rakus dan bejatnya kakang sampeyan ! apakah sampeyan masih ingin bersubahat dengan kemaksiatannya ! Fikirkan dengan berpandukan Iman dan Ilmu! Itu sahaja yang mampu kulo,Wak Parman dan sekelian rakan taulan sampaikan kepada sampeyan.

Oh ya ! sebelum terlupa ! ngeromet (merapu ) Khirasuah itu perlu segera dirawati sebelum terlambat.Mungkin Dato Dr Kar(asuah)im Setiausaha Politiknya bisa mengobati sakit itu,jika ngak upaya bisa saja diundang dukun Sakel (Sakai) atau Siem(Siam) atau dukun Jowo (Jawa).Kan semuanya bisa diurus !

Sekian ,kulo, Wak Parman dan sekelian taulan nyuwun ngapuro (mohon maaf)…semoga ketemu lagi dilain lembaran…….Wassalam.

Putu Mbah Rombiong.






______________________
Terbitan : 30 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com