Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kenyataan Rasmi Tranung Kite

Assalamuaikum wrh wbt./Selamat Sejahtera

Pertamanya saya meminta maaf kerana laman ini tak dikemaskini selama beberapa hari dan mungkin ini menjadi tanda tanya kepada pengujung semua kerana tiada sebarang notis dimaklumkan.

Sebenarnya webmaster Tranung Kite, Tok Penghulu telah pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat Haji memenuhi tuntutan akhir sebagai seorang Islam. Memang menjadi sepatut kepada kita dalam usia yang muda pergi ke Mekah.

Pihak pengurusan laman ini telah mengamanahkan tanggungjawab sementara kepada saya, semasa ketiadaan webmaster Tok Penghulu. Saya telah dimaklumkan mengenai hal ini lebih awal lagi sebelum Tok Penghulu berangkap ke Tanah Suci, tetapi penyerahan login dan password hanya dibuat dua sebelum ini.

Saya juga ingin meminta maaf kerana saya tidak terus mengemaskini laman ini disebabkan beberapa faktor antaranya ialah laman ini dibina dengan notapad iaitu menggunakan seratus peratus bahasa HTML. Saya terpaksa belajar sedikit bahasa ini, kerana saya bukan daripada aliran HTML.

Kedua, saya sendiri kena meneliti setiap corak, gaya, bahasa dan keadah yang digunakan oleh Tok Penghulu dan webmaster terdahulu, agar kesinabungan laman ini, tidak nampak cacat celanya. Ini agak sukar sedikit kerana saya kena pastikan siapa antara penulis siber, bagaimana artikalnya hendak di susun atur supaya setiap fail mudah dikemaskini kemudian hari.

Jika ada sebarang komen atau kesilapan saya memohom ampun dan maaf. Insya-ALLAH laman ini akan terus cemerlang.

Wassalam

Linux Pro
Pembantu Webmaster






______________________
Terbitan : 28 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com