SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Anda Ingin Berzakat ?? Salurkan Zakat anda terus ke SAR !!!Seperti mana yang kita maklumi.. SAR baru sahaja ditaraik balik bantuan Kewangan oleh Kerajaan Sekular Umno!! itupun selama ini cuma separuh dari nilai bantuan yang diberikan kepada kerajaan kepada sekolah kebangsaan, itupun Kerajaan sekular Umno ini mahu tarik balik.. memang tak berakai punya manusia.. lebih malang lagi ia dilakukan oleh pemimpin yang beragama Islam!! selama ini tidak pernah pemimpin dari mana mana parti Komponen seperti MCA,Gerakan, MIC mahupun DAP mempertikaikan kewujudan sekolah Agama rakyat..tup tup pemimpin Islam(kononya) Umno Pula yang berhempas pulas mahu menghapuskan SAR!! Jadi bagi semua Umat ISlam samaada yang makan gaji ataupun anda berniaga kalau anda ingin berzakat ..teruslah salurkan duit anda ke SAR.. bagi pendapat saya ia tidak melanggari hukum agama walaupun wujud institusi agama yang menguruskannya seper BaitulMal!! dengan berita Muthakhir ini baitulMal juga akan menjadi satu lagi badan agama yang akan diperkudakan Umno untuk kepentingan mereka..Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh khir Toyo pada baitul Mal selangor..sehingga murid yang ingin belajar Agama pun dibuat aku janji dan jika melannggar aku janji ia mesti bayar balik duit zakat tersebut!! kalau beginilah rupanya, apa bezanya baitulmal dengan Bank atau Mara!! apa lagi yang kita boleh buat ?? selain terus salurkan Zakat kita kepada SAR!! saya tidak menuduh BaitulMal menyalahgunakan kuasa cuma mereka terpaksa mealakukannya atas tekanan Umno!!kerana pernah saya berjumpa dengan seorang pegawai baitu mal yang makin lama berasa muak dengan sikap pemimpin Umno ini.. salah seorang dari mereka berkata "asal ada saja majlis bantuan zakat.. pemimpin Umno ni mesti nak menyibuk tolong bagikan bantuan atau cek.. asyik nak tunjuk depa ni baik hati tolong orang miskin!! sampaikan majlis penyampaian zakatpun mahu diselitkan dengan majlis Umno.." kalau beginilah keadaannya saya meramalkan selepas ini Umno akan melakukan campurtangan yang lebih zalim lagi kedalam instutusi ini..percayalah.. tandanya sudah ada!! Dengan ini saya menyeru kepada orang ramai dah usahawan usahawan diluar sana berikanlah terus bantuan ada kesekolah agama rakyat..kalaupun tidak sepenuh..setengah dari nilai zakat anda pun tidak mengapa!! satu lagi.. yang menjadi kebimbangan saya adalah pengurusan kewangan oleh pentabiran sekolah agama rakyat pula jika ia terus disalurkan ke sana, kerana faham faham sajalah.. bab duit ni kalau serban besar bakulpun kita tak boleh percaya..duit buat orang gelap mata!! saya meminta Pas atau Persatuan Ulama menyediakan satu unit khas bagi memantau pengurusan kewangan sekolah agama rakyat ini.. badan ini mesti ditubuhkan bagi melakukan audit atau apa sahaja perkara bagi memastikan wang itu benar benar digunakan kepada pelajar pelajar agama..bukan apa kalau wang ini tidak diuruskan dengan baik nanti Umno akan cari pasal pulak kata mudir mudirnya menyeleweng!! lebih baik kalau unit ini ditubuhkan juga menjadi satu unit yang menerima derma dari orang ramai.. selok eloknya Persatuan Ulama menguruskan perakara ini.. dan satu lagi caranya adalah sumber derma ini bukan sahaja dikutip dari dalam negara ..tetapi luar negara!! surat rasmi persatuan Ulama juga harus dihantar kepada kerajaan, Persatuan ataupun individu yang Kaya diluar sana bagi mengumpul dana!! sebagai contoh kerajaan Saudi ataupun Brunei.. uruskan secara efisen seperti mana yang dibuat oleh muslim Brothers persatuan Islam diBritain!! hasilnya banyak sekolah agama dan masjid dibina di Britain!! uruskannya secara profesional!! IsyaAlallah bantuan akan datang dari seluruh negara..secara tidak langsung negara islam diluar sana akan sedar penindasan keatas agama Islam yang sedang berlaku diMalaysia!! Ingatlah wahai Umat Islam semua.. adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan sekolah Agama rakyat bagi menghalang hasrat Kerajaan sekular Umno untuk menghapuskan nilai nilai Islam di Malaysia ini... Lawan Tetap Lawan refomis muda
Diterbitkan oleh : |