Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Dajjal & Yahudi.

Sebenarnya Amerika semenjak tahun 1913 telah mula duduk dalam genggaman yahudi. Ini telah mula dirancang oleh yahudi sejak dari tahun 1906 lagi iaitu yang dinamakan protokol yahudi. Rancangan besar mereka adalah untuk control dunia dan mereka buat keputusan kalau nak control dunia atas kaum mereka sendiri mereka tak mampu sebab ta ada negara sendiri. Jadi mereka gunakan kuasa ekonomi untuk control sesebuah negara besar, maka dipilihlah negara Amerika dan Soviet. Apabila dah mula bertapak di kedua negara tersebut, mereka pun gunakanlah kepandaian mereka dalam putar belit duit untuk bina kekayaan dan control ekonomi negara yang mereka duduki.

Pada Soviet mereka telah gagal sebab Soviet dah awal2 tahu tembelang mereka dan mereka dihalau dan ditindas. Tetapi pada Amerika mereka dapat menguasai sejak dari tahun 1913.

Pada tahun 1913, kongres Amerika telah meluluskan usul menubuhkan badan untuk kendalikan kerja2 cop duit dollar Amerika kepada US Federal Reserve. Umum rakyat Amerika menyangka bahawa US Federal Reserve ini milik negara tetapi sebenarnya US Federal Reserve ini dipunyai oleh 6 kumpulan bank terbesar iaitu 2 di Amerika dan 4 yang lain dari Eropah. Dari kesemua 6 bank2 ini, 4 bank dikuasai oleh YAHUDI. Bermula dari sini setiap kali Amerika mahukan wang, mereka akan arahkan Federal Reserve untuk cop duit dan disandarkan dengan emas atau perak untuk tetapkan nilai matawang. Ini mesti dilakukan sebab kalau tak sandarkan dengan emas atau perak dah tentu jadi macam duit zaman jepun dulu, tak ada harga.

Setiap kali nak cop duit kena sandarkan emas atau perak sehingga simpanan emas dan perak Amerika yang disimpan di Fort Knox kering langsai. Bila ini berlaku, kerajaan Amerika telah tertekan kerana tiada emas atau perak untuk disandarkan maka mereka tiada pilihan lain melainkan menyandarkan pada bon dan hasil cukai dalaman, barulah duit boleh dicop. Setiap kali cop duit, Federal reserve akan charge duit printing semenjak dari tahun 1913 lagi (Ambil perhatian bahawa Federal Reserve secara rahsia bukan milik kerajaan tetapi milik perseorangan). Bersebabkan dari charge ini dan putar belit yahudi, kerajaan Amerika sendiri up to date hingga kini telah berhutang hampir 4 trillion USD (4,000,000,000,000 USD)kepada US Federal Reserve. Yang memeritkan lagi, USD dalam kitaran dalam negara mereka hanya ada 230 billion sahaja. Macammana nak bayar balik hutang pada Federal Reserve??????????????

MAKA PUAK YAHUDILAH YANG CONTROL HABIS AMERIKA SAMPAI BOLEH MENENTUKAN SIAPA YANG LAYAK JADI PRESIDEN AMERIKA. Jadi tak hairanlah mereka mati2 nak serang Iraq (kerana sumber minyak, untuk mendapatkan timbunan wang asing ke dalam negara).

Amerika bukan Dajjal, Dajjal yang sebenar ada kat Bermuda Triangle menunggu masa Allah perintahkan dia keluar. UFO yang selalu dilihat di ruang angkasa adalah milik Dajjal yang mana Amerika tahu yang UFO ini sering keluar masuk bermuda triangle. Dahulu saintis Amerika pernah kaji dengan menggunakan satelit, mereka scan bermuda triangle ini tetapi gambaran yang didapati kabur dan tak jelas langsung.Ada dengar cerita yang UFO ini beri amaran pada kerajaan Amerika supaya jangan cuba menyelidiki asal usul mereka. (Men in Black)

Seperti yang diketahui, yahudi memang menunggu Raja Agung dan Penyelamat mereka iaitu Dajjal untuk keluar. Tandanya yang Dajjal sudah hampir nak keluar ialah bila Masjidil Aqsa dirobohkan dan kuil emas yang dinamakan Candi Sulaiman akan didirikan di atas tapak masjid ini. Jika ini berlaku kiralah hari Dajjal akan keluar. Di masa ini yahudi telah menggali lubang rahsia di bawah masjid ini dengan harapan struktur masjid ini akan runtuh hanya dengan sedikit gegaran.

Kita harus memuji PM kita atas usaha dia dalam mengajak semua negara2 Islam dunia supaya menggunakan wang dinar emas dalam dagangan menggantika dollar Amerika yang sebenarnya tiada nilai itu. Cop duit takde sandaran emas atau perak, sikit lebih kurang macamduit zaman jepun dulu. Yang lebih kesian lagi rakyat Amerika yang bermimpi yang mereka kaya tetapi sebenarnya negara mereka lebih miskin dari negara mundur di Afrika.

Sebenarnya Dajjal hanya akan keluar apabila perang dunia ketiga telah berlaku. Suatu perang yang maha dahsyat dan besar dalam jangka waktu yang singkat ianya berlaku tetapi nyawa yang melayang na'uzubillah terlampau banyaknya. Kalau nak tahu rentetan mulanya dan sebabnya perang dunia ketiga ini berlaku sila hubungi saya.

Sekian, wassalam.

Rudyn






______________________
Terbitan : 28 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com