Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Mahathir perintah BATAL debat Nazri - Salahuddin ?

Debat mengenai Sekolah Agama Rakyat (SAR) antara Nazri dan Salahuddin, diyakini akan terpaksa dibatalkan atas perintah Dr.Mahathir kerana yakin Nazri yang mewakili UMNO Baru akan kalah dan malu besar jika ia diadakan.

Dr.Mahathir telah memerintahkan siri Al-Kuliyyah yang disiarkan secara langsung melalui TV3 dalam bulan Ramadhan lalu diberhentikan serta-merta kerana semua wakil-wakil UMNO Baru kecundang dan memalukan.

Salahuddin hanyalah Timbalan Ketua Pemuda PAS, sementara Nazri adalah seorang Menteri Kabinet Mahathir, Ahli Parlimen dan Ahli MT UMNO Baru. Nazri tidak sehebat dan sebaik Salahuddin untuk berdebat dalam isu pendidikan, sekolah, agama Islam dan rakyat.

Sebagaimana menteri-menteri yang lain dalam Kabinet Mahathir, Nazri dilantik berdasarkan kesetiaan dan kepatuhan kepada kehendak nafsu buas Mahathir.

Membiarkan Nazri dirembat kiri dan kanan oleh hujah-hujah bernas Salahuddin adalah umpama membiarkan ayam pencen UMNO Baru disembelih hidup-hidup. Pekung Mahathir sebagai musuh Islam akan terdedah luas.

Ketewasan Nazri, memburukkan lagi imej buruk Diktator Mahathir dan membuatkan rakyat semakin meluat.

*********************************************************************************

Debat: Wakil Pemuda PAS akan pergi tanpa sebarang syarat

IPOH, Rabu 15 Jan 2003 - Debat antara menteri Pembangunan Usahawan, Dato' Seri Mohammed nazri Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub telah dipersetujui oleh pihak PAS tanpa mengenakan sebarang syarat.

Setiausaha Pemuda PAS, Misbahul Munir berkata, persetujuan telah dicapai hasil daripada pertemuan antara kedua-dua pihak dan mereka telah menetapkan tarikh perdebatan pada 16 Febuari ini pada jam Sembilan malam. "Samada RTM ingin siarkan atau tidak, kita tetap akan teruskan perdebatan.

"Cuma kita ada memberikan beberapa cadangan untuk memastikan debat boleh dijalankan dengan lancar," katanya.

Dalam pertemuan yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak itu, Salahuddin telah diwakili oleh Misbah manakala Dato' Nazri diwakili oleh Ketua Pemuda Umno Chenderoh, Syamsul Anuar Nasarah.

Kata Misbah, pihaknya telah bersetuju untuk mengadakan debat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya dengan dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz.

"Sekiranya mereka ingin berdebat di Taman Melewar sekali pun kami tetap bersetuju," katanya.

Sambung Misbah lagi, pemilihan Ungku Aziz sebagai pengerusi berdasarkan pengalaman Ungku Aziz yang pernah dipilih untuk mempengerusikan cadangan perdebatan antara Ketua Pemuda Umno dan Ketua Pemuda PAS yang telah dibatalkan di saat akhir oleh Dr.Mahathir, Presiden Umno Baru.






______________________
Terbitan : 17 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com