Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tempat Pembiakan Pengganas - SAR atau Umno(B)

Bukan main sedap mahathir si pengkhianat agama dan bangsa, najib Tun Razak wakil rakyat hantu dari Pekan dan budak dungu razak Baginda membuat kenyataan konon Sekolah Agama Rakyat merupakan tempat melatih pengganas. Inilah spesis-spesis yang berotak udang dan berfikiran jakun yang tidak tahu bahwa tahap pemikiran orang-orang melayu hari ini sudah berubah dan tidak mudah ditipu lagi.

Sebenarnya Umno(B) itu sendirilah yang merupakan tanah subur tempat melatih dan melahirkan pengganas yang pakar dalam segala kerja-kerja iblis dan syaitan. Rakyat Malaysia kenal sekor-sekor pengganas kelahiran Umno(B). Kepada budak dungu razak Baginda, lebih baiklah kamu berhenti daripada Pusat Kajian Strategik kerana tahap pemikiran kamu lebih rendah daripada cikgu tadika Kemas.

Wahai razak Baginda, tanyalah kepada rahim Thamby Chik siapakah yang merogol gadis bawah umur. Adakah perogol itu pelajar SAR atau pemimpin Umno(B).

Tanyalah kepada megat Junid siapakah yang membunuh Mustakizah. Adakah pembunuh itu pelajar SAR atau pemimpin Umno(B).

Tanyalah kepada najib Tun Razak, siapakah yang ditangkap berkhalwat di Port Dickson, adakah pelajar SAR atau pemimpin Umno(B).

Tanya juga kepada Mokhtar Hashim siapakah yang membunuh datuk Taha, palajar SAR atau pemimpin Umno yang membunuhnya.

Tanya juga kepada Mat Taib siapakah yang melarikan wang tunai berjuta ke Australia. Adakah pelajar SAR atau pemimpin Umno.

Tanyalah kepada Datuk abu hassan Omar, siapakah yang membuntingkan ipar sendiri sehingga melahirkan anak haram. Adakah pelajar SAR atau pemimpin Umno.

Tanyakan juga kepada Shahidan Kassim, siapakah penaung kepada kumpulan samseng gagak hitam. Pelajar SAR atau pemimpin Umno.

Tanyakan kepada rafidah Aziz siapakah yang melakukan rasuah berjuta ringgit dengan memberi saham kepada menantu sendiri. Pelajar SAR atau pemimpin Umno.

Tanyakan kepada idris Jusoh dan mat Said siapakah yang merompak royalti minyak Terengganu. Pelajar SAR atau pemimpin Umno.

Tanya kepada anuar Musa siapakah yang merompak puluhan juta ringgit wang PPRT. Adakah pelajar SAR atau pemimpin Umno.

Tanyakan juga kepada khalil Yaakub, siapakah yang merompak hutan balak di Pahang yang bernilai ratusan juta ringgit. Pelajar SAR atau pemimpin Umno.

Tanyakan kepada Tengku razaleigh Hamzah, siapakah yang mengupah pembunuh professional supaya membunuh Allahyarham Jalil di Hong Kong. Pelajar SAR atau pemimpin Umno.

TANYAKAN kepada mahathir si pengkhianat agama dan bangsa siapakah yang merompak kekayaan negara untuk mengkayakan anak-anak sendiri. Siapa yang merelakan Eric Chia merompak berbillion ringgit di Perwaja Steel. Adakah pelajar SAR atau ketua kepada segala lembu-lembu dalam Umno.

Daripada senarai pendek nama-nama di atas maka amat terang dan jelaslah kepada orang yang berakal bahwa Umno(B)lah sebenar-benarnya tempat yang subur untuk melatih pengganas yang terdiri daripada pembunuh, perogol, penyamun, lanun, penzina, pemeras ugut dan pelbagai kerja jahat lainnya.

Melayu Sedar.






______________________
Terbitan : 18 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com