SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun SEGERA: Sekarang pihak FRU sedang mengempung tempat ceramah Penjelasan Isu Dun Negeri Terengganu di Stesyen Teksi Dungun !!!
![]() Tempat yang dijadikan ceramah alternatif Oleh : Wartawan TK Ceramah penjelasan isu-isu berbangkit dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu yang sepatut diadakah di Stesyen Teksi Dungun, Terengganu malam ini (11 Januari 2003) terpaksa dipindahkan ke Surau Tuan Guru Hj Zainal Abdidin, Sura Gate kira-kira 300 meter daripada tempat asal ceramah. Bermula pada pukul 7.00 malam 4 trak FRU seramai 40 orang anggota telah memanggari kawasan tempat ceramah dengan 'tape polis' berwarna kuning. Semua jalan ke tempat ceramah iaitu kira-kira 6 laluan telah diblok oleh anggota polis trafik dan polis biasa. Boleh dikatakan hampir semua anggota polis Daerah Dungun telah dikejarkan ke tempat ceramah bagi memastikan ceramah berkenaan tidak dapat dilakukan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, gerakan besar-besaran polis daerah Dungun untuk memastikan ceramah penjelasan isu-isu sidang Dun Terengganu ini adalah atas desakkan UMNO Dungun. Pihak UMNO cukup takut kalau rakyat tahu cerita sebenar apa yang berlaku di dewan Undangan Negeri Terengganu. Mereka gunakan apa sahaja untuk memastikan perkara ini tidak boleh dijelaskan kepada orang ramai. Oleh kerana kecekapan Unit Penerangan Pas Kawasan Dungun, terutama unit Penerangan Pemuda, ceramah tetap diteruskan dan tempat ceramah boleh dipindahkan tak sampai setengah jam. Saya akan membuat laporan lagi selepas ini. Malang sedikit kerana ketiadaan Ayah Ngah (Polis Pencen), dia keunzuran semenjak dua bulan yang lalu. Saya menghubunginya untuk memberitahu perkara ini, dia begitu bersemangat sekali. Dia kata dia akan turun, biar mati di tempat ceramah tak apa katanya.
Diterbitkan oleh : |