Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Surat dari Coventry

Encik,

Saya amat risau dengan tindakan tergesa-gesa pihak polis dalam menyerbu malaysiakini.com. Tindakan pihak polis ini menunjukkan bahawa polis tidak lagi bertindak untuk kepentingan rakyat. Tetapi, mereka sebenarnya mengikut telunjuk UMNO semata-mata. Jika tidak, kenapa tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh polis apabila pemimpin parti pembangkang membuat laporan polis terhadap pemimpin daripada UMNO?

Saya juga amat kecewa dengan tindakan tidak rasional Suruhanjaya Pilihanraya yang mahukan semua calon pilihanraya menandatangani akujanji. Semua rakyat Malaysia pasti tidak terkejut jika apabila pemimpin Barisan Nasional melanggar akujanji ini mereka tidak akan dikenakan apa-apa tindakan. Tetapi, jika ada calon Barisan Alternatif yang dituduh sahaja, maka tindakan segera akan diambil.

Pendeknya, agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat keseluruhannya telah merelakan untuk menjadi agen kepada parti UMNO.

Sebagai seorang pelajar di United Kingdom yang ditaja oleh sebuah agensi kerajaan Malaysia, saya juga merasakan bahawa saya sedang dizalimi oleh pihak penaja saya. Walaupun pada hakikatnya saya ditaja dengan menggunakan wang rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai ideologi politik, penaja saya memaksa agar saya mengikut telunjuk mereka dengan cara yang amat kotor.

Baru-baru ini, pihak penaja saya telah menghubungi saya untuk memberi amaran kerana saya dituduh hadir dalam satu program pembangkang. Ini berlaku kerana saya telah hadir dalam satu ceramah umum dengan pemimpin PAS.

Saya amat kecewa kerana agensi kerajaan yang menaja saya ini jelas bertindak berat sebelah kerana masih ramai lagi pelajar yang terang-terangan terlibat dengan politik melalui Kelab UMNO. Kenapa mereka ini tidak diberi amaran yang sama oleh pegawai-pegawai agensi penaja? Adakah pegawai-pegawai ini mengikut telunjuk UMNO, sepertimana pihak polis dan SPR di Malaysia juga berat sebelah?

Saya juga tidak faham kenapa kami tidak dibenarkan langsung untuk menghadiri program ceramah. Saya tidak menjadi ahli PAS tetapi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin saya merasakan perlu untuk saya mengikuti perkembangan semasa. Saya tidak dimarahi apabila hadir ke program Dato Suhaimi Ibrahim (UMNO) tetapi kenapa apabila hadir ke program PAS berlaku sebaliknya? Adakah kerana semua pelajar yang ditaja hanya boleh mengikuti program UMNO dan bukan program PAS?

Sikap double standard ini seolah-olah membuktikan bahawa UMNO semakin nazak dan hampir lemas. Mereka cuba berpaut dengan apa-apa sahaja mekanisme untuk menghalang penyebaran maklumat yang benar, sama seperti apa yang dilakukan terhadap malaysiakini.com. Dalam kes saya (dan rakan-rakan lain), UMNO menyalahgunakan agensi kerajaan untuk emnghalang kami emndapatkan maklumat yang seimbang.

Saya kesal dan malu dengan tindakan pengecut yang dibuat oleh UMNO dan kuncu-kuncunya. Penyalahgunaan kuasa ini perlu diberhentikan. Tindakan mereka terhadap saya tidak akan menakutkan saya malahan membuatkan saya lebih tidak suka kepada mereka, malahan kini saya lebih yakin bahawa Barisan Nasional dan UMNO perlu ditumbangkan segera.

Terompah Besi






______________________
Terbitan : 25 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com