Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Menawan Kelantan dengan 'janji pembangunan'

Oleh: Tun Jeram

Selain daripada merombak UMNO Kelantan, apa yan dilakukan oleh Dr.Mahathir dalam usahanya untuk menawan semula Kelantan ialah menawarkan 'janji pembangunan'. Dikatakan BN akan melakukan perubahan yang lebih besar dari segi kemakmuran dan pembangunan jika memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Setakat ini tidaklah jelas bagi saya bagaimana rombakan terhadap UMNO Kelantan itu boleh menjayakan agenda BN untuk menawan semula Kelantan. Mungkin mereka boleh merangka strategi baru, sebagaimana yang didakwa oleh Khalil Yaakob. Entahlah.

Akan tetapi, mengikut Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz, perubahan itu hanya melibatkan orang dan bukan dasar pejuangan parti itu. Dasar perjuangan UMNO tetap sekular juga. Jadi beliau yakin rakyat Kelantan tetap memilih PAS dan tidak akan terpengaruh dengan pelbagai janji pembangunan yang dibuat oleh UMNO.

Tentang' janji pembangunan' yang ditawarkan oleh Dr.Mahathir saya sendiri ragu sama ada tawaran itu akan mendapat sambutan atau tidak.

Selama ini Kelantan di bawah pemerintahan PAS digambarkan sebagai mundur, banyak penganggur dan rakyatnya terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan.

Akan tetapi, bagi kebanyakan rakyat Kelantan saya rasa apa yang dikatakan 'kemunduran' itu tidak merupakan isu penting. Kemunduran Kelantan lebih kurang sama sahaja dengan kemunduran Kedah, Perlis dan Sabah.

Kedah, Perlis dan Sabah di bawah pemerintahan BN pun tidak semaju mana. Jadi membesar-besarkan kemunduran Kelantan hanyalah taktik kotor yang digunakan oleh BN dalam usahanya untuk menawan kembali negeri itu.

Tentang rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan, ini sudah mereka lakukan zaman berzaman, sejak Kelantan di bawah pemerintahan BN. Mereka bukan baru berhjrah selepas Kelantan diperintah oleh PAS.

Lagipun, yang berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan itu bukan rakyat Kelantan sahaja. Rakyat Pahang, Kedah, Perlis, Perak dan lain-lain pun begitu juga. Jadi apa salahnya?

Apatah lagi rakyat Kelantan adalah rakyat Malaysia , dan mereka boleh bekerja di mana-mana sahaja di dalam negara ini.. Jadi mengapa dijadikan isu?

Malaysia pula adalah sebuah negara kecil. Dan Kelantan bukan jauh sangat dengan Kuala Lumpur atau Lembah Kelang. Jadi apa salahnya rakyat Kelantan bekerja di Kuala Lumpur atau di Lembah Kelang?

Berhijrah adalah satu perkara yang baik. Dengan berhijrah boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan baru, di samping mendapat peluang pekerjaan. Jadi janganlah galakkan rakyat Kelantan berada di Kelantan sahaja, seperti katak di bawah tempurung.

Dengan itu, saya lebih yakin rakyat Kelantan yang rajin dan bijak, tidak akan terpengaruh dengan janji pembangunan yang ditawarkan oleh Dr.Mahathir.






______________________
Terbitan : 18 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com