Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pangsapuri baru di Seksyen 16 sarang penuntut IPT cengkerama

Sebuah pangsapuri di Seksyen 16 Shah Alam yang baru diduduki sejak tiga bulan lalu dikatakan menjadi sarang penuntut institusi pengajian tinggi berdekatan bercengkerama. Perkara itu didedahkan Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Perumahan Seksyen 16, Abdul Hamid Tuarib yang menerima banyak aduan awam mengenai gelagat penuntut tersebut.

Beliau bimbang kerana sekitar kawasan perumahan itu akan tercemar dengan perbuatan maksiat dan mungkin menjadi tumpuan remaja dari luar Seksyen 16 untuk aktiviti tidak senonoh.

Abdul Hamid mendakwa, hampir separuh kediaman di pangsapuri itu belum diduduki walaupun sebahagian besarnya telah dibeli tetapi kebanyakannya disewakan kepada penuntut IPT.

"Ini membolehkan segelintir penuntut menjadikan tingkat tertentu yang tiada atau tidak ramai penghuni sebagai kawasan pertemuan. Kita juga menerima aduan mengenai pelakuan maksiat seperti berpegang tangan, bercium dan berpelukan di kawasan itu. Kita buat rondaan dan menasihatkan mereka," ujarnya.

Berikutan itu, jelasnya, anggota RT melipatgandakan rondaan dan merancang mengadakan pelbagai program kesedaran kepada penghuni pangsapuri Anggerik Villa tersebut.

Tambahnya, RT ini juga mengadakan kerjasama erat dengan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) cawangan Shah Alam termasuk mengadakan operasi bersepadu.

Malam semalam, seramai 30 anggota RT dan lapan penguatkuasa Jais terbabit dalam rondaan yang menjadikan pangsapuri Anggerik Villa dan sekitarnya sebagai lokasi tumpuan operasi.

Beberapa tangkapan dibuat dalam operasi bersepadu itu tetapi kebanyakan pasangan remaja dikatakan sempat melarikan diri.

Abdul Hamid memberitahu, rondaan akan kerap dilakukan bagi mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat, selain membanteras kegiatan maksiat atau masalah lain.

iskkkk asyik buat hal jer bebudak UiTM...mana dia pemimpin pelajar dowang? kata menang sakan pilihan raya kampus sapu bersih lak tuh! isk isk isk!! dok kire duit peruntukan dari umno ke atau masih dok enjoy!?? Bila orang awam rajin menjaga kawasan sendiri dan tidak hanya mengharap pihak berwajib menyediakan segala-galanya, maka natijahnya akan jadi baik juga.

Semua lapisan masyarakat kena berkerjasama memastikan kawasan sendiri baik untuk diduduki. Tak guna menghentam kiri dan kanan tapi bila maksiat berlaku depan mata tak nak buat apa-apa.

Biasanya, bila RT aktif, kegiatan maksiat dan jenayah di sesuatu kawasan dapat dikurangkan dengan effektif. Psychologynya, anak-anak tentu tak nak kena tangkap dengan bapak yang tengah meronda...

RT cuma boleh aktif kalau penduduk di kawasan tu bersefahaman. Kalau bertelagah, lebih-lebih lagi atas sebab politik, RT akan mati begitu sahaja...






______________________
Terbitan : 17 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com