Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sebab haramnya (for Ian)

cerita itu menarik sangat ian.

dari sabah begini. ini cerita benar. dah abang tulispun.

seorang kawan/pakcik bersara di lembaga letrik. setelah bersara dia bawa wang RM6,000 dan sebelah poketnya ada RM10.

Hari yang sama dia duduk di kedai kopi di Kota Kinabalu dan asyik melihat orang keluar masuk pintu kedai yang di tingkat 1 dan diapun hairan dan ikut sama. rupanya ada jackpot di sana.

Dia tak tahu apa binatangnya jackpot itu/lalu mencuba dan entah nasibnya baik dari RM10 menjadi RM 6,000/maknanya wangnya sudah mencapai RM12,000. Diapun pulang ke Tuaran.

Esoknya die pergi lagi kerana kesyokan dan dia bawa RM6,000 dan ternyata wangnya ditelan oleh Jackpot dan lusa dia main lain. Wang pencennya yang RM6,000 juga habis ditelan.

Dia punya tanah dekat rumah sakit Tuaran kerana warisan arwah ayahnya, lalu dijualnya dengan nilai RM200,000.00 dan wang itu dibawanya enjoy dan main jackpot. ternyata wangnya pun habis.

Kemudian dia ada tanah lagi yang gerannya hampir 5 secara berasingan dan kesemuanya dijual dengan harga hampir RM50,000.00. pun selesai dan akhirnya isterinya meninggalkan dia akibat tahu judi.

Suatu hari kala subuh raya/dia main lagi yang barangkali kerana ada wang sisa sampai subuh dan bayangkan saya di radio/masjid sedang terdengar suara takbir raya/dia pulang lewat pematang kerana kalah judi. bayangkan saja. kembali ke rumah anak-anak dan isteri memang tak ada. Sedih sangat.

Sekarang dia hanya berdiri di belakang orang yang sedang main jackpot dengan harapan yang main menyuruhnya membeli kopi o dimana nantinya mendapat upah untuk alas perut dia. Yang saya maksudkan sudah berumur 60 tahun barangkali dan keadaannya pingka asal dan berada di Tuaran.

Cerita ini memang benar sebab dia sendiri yang menceritakan kepada saya dan Rahman Gulam kala kami sama-sama minum di kedai tuaran. Dia tidak tahu siapa saya dan saya hanya menulisnya dan macam mana hal ini bisa terceritakan. Begini.

Kala itu Rahman gulam pergi ke kedai kat nombor ekor yang entah membeli apa dan sesudah Rahman kembali, maka dia bertanya bahawa apa saja yang Rahman beli/Rahman jawab beli rokok dan ketika itulah dia berkata:

"sebagai kawan, kamu jangan sekali-kali main jackpot. pengalaman saya menyebabkan saya papa kedana dan akhirnya saya beginilah" demikian katanya dan jelas di wajahnya cukup sedih sangat. Itulah selalu saya katakan agar jangan sampai ketagih judi yang dimaksudkan kerana ada serang YB/bekas anak murid saya/dua tahun lalu kalah RM70,000 dan akhirnya dia bersumpah tidak akan main lagi dan kelihatannya memang dia tidak main lagi sebab saya selalu menegur dua kerana dia memang segan kepada saya. Syukurlah!

Demi Allah inilah cerita sebenarnya. Bukan saya cipta.

----- Original Message -----
From: ian safisma
To: fikrah@yahoogroups.com
Sent: Thursday, January 23, 2003 3:48 PM
Subject: Re: [fikrah] Sebab haramnya Who wants to be a millionair

...salam..engsian...

harapan "ingin cepat kaya" memang sentiasa ada dalam masyarakat, walaupun kekayaan itu terdapat dari sumber haram (hasil judi). ini ada dua cerita yang benar, engsian:

(1) saya dan isteri saya kenal dengan seorang gadis muslim yang ayahnya menang loteri sebanyak Rm.1.2 juta. Dengan duit kemenangan ini, ayahnya membeli sebidang tanah sederhana dan mendirikan rumah (Rm.500,000), gadis ini membeli sebuah mobil baru VW Seat (Rm.60,000) dan bakinya dibagikan antara 3 beradik, tiap seorang mendapat Rm.210,000. Belum sempat rumah itu terbena, ayahnya meninggal dunia (tak tau sakit apa). Bila didengar oleh sahabat handai dan saudara maranya, bahwa ayahnya kena loteri, banyak orang yang datang meminjam duit. ada yang meminjam kerana nak bayar hutang lama dan ada yang suddenly mempunyai inspirasi baru nak buat mulakan bisnis. dalam masa dua tahun, semua duit itu muklisin dipinjam orang dan tidak dikembalikan. hidup ketiga beradik itu kembali sederhana (normal) seperti dulu.

(2) cerita kedua berlaku di australia. seorang perempuan muda juga (tapi non-muslim) , tidak bekerja dan mendapat bantuan kebajikan dari pemerintah (unemployment benefit - UB40). wanita ini berumur dalam pertengahan 20-an. main loteri bingo (ala-australia: cross out 6 numbers out of 40) dan menang $2 million AUD. hadiah pertama. wanita ini membeli sebuah rumah yang siap terbena dan dihiasi dengan perabot feshen terbaru, TV 29 inci, dan membeli Porche - brand new dan keluar setiap malam menikamti hidup barunya. sekali air bah sekali pasir berubah. belanja kawan - no problem. dulunya seorang lelaki pun tak doyan dengannya. setelah banyak duit, banyak boys pulak yang "jatuh cinta" dengannya. ada gula ada semut. tiga empat bulan setelah kemenangannya, wanita ini mati dalam kecelakaan mobil. porche yang dibawanya terjun ke gaung sewaktu dia memandau untuk pulang ke rumah pada jauh malam dalam keadaan mabuk.

dalam kedua story di atas, si pemenang first prize tak hidup lama. duit tak berkat tidak dapat dinikmati lama2. so who wants to be a millionaire ?

ian.

"engsian " wrote:

Assalamualaikum,

Who wants to be a millionair itu adalah seperti permainan loteri, iaitu melabur sedikit wang untuk mendapat yang banyak. Tidak timbul persoalan untuk menguji minda atau apa-apa pun.

Cara permainan loteri senang aje. Kita jual tiket murah kepada orang ramai, kemudian, kita pilih seorang dua pemenang. Hakikat yang sebenar ialah penganjur telah mengaut keuntungan berlipat ganda dengan hanya memberi sedikit daripada kutipan kepada pemenang. Kalau penganjur mengutip 50 juta, ia hanya memberi 1 juta kepada pemenang dan yang lain di kautnya. Ini adalah satu jenis riba yang tersembunyi.

Sama seperti Who wants to be a millionair, ia mengumpul wang melalui caj telefon dan memberi sedikit daripada kutipan kepada pemenang. Berbanding dengan loteri, ia adalah 2 X 5.

Wallahualam.

--- In fikrah@yahoogroups.com, aznan hamat wrote:

BN tak nak pulak nak haramkan rancangan ni..SAR laju jer nak tutup

Kepada peminat2 NTV7 yang berangan-angan nak jadi millionaire ...

ASSALAMUALAIKUM WBT..............

INZAR BUAT KITA YANG ALPA!!!
HUKUM "WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE"

Majlis Fatwa Mesir telah mengeluarkan fatwa bahawa rancangan ini HARAM hukumnya di sisi Islam. fatwa ini turut mengharamkan pertandingan KUIZ yang diadakan melalui TALIAN TELEFON atau lebih dikenali sebagai "Talian 600". Hukum ini turut disepakati oleh Lembaga Pengkajian Fiqh (Mesir) yang mengadakan Ijtima' pada 24 Jun 2001 lalu.

Menurut Dr Nasser Farid Wassel, fatwa ini disepakati setelah mendapati terdapatnya unsur2 penindasan dan perjudian yang nyata. antara unsur yang dinyatakan:

. kadar talian yang terlalu tinggi dan mesti menghubungi telefon bimbit pihak penganjur hadiah yang disediakan sebahagiannya bersumberkan caj2 telefon peserta. Sekiranya seseorg itu memenangi kuiz tersebut, dia seolah2 merampas dan mengambil hak org lain. Namun, dia ditindas sekiranya tidak bernasib baik. Ini adalah salah satu bentuk penipuan dan menggunakan harta manusia secara batil.

Dr Ra'fat Osman, Ketua Badan Pengkajian Islam telah membahagikan pertandingan kepada dua kategori :

. kuiz yg menguji minda dan pengetahuan
* hadiah bersumberkan sumbangan pihak tertentu
* contoh : KUIZ YANG ARIF
*** ISlam membolehkannya. HARUS hukumnya

. pertandingan yang dianjurkan melalui talian telefon (seperti yang dibincangkan tadi)
* hadiah bersumberkan caj2 panggilan telefon peserta
* contoh : Talian 600 & WWTBAM
*** Islam mengHARAMkan pertandingan sebegini kerana ia berkonsepkan judi.

-- Sebab pengharaman :

: penyertaan kerana ganjaran berbentuk wang & seumpamanya. Bukan untuk menambah pengetahuan.

: pemenang bergantung pada nasib.

Inilah yang dikatakan judi bentuk baru dan merupakan antara perancangan jahat golongan sekular. Peliharalah kesucian dan kesahihan Islam.

WALLAHUALAM

Rujukan:
Suara kampus edisi Kedah (bil 20)
Majalah al-Tauhid Sept 2001

**** sahabat ****

Atas dasar tanggungjawab terhadap agama ini, sebar2kanlah.....

wassalam.






______________________
Terbitan : 28 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com