SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Rakyat berbangga sekolah berprestijKUALA TERENGGANU: Seluruh rakyat Terengganu mempunyai sebab terbaik untuk berbangga dan bergembira di awal tahun baru 2003 ini kerana seramai 948 murid dari negeri ini mendapat A dalam semua mata pelajaran Peperiksaaan Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan dua hari sebelum tahun baru. Di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan, tiga institusi yang ada kaitan kerjasama dengan Kerajaan Terengganu mendapat kelulusan 100 peratus. Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Gong Badak, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SKA) Sheikh Abdul Malik di sini, Sekolah Menengah Sains Dungun, Sekolah Menengah Sains Tengku Mahmud Besut, Maktab Islam Sains Terengganu Kuala Berang, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)-YT Dungun dan Besut. MRSM-YT Dungun adalah yang terbaik bagi negara ini dan begitu juga Maktab Islam Sains Terengganu (KIST) yang diasaskan tahun 2001 itu. SMKA Sheikh Abdul Malik yang terkenal cemerlang sejak beberapa tahun ke-belakangan ini, muncul sebagai sekolah terbaik di kalangan SMKA di seluruh negara dan tempat keempat dalam kategori sekolah harian peringkat nasional. Sementara Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud pula menduduki tempat kedua dalam kategori sekolah berasrama penuh peringkat nasional. Perolehan pangkat A dalam semua mata pelajaran tahun ini adalah meningkat sebanyak 125 peratus berbanding dengan 448 calon tahun sebelumnya dan kini 948 calon. Ia adalah 4.6 peratus dari jumlah 20,676 calon seluruh negeri termasuk 304 orang mendapat 9A, 620 mendapat 8A dan 24 orang mendapat 7A. Sementara itu keputusan peperiksaan Sijil Rabie (empat) Thanawi bagi calon Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) tahun lalu mencatat kelulusan 93.3 peratus. Kelulusan ini melayakkan calon melanjutkan pelajaran ke al-Azhar Mesir. Dari calon yang disahkan oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Engku Mohamed Engku Abdul Rahman mencatatkan dua orang mendapat Jayyid Jiddan iaitu Mohd Firdaus Mohd Rani dan Nik Rosdi Nik Jusoh. 10 orang mendapat Jayyid, dua Maqbul dan seorang Rasib.
Diterbitkan oleh : |