Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pengemis di masjid

Assalamulaikum wbt.............

2 minggu yang lepas saya sempat solat zuhur di masjid terapung kuala ibai dengan family dalam perjalanan ke Dungun.Selepas solat saya didatangi oleh seorang pengemis yang umurnya lebih kurang 30 an,tetapi ternyata dia masih sihat dan segar.dia meminta wang daripada saya dengan alasan untuk membeli susu anak.Saya fikir llelaki ini menipu kerana dilihatkan dari perwatakannya dia adalah seorang yang sihat.Didalam poket bajunya terdapat rokok.

Begitu juga yang terjadi di Masjid Besar yang berhampiran dengan sekolah rendah,simpang masuk keTanggol .Saya singgah di masjid tersebut untuk solat ,dan didatangi oleh seorang lelaki yg berkopiah dgn berpelekat agak comot dan tak terurus .Dia menunjukkan kepada kami tempat mengambil wuduk.Selepas mengambil wuduk saya tidak terus naik ke masjid kerana terasa sangsi dengan kelibat lelaki ini,tiba-tiba dia meluru kepada saya meminta wang dan menyatakan dia sakit jiwa.Saya agak takut terus menghulurkan duit takut-takut kalau dia akan mengancam saya.selepas itu dia naik ke masjid dan berpura berzikir sementara menanti pemangsa yang singgah untuk solat.Untuk pengatahuan masjid ini pernah menjadi salah satu masjid terbersih di kawasan itu.

Di harapkan agar dibawah pimpinan tadbiran pas masjid tidak lagi dijadikan srang pengemis mencari rezeki disitu.

apakah tanggapan pegunjung dari luar Terengganu sekiranya berlaku kepada mereka.Sudah tentu kerajaan negeri dibawah pimpinan pas akan dikutuk.Diharap tuk dapat hebahkan perkara ni kepada pejabat hal ehwal agama negeri ataupun bagi e-mail jabatan itu.

sekian ,anak jati dungun

email;zazmis @yahoo.com






______________________
Terbitan : 17 Jan 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com