SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun MUTHAHHARI: ULAMA YANG INTELKTUAL DAN INTELKTUAL YANG ULAMA- Artikel ini ditulis sempena menperingati ulangtahun ke-84 kelahiran As-Syahid Ayatullah Murtadha Muthahhari
AS-SYAHID AYATULLAH MURTADHA MUTHAHHARI adalah antara ulama yang berjaya mengadunkan ciri-ciri keulamaan dan keintelektualan dalam satu sifat - di mana beliau bukan sekadar memahami ilmu-ilmu Islam tradisional tapi juga menguasai dengan baik sastera Barat moden maupun klasik. Ia fasih berbicara tentang mazhab-mazhab pemikiran Barat mencakupi konsep-konsep materialisme, sosialisme, kapitalisme, komunisme dan juga humanisme. Satu kemampuan yang menakjubkan terhimpun dalam satu pribadi. Muthahhari adalah antara sedikit tokoh yang berjuang bukan semata-mata mengeksploitasi kemampuan intelektualnya sahaja, bahkan beliau juga seorang ulama yang sedia berjuang melalui gerakan-gerakan politik ke arah mewujudkan cita-cita politik Islam dibawah kepemimpinan Imam Khomeini. Muthahhari di puterakan pada tanggal 2 Februari 1919 dari kelompok keluarga shaleh di Khurasan. Ayahnya, Hujjatul Islam Muhammad Husayn Muthahhari adalah seorang alim yang dihormati lagu disegani. Sejak menjadi mahasiswa di Qum, Muthhari sudah menunjukkan minatnya pada falsafah dan ilmu pengetahuan moden. Di Qum ia belajar di bawah bimbingan Ayatullah Boroujerdi dan Ayatullah Imam Khomeini. Dalam falsafah beliau amat terpengaruh dengan pemikiran Allamah Thabathaba'i. Muthahhari begitu tekun dan pantas menguasai - dalam mempelajari falsafah. Buku-Buku yang ditulis oleh William Durant, Sigmund Freud, Bertrand Russel, Albert Einstein, Erich Fromm dan para pemikir Barat yang lainnya telah ditelaahnya dengan serius. Hasrat Muthahhari dalam mempelajari pemikiran Barat bukan kerana sikap rendah diri dan malu-malu untuk menonjolkan pemikiran Islam. Sebaliknya, Muthahhari dengan fasih berbicara Islam, seraya mengetengahkan pemikiran Islam dibanding dengan pemikiran Barat. Terminologi Islam secara menarik telah dikupas oleh beliau sehingga menyerlahkan kedangkalan terminologi Barat. Itulah Muthahhari pada usia relatif yang masih muda sudah mampu mengajari lmu logik, falsafah dan fiqh di Fakulti Teologi, Universiti Teheran. Dalam waktu yang sama, beliau juga menjawat sebagai Ketua Jurusan Falsafah. Disamping itu, beliau tidak kekok untuk menyampaikan kuliah dalam bidang yang berbeza seperti: kuliah al-Ushul, kuliah Ilmu Kalam, kuliah al-Irfan. Dengan keluasan ilmunya ini, Muthahhari tidak memilih keselesaan hidup (seperimana kebanyakan pensyarah yang lain) walaupun perkara ini dapat beliau lakukan. Sebaliknya beliau merasa begitu terpanggil untuk menegakkan nilai-nilai yang diajarkan kepada muridnya untuk di manifestasikan dalam kehidupan bermasyarakat. Dialah As-Syahid Ayatullah Murtadha Muthahhari dimana sepanjang jalur perjalanan kehidupannya pasti tidak sunyi dari menempuh pelbagai gelombang dalam gerakan. Justeru, belliau lebih selesa untuk memilih badai daripada damai. Keaktifan beliau yang membentuk kombinasi mantap bersama-sama dengan Imam Khomeini dalam kerangka menentang regim Pahlevi yang zalim telah mengundang penahanan beliau pada 1963 - implikasi langsung dari peristiwa Khordad. Ketika Imam Khomeini diasingkan ke Turki, ia memangku kepimpinan gerakan dan memobilisasikan para ulama untuk meneruskan semangat perjuangan Imam Khomeini. Langkah-langkah politiknya jelas tersusun dan mengancam - beliau (Bersama-sama Ali Shariati) mendirikan Husainiyyah-I-Irsyad yang menjadi asas kebangkitan intelektual Islam. Beliau juga menggalang dukungan untuk rakyat Palestin dan pernah menjadi Imam Masjid al-Jawad serta menjadikan masjid tersebut pusat gerakan politk Islam. Di samping itu, Muthahhari juga merupakan salah seorang tokoh arkitek kesedaran Revolusi Islam Iran. Dan pada saat revolusi Islam Iran 1979 beliau telah dilantik menjadi anggota Dewan Revolusi. Karakateristik yang menonjol pada diri Muthahhari telah menjadinya ulama yang dinamik - bersandarkan kepada kedalaman pengertiannya terhadap Islam, keluasan pengetahuannya tentang falsafah dan sains moden dan penyertaan secara langsung dalam gerakan massa. Natijah daripada itu, beliau merealitikan pelbagai intisari ucapan beliau mengenai syahadah - akhirnya perjuangan Muthahhari dalam menegakkan prinsip-prinsip Islam iaitu kebenaran dan keadilan telah disempurnakan dengan nyawanya. Ia syahid pada 2 Mei 1979, ditembak oleh kelompok ekstrim, al-Furqan. Muthahhari kini telah tiada, tapi jasanya dalam menegakkan kebenaran melalui keteguhan keyakinan dan keluasan ilmunya begitu hidup dan sentiasa relevan bagi kaum muslimin. Beliau adalah tokoh yang telah memahatkan sejarah hidupnya dengan prinsip-prinsip Islam yang sejati yang sukar di cari ganti. Pastinya, Muthahhari adalah Muthahhari ! Dan tiada galang gantinya.
ABU MUHAMMAD
Diterbitkan oleh : |