SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun KENYATAAN MEDIA PEMUDA keADILan MALAYSIA18 Febuari 2003 Keamanan milik AMAN MALAYSIA ? Satu agenda politik terancang. Perkembangan akhir-akhir ini telah memperlihatkan isu keamanan telah dijadikan bahan politik UMNO dan Barisan Nasional. Perancangan teliti ini telah mempergunakan gerakan Aman Malaysia sepenuhnya untuk tujuan politik mereka. Demonstrasi Aman Membantah Tindakkan Amerika dan sekutu menyerang Iraq yang dianjurkan oleh Gabungan Anti Perang Sedunia telah mendapat sambutan 11.5 juta rakyat dunia dan lebih 400 bandaraya dunia menyertainya. Namun di Kuala Lumpur perhimpunan aman ini telah dihalang oleh pihak polis. Ribuan rakyat Malaysia yang menyertai rakyat dunia untuk tujuan keamanan telah disekat sedangkan kira-kira 50 orang yang bersama Dr Siti Asmah (isteri PM) dibenarkan berhimpun di KLCC atas nama Aman Malaysia. Aman Malaysia yang melaungkan Pemimpim Malaysia (Dr Mahathir) sebagai pejuang keamanan dunia sepatutnya malu apabila perhimpunan Anti Perang oleh rakyat Malaysia di Kuala Lumpur dihalang. Seorang ulama besar Sheikh Yusof Qardawi sendiri telah menyeru seluruh umat islam dan umat dunia yang lain bersama pada 14 / 15 Febuari berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan Amerika yang bakal membunuh nyawa rakyat Iraq yang tidak berdosa. Tindakkan Aman Malaysia yang tidak menyokong dan menyertai masyarakat dunia menyuarakan bantahan amat diragukan dan memalukan. Malah tindakkan membuat aksi perhimpunan berasingan dilihat sebagai cubaan mengasingkan diri dari arus dunia dan mempunyai niat politik tertentu. Seketeriat Aman Malaysia yang ditujangi oleh Pemuda Umno semenjak dilancarkan tidak henti-henti mencabar pembangkang untuk menyertai mereka. Kononnya mereka telah menjemput walaupun hakikat sebenarnya tiada sebarang jemputan diberikan kepada parti pembangkang kecuali pemuda keadilan yang dihubungi melalui panggilan telefon sahaja. Cabaran mereka ini menunjukkan bahawa merekalah wira keamanan dunia dengan sendirinya tercalar apabila sekumpulan aktivis gerakan reformasi mula menyatakan hasrat untuk hadir pada perhimpunan 23/02/2003. Mereka mula gelabah. Khir Toyo yang sebelum itu di petik dari laman rasmi Pemuda Umno mengatakan bahawa semua pertubuhan dijemput termasuk pembangkang menyertai perhimpunan 100 ribu Aman Malaysia. Malah tambah beliau semua pertubuhan dibenarkan membawa bendera dan “banner” yang menggambarkan suara pertubuhan yang mereka wakili. Semua ini bertukar apabila cabaran itu disambut oleh sekumpulan aktivis reformasi. Zulkifli Alwi penyelaras seketeriat Aman Malaysia dalam kenyataan medianya yang disiarkan oleh media perdana Ahad lalu (16/2/2003) telah menyatakan bahawa semua pertubuhan tidak boleh membawa bendera atau banner yang dibuat sendiri semua harus menggunakan banner yang akan disediakan oleh aman Malaysia. Ini menunjukkan ketakutan dan perancangan agenda politik mereka tersendiri. Kenyataan kumpulan aktivis reformasi untuk menyertai Aman Malaysia juga dipandang sebagai satu ancaman yang merosakkan agenda politik mereka kerana itu semua media tidak memberikan liputan seperti sepatutnya kepada kenyataan mereka. Tindakkan beberapa laman web umno juga dilihat keterluan dan mempunyai unsur fitnah melampau. Tindakkan dan niat aktivis reformasi untuk bersama menyatakan suara keamanan itu telah difitnah sebagai pencetus keganasan yang bakal berlaku. Ini dilihat Umno mempunyai perancangan jika kehadiran aktrivis reformasi dilihat mengganggu agenda politik mereka maka agen provokatif umno akan digunakan untuk mencetuskan keganasan. Pemuda keADILan melihat perhimpunan itu bertujuan hanya sebagai propaganda untuk mempamirkan sokongan rakyat pada Perdana Menteri yang menghadapi masalah mengumpulkan sokongan rakyat selepas pemecatan timbalannya dan siri pendedahan salahgunakuasa beliau serta pemimpin regim pemerintah. Tindakan mengadakan perhimpunan ini merupakan agenda polititk terancang untuk memperlihatkan sokongan kepada PM sama seperti ketika Mahathir mengadakan siri perhimpunan menggunakan nama anti Soros dan akhirnya memecat Sdr Anwar Ibrahim. Kami percaya selepas jika perhimpunan ini berjaya janji beliau untuk berundur hanya tinggal janji malah timbalan beliau Pak Lah mungkin akan menerima padahnya jika dirasakan beliau merupakan ancaman. Jesteru itu jelas gerakan Aman Malaysia hanya merupakan satu lagi agenda politik Dr.Mahathir dan pengampunya untuk terus mengaburi mata rakyat untuk menyokong parti usang UMNO dan Barisan Nasional.
Badrul Hisham Shaharin
Diterbitkan oleh : |