SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun YB Datin Paduka Hajjah….. Berkaraoke dan Menari Sakan.Sungai Buloh, Selangor - Seorang ADUN Umno (Wanita) telah memeranjatkan banyak pihak yang hadir termasuk sebilangan pimpinan Umno Bahagian,apabila secara sukarela menaikki pentas menyertai acara tarian dan karaoke anjuran MCA sempena sambutan Tahun Baru Cina disini baru-baru ini. ADUN yang bergelar Datin Paduka Hajjah itu,yang berusia sekitar awal lima puluhan dan telah berkhidmat selama dua penggal,tanpa segan silu terkinja-kinja menari dan menyanyi bersama-sama ahli-ahli MCA di majlis tersebut yang diadakan disebuah Dewan Orang Ramai dekat sini. Difahamkan MCA selaku penganjur pesta itu,hanya mengundang pimpinan Umno Bahagian tertentu sahaja. Diantaranya Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian yang juga seorang Ahli Parlimen yang popular dengan panggilan Ustadz. Khabarnya Ketua Bahgian berkenaan hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala dan YB Ustadz pula tunduk membisu kerana malu dengan telatah ADUN berkenaan yang berlagak seperti anak gadis belasan tahun dipesta sambutan Tahun Baru Cina itu. Sebelum acara tarian dan karoke berlangsung YB Datin Paduka Hajjah,telah membuat ucapan sinis menyindir Ketua Bahagian,bahawa dia amat mengenali secara rapat setiap orang Ketua MCA Cawangan di kawasannya.Mesej yang hendak disampaikan oleh ADUN itu kepada Ketua Bahagian tersebut yang kebetulan belum lagi bergelar YB,adalah agar jangan menggangu gugat kerusinya kerana MCA masih mahukan khidmatnya sepenggal lagi. Gelagat sumbang YB Datin Paduka Hajjah,yang selalu lantang bercakap dengan hujah agama serta memperjuangkan hak kewanitaan kepada rakyat telah mula tersebar luas dikalangan penduduk setempat.Hampir semua menyatakan rasa kekesalan terhadap tindak tanduk ADUN yang amat memalukan itu. Ujar mereka " Kalau lelaki tak apalah…. Bolehlah diampun maaf sikit….Ini perempuan,ada title Datin Paduka dan Hajjah pulak tu…dimanakah maruah dan moral keagamaan ?" Tambah mengaibkan lagi YB Datin Paduka Hajjah itu selalu mendakwa dirinya sebagai pendokong kuat wawasan Menteri Besar Selangor Dato Seri Dr Khir Toyo,untuk merealisasikan gagasan Masyarakat Madani dan Insan Rabbani di negeri Selangor. Mungkinkah gagasan tersebut mampu terlaksana dengan bantuan pendokong yang sebegitu rupa atau sikap lepaslaku YB Datin Paduka Hajjah itu adalah sebahagian dari agenda memadanikan masyarakat dan merabbanikan insan Versi Umno ? AJAJ (Anak Jati Asam Jawa)
Diterbitkan oleh : |