SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Mahathir Arah Murad Md Noor Pengaruhi Raja-Raja Atas Isu SARTitik bermulanya sejarah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka adalah akibat perbuatan seorang penduduk ************** bernama Raja Mendeliar yang menghasut dan menghilangkan kepercayaan Raja terhadap orang-orang besar yang berkebolehan. Bendahara Tun Perak yang banyak berjasa akhirnya tersingkir diikuti oleh titik-titik kehancuran hingga akhirnya sebuah empayar gemilang dapat ditumpaskan oleh hanya 80 asykar "Benggali Putih" dengan bantuan beberapa ratus Sepoi. Kini sejarah berulang kembali. Dengan hasutan seorang ************ sebuah institusi tertua di bumi Melayu ini kini di ambang kehancuran. Sekali lagi Raja-Raja Melayu dijadikan "instrument" untuk melaksanakan kerja jahat ini. MAHATHIR KINI MENGARAHKAN SEORANG PECACAI BERNAMA Tan Sri Murad Md Noor DENGAN TUGAS KHAS BAGI MEMPENGARUHI RAJA-RAJA MELAYU SUPAYA MENYOKONG CITA-CITA SI ******* UNTUK MENJAHANAMKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT. Kita harap dan berdoa agar Raja-Raja yang kita kasihi tidak akan termakan hasutan bagi menutup Sekolah Agama Rakyat. Jika instutusi Raja yang bertanggung-jawab memelihara agama Islam tidak lagi dapat berfungsi, kita tawakkal saja kepada Allah Maha Berkuasa. Atau barangkali kita mengadu minta tolong pada Ling Leong Sik atau Sammy Vellu. Isu penutupan SAR adalah bermotifkan politik semata-mata, hanya kerana anggapan Mahathir bahawa majority lulusan sekolah agama tidak menyokong UMNO, dan itulah hakikatnya. Lain-lain alasan amat sukar dipertahankan, seolah-olah cuba meyakinkan orang ramai bahawa "Orang Kena Tahan" telah memukul diri sendiri sehingga pengsan dan menumbuk mata sendiri sehingga lebam untuk meraih simpati. Jika dikatakan SAR melahirkan golongan kurang intelek adalah tidak benar sama sekali kerana ramai lulusan SAR jadi orang cerdik pandai di bidang masing-masing. . Yang bengap tu adalah juga beberapa kerat seperti Hamid Othman, Nakhai Baling dan beberapa lagi ulama duniawi yang sewaktu dengan mereka. Jika dikatakan SAR tidak cukup peralatan tidak juga tepat kerana kebanyakan SAR yang ada di tanah air sekarang adalah memuaskan. Gambar pondok buruk yang disiarkan di akhbar dan RTM itu adalah kerja propaganda budak pengampu Zainuddin Maidin yang tak habis sekolah tu.. Kalau pun benar ada SAR yang tak cukup kelengkapan, kerajaan/UMNO sepatutnya tolong sepertimana bantuan yang di beri untuk sekolah China dan Tamil. Dalam kes ini yang ditolong adalah orang Melayu juga. Awak kata UMNO Pembela Bangsa! Tak kan kerana marahkan nyamuk kelambu kau baker mamak nyanyuk ooiii! Jika nak dikatakan lulusan SAR lebih cenderung menentang kerajaan tak betul juga. Contohnya jebon yang menulis ni lulusan sekolah Inggeris dan belajar di Amerika tapi tak sokong kerajaan pun. Teman-teman jebon lain yang belajar di sekolah omputeh ramai yang tak sokong Che Det. Kami tak juga berserban atau berjanggut. Bukannya kami benci kerajaan tapi benci kepada kepincangan salah laku pemimpin UMNO, MCA dan MIC dengan kerakusan mereka membolot khazanah negara serta rasuah yang berleluasa. BILA MAHATHIR SEDAR ORANG MELAYU SUDAH TAK SUKAKAN DIRINYA LAGI, DIRINYA JADI GILA NANAR DAN MEMBENCI APA SAJA YANG ADA KAITAN DENGAN ISLAM. Sepatutnya awak carilah punca kenapa ada yang benci dan betulkan segala kepincangan. Tapi susah juga kan sebab anak pinak dan suku sakat pun terlibat sama ye tak…. Nanti kata orang cakap tak serupa bikin pula……Kalau setakat MENANGIS dan BERDOA saja untuk mengubah kelakuan anak buah supaya jangan rasuah, jangan bergantung pada "tongkat", sampai keluar air mata darah pun keadaan mereka tidak berubah kerana minda mereka telah terpahat dengan kepercayaan bahawa perjuangan di dalam parti adalah untuk mendapat kedudukan bagi meraih habuan dunia semata-mata. Semasa menghadiri kenduri kahwin baru-baru ini seorang anak saudara bertanyakan saya; "KENAPA UNCLE TAK MASUK UMNO ?" Saya soal kembali anak saudara yang berumur 10 tahun itu… "BUAT APA MASUK UMNO?" Jawabnya dalam kenaifan tapi penuh kesungguhan, "EH! UNCLE MASUK UMNO BARU BOLEH KAYA… DAPAT PROJEK… BELI KERETA BESAR…." Sesungguhnya saya tidak mengada-adakan cerita ini, sama benarnya dengan cerita PM sedang arahkan Murad Md Noor jumpa raja-raja sekarang ini. Dan itulah hakikatnya….Anak saudara saya ini belajar di sekolah kerajaan bukannya di SAR. Syaitan manakah yang mengajarnya sehingga dia begitu percaya masuk UMNO boleh jadi kaya raya. Jawapannya mudah saja. Tidak jauh dari rumah budak ini, tinggal sorang Ketua Bahagian UMNO di sebuah villa besar di kelilingi beberapa buah kereta mewah dan diberikan beratus-ratus permit teksi oleh Dolah Badawai. Di sinilah dia dapat idea bahawa masuk UMNO boleh dapat reward. Hari ini dia ternyata "innocent and naive" tapi bila dewasa kelak pasti timbul pertanyaan "adakah reward itu dipeolehi secara halal atau "unethical". Kita tidak perlu hairan kalau bapa UMNO anak membenci kerajaan. I wish one day the Prime Minister would hear similar remarks uttered by his own grandchildren ……… Jika ditutup SAR akan bertambahlah kebencian rakyat terhadap UMNO. Saya cukup hairan dengan Perdana Menteri yang cakap lain buat lain…Katanya kepada US, dasar negara itu dalam memerangi pengganas (heavy handed), akan menambah lagi kemarahan orang Islam dan mungkin lebih ramai lagi akan menyertai mereka. Ibubapa pelajar SAR tidak mempunyai perasaankah? Tidakkah mereka nanti akan lebih marah lagi. Hari ini ada yang cuma turunkah gambar saja , besok nanti mungkin ada yang pergi kencing di kuburan …. Negara sudah merdeka lebih 45 tahun. Sepatutnya kita sudah jauh mengorak langkah kedepan. Sebaliknya demokrasi semakin dikekang dari hari ke sehari. Malaysia telah di perintah oleh 3 Perdana Menteri sebelum ini. Tetapi yang Keempat ini ternyata amat zalim sehinggakan tergamak menyekat rakyat membuat pilihan samada menghantar anak ke sekolah biasa atau ke sekolah agama, semata-mata kerana takut kehilangan kuasa.
Nota: ******** telah di'cansel' oleh pihak Tranung Kite. Anak Melayu
Diterbitkan oleh : |