Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Gerhana di Kelantan ke atau di Kuala Lumpur?

Oleh : Anonymous

Gerhana di Kelantan ke atau di Kuala Lumpur? Aku baru pulang bercuti selama tiga hari di Pantai Timur (Kelantan dan Trengganu). Kali terakhir aku pergi Kelantan adalah setahun yang lalu. Aku telah memilih utk menginap di sebuah chalet di Kuala Besut, Trengganu. Bahasa pertuturannya adalah lebih mirip kepada Kelantan dan secara fisikal ia juga lebih dekat dengan Kota Bahru jika dibanding dgn Kuala Trengganu. Inilah pengalamanku yg mungkin mengejutkan banyak orang termasuklah pemimpin2 UMNO yg tidak berpijak kpd bumi.

Dlm waktu-waktu lapang, aku ambil kesempatan berkenalan dgn orang2 tempatan. Salah seorang yg aku kenali telah mempelawa aku sarapan di rumahnya. Dari jauh, rumahnya kelihatan amat sederhana, maklumlah ia hanya seorang nelayan. Tetapi apabila aku masuk ke rumahnya, alangkah terkejutnya aku. Rumah yg kelihatan sederhana dari jauh, mempunyai enam bilik. Ruang tetamunya tak kurang dari 40 ka x 20 kaki! Lantainya? Marmar!! Aku dan keluargaku dihidang dgn nasi dagang yang sungguh istimewa. Tuan rumah yg hanya seorang nelayan pakai kereta Proton Wira! Mak oi! Dua dari anak perempuannya sudah berumah tangga dan tinggal bersama, dan masing2 mempunyai sebuah kereta seorang!

Oleh kerana laut masih lagi bergelora, pak cik berkenaan tak turun ke laut dah hampir tiga bulan. Tetapi hidup tetap selesa. Aku lihat di rumahnya ada TV dan ada PC (ada dua komputer!) Saudara tentu fikir, apakah dia seorang saja yg hidupnya begitu selesa. Tidak. Aku telah menjelajah kampung sambil exercise waktu pagi, aku dapati lebih 90% penduduk kampung memilikki rumah sedemikian rupa. Alangkah bahagianya! Boleh tak kerja tiga bulan tapi cukup simpanan untuk menyara hidup diri dan keluarga dgn sempurna. Saudara agak boleh hidup macam itu kalau duduk di KL? Dalam hati kecilku tertanya2, di manakah sebenarnya gerhana, Kelantan atau Kuala Lumpur?






______________________
Terbitan : 4 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com