Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Formula 322: Satu Lagi Gimik atau Helah MLM?

Semenjak beberapa bulan yang lalu, beberapa laman pro reformasi telah heboh ¡§diulitkan¡¨ dengan munculnya satu formula ¡§mencipta kejayaan¡¨ khusus untuk membantu insan insan yang tersepit dengan gaji yang rendah yakni didalam zon ekonomi yang sesak lagi mendesakkan. Maka tidak terperilah lagi kegembiraan pada mereka yang mula mencongak dan membayangkan akan perubahan pada kehidupan masa akan datang ke arah hijrah yang lebih baik. Habuan RM4000.00 dalam masa 4 bulan dan dijamin 100% kejayaannya membuatkan ramai yang sukar menolak keinginan yang melonjak-lonjak untuk menyertainya. Ditambah pula artikel tersebut ditulis, disokong dan dipromosikan sepenuhnya oleh Cucu Mat Kilau (CMK), satu nama yang tidak asing didalam laman-laman web pro reformasi membuahkan lagi kepercayaan ramai terhadap keluhuran Formula322 ini untuk bersama-sama membantu meningkatkan taraf hidup rakyat marhain umumnya. Ramai sudah membaca dan mengetahui apa yang telah dikhabarkan tentang Formula322 ini. Namun apakah hakikat sebenarnya Formula322? Benarkah seperti yang dicanangkan?

Sebelum saya menceritakan dengan lebih panjang lebar mengenai kisah hebat Formula 322 ingin saya jelaskan bahawa tidak sama sekali niat saya untuk menabur pasir kepada pihak penganjur Formula322 ini mahupun menghalang kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya apatah lagi memulakan satu babak ¡§perang saiber¡¨. Namun sebagai seorang manusia yang merasakan adanya kekeliruan berkenaan formula tersebut saya rasa wajar saya memberikan pandangan agar rakan-rakan lain tidak terus terpukau dengan angka RM4000.00. Siapa saya? Jika penganjur membaca artikel ini mungkin beliau akan dapat meneka siapa saya. Namun itu tidaklah menjadi kegusaran saya. Saya telahpun menyertai sesi taklimat yang dianjurkan beberapa minggu yang lalu. Lantaran terpukau oleh artikel yang ditulis oleh CMK dan kredibiliti beliau didalam penulisan2 sebelum ini maka, saya pun menyertai sesi taklimat tersebut yang hanya dihadiri beberapa kerat batang tubuh peserta. Apakah intipatinya? Sesi taklimat dimulakan dengan kegugupan penceramah memperkenalkan diri dan ulangan berkenaan apa yang telah ditulis oleh CMK. Berdebar didalam dada saya kerana tidak sabar menanti rahsia Formula322. Penceramah menceritakan dengan panjang lebar berkenaan perniagaan MLM pahit jerih serta kegagalan-kegagalan beliau didalam menyertai satu MLM ke MLM yg lain. Dibongkarkan segala taktik kotor MLM dan helah dan tipu daya didalam MLM sekaligus memberikan impresi bahawa Formula322 adalah ¡§anti MLM¡¨ benar-benar merupakan satu formula baru yang sangat jauh berbeza dari MLM. Keyakinan sudah mula terbayang di wajah para peserta ianya nyata bahawa Formula322 bukanlah skim cepat kaya jauh sekali skim jualan langsung atau MLM. Penerangan yang berulang kali diselang selikan dengan lawak mengutuk MLM memperlihatkan skil penceramah yang sudah sangat arif dengan cara untuk ¡§menggoreng¡¨ para pendengar taklimat. Apakah itu Formula322? Ianya masih lagi kabur...

Namun apabila tiba kepada tajuk apa itu Formula322 segala-galanya mula terserlah. Hakikat bahawa wajibnya peserta yang ingin memasuki program Formula322 perlu ¡§membantu¡¨ 7 orang saudara yang lain adalah kata2 pujukan berunsur keislaman yang sangat mengelirukan. Pada awalnya perkataan ¡§membantu¡¨ banyak digunakan namun diakhir2 peringkat ceramah perkataan ¡§mencari¡¨ pula digunakan. Perkataan seperti infak, tidak kedekut, bersama memajukan ummah adalah sengaja diselitkan agar ianya dibayangi dengan unsur saling bantu membantu. Perkataan ¡§Formula322 hanyalah untuk mereka yang mencipta kejayaan¡¨ merupakan satu ungkapan azimat mahupun provokasi bergantung kepada tahap mana para peserta telah berjaya dipukau. ¡§Tidak ada kegagalan, 100% kejayaan, tidak ada ruang bagi mereka yang ragu ragu, mereka yang tidak faham 100% tidak boleh menyertai¡¨ dan sebagainya adalah racun reverse psychology agar peserta tidak banyak soal dan hanya menumpukan kepada 100% tumpuan bahawa ¡§aku inginkan kejayaan¡¨ walaupun pada hakikatnya peserta masih tidak faham bagaimana Formula322 beroperasi. 322 adalah bermaksud 3 orang pada bulan pertama, 2 orang pada bulan kedua dan 2 orang lagi pada bulan seterusnya. Siapakah mereka? Mereka adalah ¡§downline¡¨ ... Maka apabila perkataan downline digunakan saudara pembaca mungkin sudah dapat menduga apakah ¡§formulanya¡¨. Penceramah pada awalnya menegah peserta mencari (pada asalnya perkataan membantu ditekankan dan ketika ini berubah kepada mencari) lebih dari 7 orang sekalipun jika para peserta berkemampuan. Katanya ia akan mengakibatkan ¡§pening kepala¡¨. Entah kenapa kita perlu pening kepala jikalau niat kita ikhlas untuk membantu?

Hemm...

Seterusnya diceritakan pula berkenaan bagaimana pecahan-pecahan modal yang perlu disumbangkan oleh para peserta bagi memperolehi pendapatan RM4000.00++ sebulan. Saya tidak tahu samada pecahan tersebut sama pada setiap sesi ceramahnya namun beliau seakan tidak bersedia dengan agihan modal yang hampir mencecah RM1000.00 tersebut. Wang yang perlu disediakan dalam bentuk money order menunjukkkan strategi yang amat berhati-hati samada dari segi pelaburan yang pasti oleh para peserta mahupun boleh dikembalikan sekiranya peserta kurang mampu atau tidak yakin dapat meneruskan dengan program tersebut. Persoalan saya, kurang mampu atau tidak yakin dari segi apa? Jawapannya sudah tentulah untuk mencari 7 orang lagi downline yang sanggup melaburkan RM1000.00 sorang. Fikirkanlah.. pelaburan yang dibawa oleh peserta adalah wajib berjumlah 7 ribu ringgit namun pulangannya hanya RM4 ribu ringgit sahaja? Penceramah juga mengakui, beliau tidak boleh dipersalahkan sekiranya peserta gagal mendapat RM4000.00 pada bulan ke empat, sebaliknya harus bersyukur jika mendapat kurang dari jumlah tersebut. Mengapa begitu? Mengapa ada unsur kurangnya keyakinan penceramah disitu sedangkan pada awalnya beliau berteriak melaungkan INI ADALAH 100% KEJAYAAN?

Hemm... baca lagi...

Para peserta dikehendaki menyediakan wang dalam bentuk money order untuk 3 bulan dalam jumlah RM250.00 Dan setiap bulan tersebut para peserta akan mendapat ¡§BARANG¡¨ atau ¡§PRODUCT¡¨. Para peserta dilarang bertanya barang apakah yang akan diterima dan berapakah nilai barang tersebut sebaliknya terus memfokus kepada habuan RM4000.00 sebulan yang bakal diterima. Anggap sahaja barang yang diterima tersebut sebagai bonus dan pakai sahaja. Tatkala ini rahsia satu demi satu terbongkar. Penceramah menyatakan bahawa sebuah syarikat telah dipilih untuk pelaburan wang modal dan syarikat tersebut sahajalah yang dapat menjamin kejayaan dan sanggup memberikan RM4000.00 sebulan. Syarikat apakah itu? Oleh kerana panjang sangat saya menaip maka saya pun hendak straight to the point, syarikat tersebut adalah syarikat jualan langsung dan diakui sendiri oleh penceramah sambil tersengih. Para peserta yang telah terpukau terus melopong sedangkan saya pula sudah mula ligat menyediakan soalan2 yg perlu dijawab oleh penceramah seterusnya menelanjangkan Formula322 tersebut. Para peserta diberi amaran agar tidak menceritakan perihal ¡§product¡¨ kepada bakal downline mereka kelak ianya akan menonojolkan bahawa Formula322 tidak ada beza dengan ¡§Meniaga, Meeting, Menguap Larut Malam¡¨ yang lain. Hinggalah sesi ceramah berakhir dan bermulalah sesi soal jawab....

Para peserta telah diprovokasi agar memberikan ¡§soalan yang mencabar¡¨ memandangkan beberapa kerat peserta yang hadir terdiri dari pemegang diploma dan ijazah. Bagi saya ini hanyalah taktik untuk menakutkan golongan cerdik pandai tersebut agar tidak bertanya soalan-soalan yg bodoh pada pemikiran mereka sekaligus memalukan diri sendiri dikhalayak peserta lain yang kelihatannya begitu taksub dan yakin tentang formula azimat tersebut. Maka... soalan2 berbaur bodohlah yang saya kemukakan.....Antaranya.. 1. Soalan : Bermodalkan RM940.00 (hampir seribu) tersebut dan kononnya downline yang ¡§dicipta¡¨ dengan murah hatinya oleh penceramah, apakah para peserta akan terus menerus mendapat ganjaran RM4000.00 pada bulan ke empat dan seterusnya meningkat pada bulan seterusnya hingga ke akhir hayat? Jawapan : Penceramah tidak menjawab sebaliknya menerangkan bahawa para peserta boleh (atau wajib) mencari lebih dari 7 downline dan dipecah-pecahkan didalam kumpulan lain. 3-2-2 sebenarnya boleh menjadi 7-6-6, atau 8-4-3, atau berapa sahaja nombor yang saudara suka. (Dalam hati saya, mula2 tadi kata kena membantu 7 saudara muslimin, akhir2 ni jadi ¡§cari¡¨ pulak dah?Ataupun mencari untuk membantu? Iya ke ni?? Dan kalau dah boleh buat berapa nombor yang kita suka maka apakah benda istimewa sangatnya 3-2-2? Mungkin pada pengalaman penceramah bahawa 3-2-2 adalah downline paling praktikal sekali yang boleh dicari oleh peserta MLM. Sebelum terlupa, Formula322 di adaptasikan atau dicedok dari Jepun tanpa memberitahu nama formula tersebut dan telah dipraktikkan oleh seorang Ustaz di Kelantan. Dan akhirnya dipatenkan oleh penceramah. Kelakar bukan? Kerana penceramah berkata diawal ceramah bahawa ianya telah dicipta oleh beliau.. 2. Soalan : Tidakkah dengan melabur sebanyak RM250.00 sebulan melalui money order tersebut sekaligus membeli barangan MLM tanpa wujudnya pilihan dan permintaan sebenar kepada barangan tersebut? Yuran RM50 juga mesti dibayar untuk menyertai syarikat tersebut maka tidakkah secara langsung menjadikan peserta ahli syarikat MLM tersebut?

Jawapan : Penceramah angkat kupiah gatal kepala sambil menghela nafas panjang. Rakan beliau diseberang meja sana mula gelisah dan bantu menjawab. Penceramah tidak menafikan tentang hakikat tersebut sebaliknya memfokus kembali kepada RM4000.00. Ada peserta yg telah mula nampak akan hakikat Formula322 tersebut adalah pi mai pi mai tang tu MLM juga seakan tidak kisah lagi, asalkan disajikan dengan RM4000.00 ditambah lagi dengan RM50 tempahan LOT awal bagi peserta yang paling cepat dipukau oppss.. maksud saya paling cepat menyertai rancangan Formula322 mencipta kejayaan tersebut. 3. Soalan : Jika peserta join syarikat MLM tersebut maka sudah tentulah akan menjadi downline kepada sesiapa. Maka siapakah kepalanya? Jawapan: Saudara pembaca tekalah sendiri..... ļ

Ada beberapa soalan bodoh lagi yang sengaja saya utarakan kepada penceramah hanya untuk membeliak kan mata peserta yang lain yakni bahawa Formula322 adalah taktik ¡§Jangan Berfikir Panjang, Jangan Soal, Labur Sahaja, Tutup Mata Terima Sahaja Masuklah Downline Saya maka ianya pasti kejayaan 100%...¡¨

Namun, bukanlah sebegitu mudah wahai saudara penceramah.... saya sangat pasti bahawa ada peserta yang setuju dengan saya dan mungkin juga saudara/i MAY yang menulis beberapa hari yang lalu sedar akan putar alam tersebut. Bukanlah niat saya untuk menggagalkan rancangan saudara wahai saudara ¡§pencipta¡¨ Formula322. Namun saya amat sakit hati kerana dari artikel yang ditulis serta perkhabaran formula yang begitu asli hatta ada email dari Sg Burung juga berminat tentang Formula322 tersebut rrrruupppaaa ruppppppppanyahhhhh... mai kot belakang MLM juga.... Habaqlah dari awai MLM, apa salahnya? Janganlah pusing kot sana kot sini Islam Sana Bantu Sana Cari sini, tiga dua dua, lapan tujuh empat dan segala putar alam lagi. Habaq ja betui2 M.L.M!, tapi kalau consentrate, pakat ramai2 buat bodoh labur ja seghibu paihtu makan pi la apa saja barang dapat, carik lagi tujuh manusia geng-geng desperado, laboq lagi seghibu soghang paihtu goyang kaki moga moga dapatla RM4000.00... betoi tak? Bulan 5 bulan 6,7,8,9 tak tau lagi betoi tak? Sebab apa? Sebab dah bercerai talak tiga dengan penceramah@penganjur maka pandai pandailah maintain RM300.00 sebulan beli brg MLM betoi tak? Itu belakang cerita dan akan diceritakan kononnya pada sessi latihan wajib (sekaligus sessi membawa peserta downline baru)... aduuuuuu... lebur RM20 dan seterusnya mimpi indah ingin menjadi kaya... terkena sayaaaaaa.... dan saudara yang dah mai pulun keluaq RM50 beli LOT sebab nak dok ataiiiih sekali.. Heh... takpala... duit saudara, bukan duit saya... Kepada penceramah, saya teringin mengucapkan syabas kerana hikmat putaran gaya 322 putaran alam saudara begitu menarik dan kejujuran saudara memberitahu rahsia ¡§apa ka bala 322¡¨ tersebut meyakinkan saya tidak ada jalan mudah untuk menjadi senang mahupun kaya sebagaimana berjenuh skil air liur dan bantuan rakan rakan saudara yang mungkin juga menyamar menjadi peserta pada hari tersebut. Setidak-tidaknya dapat juga saudara melancong ke Sarawak, Sabah dan Brunei dan menguji skil dengan golongan bijak pandai (kononnya pelajar kita di oversea pun sangat berminat) pada sesi ceramah akan datang. Kepada yang berminat untuk menyertai formula322 ini JANGAN TERPENGARUH dengan artikel saya ini (cewah, ayat reverse saikologi yang dicedok dari penceramah tersebut) saya ulangi JANGAN TERPENGARUH dengan cerita ceriti saya ini kerana pilihan ditangan saudara. Duit pon duit saudara. Saya tak kisah hapa, dan tak sakit perut pun kalau saudara nak join jugak.. hanya sekadar meluahkan sedikit nostalgia dan pandangan berbeza saya sahaja di forum yang bebas merdeka ini.

Kepada penceramah, jangan salahkan saya sekiranya saudara tidak berjaya mencipta RM100000.00 sebagaimana yang saudara sasarkan untuk habuan saudara, sebaliknya bersyukurlah dengan downline downline yang ada dan bantulah mereka mendapatkan downline sama....

Berpeluh sudah ketiak saya dan penat saudara membaca maka jika datang pada sesi ceramah nanti ditempat saudara giliran saudara lah pula untuk bertanya ataupun ditanya dan terus ditanya sehingga tidak ada kesempatan untuk bertanya... hahahaha...

Dan dari gaya penulisan CMK beberapa hari lepas, sinonim benar rasanya ayat sebutir sebutir dengan ayat penceramah tersebut.. Eh! mustahil orang yang sama kot??

Ada pepatah dari sahabat saya.. ¡§If u cannot convince them, CONFUSE THEM!!!¡¨

(TAMAT ¡V Setelah Tiga jam dua puluh dua minit menaip.. fuh legaa... Dari: Cicit Silau)






______________________
Terbitan : 22 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com